Hikmah Ramadhan dan Syawal Pada Musim COVID-19

Hikmah Ramadhan dan Syawal Pada Musim COVID-19 | Ramadhan tinggal dalam kurang lebih seminggu aje lagi. Kalau pada awal Ramadhan dulu, kita rasa macam janggal sangat sambutan bulan puasa tahun ni. Sebab takde solat terawih kat masjid, takde bazar Ramadhan macam dulu-dulu. Bila da hujung-hujung Ramadhan ni, perasan tak, ada banyak sangat hikmah di sebalik penularan wabak COVID-19 ni?


Untuk diri saya sendiri, paling terkesan sekali, tahun ni alhamdulillah saya boleh buat ibadah solat sunat terawih walau sampai ke hujung-hujung Ramadhan. Tahun-tahun sebelum ni, susah untuk saya buat solat sunat terawih sebab sibuk dengan tempahan kek lapis dan brownies untuk raya. Lagi-lagi bila da hujung-hujung macam ni, kadang tidur sejam dua aje sehari dibuatnya. Nak terawih pun hanya sempat pada awal-awal Ramadhan aje.

Rindu pulak nak masak untuk family kat kampung

Tahun ni jugak, lebih banyak memasak kat rumah untuk berbuka. Banyak resepi baru dicuba bila bergilir masak antara housemates. Lebih kenal kegemaran masing-masing, dan apa yang tak disukai. Masak pun cukup-cukup untuk penjimatan barang dapur dan mengelakkan pembaziran. Kalau pun terlebih masak, akan dicarry forward supaya makanan tu dihabiskan juga. Berbanding tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak la housemateku bawak kuih-muih dari bazar Ramadhan yang kadang-kadang tak dapat nak dihabiskan dan akhirnya rosak, terpaksa dibuang begitu sahaja.

Pinjam gambar buffet Ramadhan tahun lepas kat DoubleTree by Hilton, JB

Masuk bab raya, tahun ni tak dapat balik ke kampung sebab merentas negeri, bakal menyambut 1 Syawal di Johor bersama housemate buat pertama kalinya. Tak ada rasa sedih sangat, entah lah. Mungkin sebab dah expect dari awal dan tak terlalu letak harapan tinggi untuk dapat balik kampung. Jadi, hati dah sedia redha dari awal. Dengan housemate, dah plan macam-macam untuk juadah 1 Syawal, siap nak cari daun palas untuk buat ketupat palas. Tapi tahun ni, mungkin tak ada kek lapis buat pertama kalinya untuk raya. Sebab nak berjimat, kan? Maka, buat cookies aje lah mana yang mampu untuk kudapan sendiri. Bukan ada orang nak datang raya pun! Haha!

Dahsyat nau pe'el menyusu masing-masing

Dan lagi satu, tahun ni takde tekanan perasaan yang terlalu tinggi bila mengenangkan anak-anak bulus takde sape nak tengokkan kalau balik kampung. Tahun-tahun sebelum ni, jenuh juga fikir macam mana dengan anak-anak bulus ni, bukan senang nak cari kawan-kawan yang sedia membantu jadi catsitter. Nak minta tolong bagi makan tu ok lagi, bab berak kencing tu, rasa tak sanggup nak minta tolong pada kawan-kawan yang tak biasa jaga kucing. Tahun ni, alhamdulillah saya boleh jaga sendiri mereka-mereka ni. Huh, suka lah tu masing-masing! Tapi besar juga hikmahnya sebab currently ada 6 ekor kittens yang belum berusia sebulan, susah hati kalau ditinggalkan.

Tahun ni turn raya Kedah, kenangan beraya di rumah mertua dua tahun lepas

Tahun ni dengan kewangan yang tak seberapa, agak sukar juga kalau nak sambut raya secara besar-besaran. Maka sambutlah seadanya saje. Yang penting, dah ready untuk video call rumah mamak dan rumah mak mertua pagi raya nanti. 

Raya, tetap raya kan?

24 comments:

  1. sangat banyak. Nak listkan memang panjang la gayanya.
    hahahahahhah reminds me of my kittens. macam2 gaya ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, banyak sebenarnya hikmah musim pkp ni...

      Delete
  2. Ramadhan tahun ni saya rasa sekejap sangat. Tapi saya suka sebab bila wfh, badan x berapa penat so malam bila nak terawih n tadarus xdela letih sangat. Hikmah pkp.

    ReplyDelete
  3. Piluk ati posa n raya tahun tok.. mudahan cepat keadaan tok pulih. Mudahan juak xda masalah line mun nak vc klk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benar juak ya owh..iboh la jammed line pagi raya kelak..kotan ramei gilak bervc..haha

      Delete
  4. Mmg ramadhan kalini lain dr thn2 sudah.. Apa2pn ada hikmah disebaliknya kan

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah..ada hikmahnya...gunakan kesempatan ini sebaik baiknya.

    ReplyDelete
  6. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

    ReplyDelete
  7. Adeh, nang lain rasa kali tok. Apapun segala berlaku pasti ada hikmahnya.. ^^

    Kamek xpat nak vc pagi raya, line di kg mentua sik berapa nak bagus.. T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. duhal...kg mertua kamek line sik berapa juak tapi ada tempat2nya yang ok..

      Delete
  8. saya macam biasa la..

    raya anak perantau di bumi yang tandus hehehe

    BTW setiap kejadian memang ada hikmahnya

    bersabar dan bertabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tandus sangat ke tuan..hahaha...

      iya, teruskan bersabar

      Delete
  9. setiap yang berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah bersyukur dgn apa yg ada.. ada hikmah disebalik semuanya

    ReplyDelete
  11. Banyak hikmahnya. sambut ramadhan dengan suasana yang berbeza. comelnya kucing. terselit calico di situ. Itulah kan, siap sedia VC di pagi raya.

    ReplyDelete
  12. Doakan aku khatam sebelum syawal ni, tinggal sikit je lagiiiii....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com