Menu Berbuka 14 Ramadhan, Shellout dan Arabian Set Pulai Springs Resort

Menu Berbuka 14 Ramadhan, Shellout dan Arabian Set Pulai Springs Resort | Throwback kejap menu berbuka 14 Ramadhan, dua hari lepas. Disebabkan saya dengan Nada aje kat rumah, kak Ajan balik kampung, kitorang plan order aje makanan delivery. Beberapa hari sebelumnya pun dah membelek menu Ramadhan Delivery and Takeaway by Pulai Springs Resort sebenarnya. Rambang mata tengok aneka menu yang disenaraikan dalam promosi Ramadhan diorang. Last-last, nahhh ni dia yang kitorang order.

menu berbuka 14 ramadhan

Arabian Set, Shellout dan minuman sekali. Setiap minggu, menu kat Cinta Terrace Restaurant, Pulai Springs Resort ni lain-lain untuk set Asian, Arabian dan Western dia. Jadi, kalau kita order tiap minggu pun berbaloi sangat sebab harganya pun berpatutan untuk set-set tersebut.

arabian set ramadhan pulai springs resort

Macam Arabian Set ni, satu set RM17.00 dengan pembuka selera Cucumber Raita dan Papadom. Menu utama Arabian Set untuk minggu lepas, Special Smoked Kabsah Rice, Chicken Kabsah, Salata Hara beserta dengan Soup. Dilengkapi pencuci mulut ringkas, Kurma dan Jelly.

chicken kabsah

Sedap Nasi Kabsah dengan Ayam Kabsah tu, ayamnya pun besar, saiz 1/4 ekor. Curah Soup dalam nasi sebelum makan, fuhhhh terangkat! Kepala yang terangkat sebab sedap sangat, bukan meja tau yang terangkat. Haha!

menu shellout ramadhan delivery and takeaway pulai springs resort

Untuk set Shellout pulak, ni portion for 1 pax, RM25.00 lengkap dengan Nasi Putih, Kurma dan Jelly. Kita boleh pilih nak kuah apa, sama ada Buttermilk atau Black Pepper. Yang ni kuah Buttermilk, seafood dia meriah dengan Ketam, Udang, Lala, Kupang dan Siput Buluh. Sayur kita boleh pilih tiga daripada empat: Brokoli, Bunga Kobis, Lobak dan Jagung. Memang puas hati makan, cuma kuah Buttermilk tu sedikit manis, selebihnya memang licin kitorang bedal. Yang bestnya, seafood dia fresh, udang besar dan isi ketam pun banyakkkk! Kalau uols ramai, boleh juga order untuk 4 - 6 pax (RM130) atau 8 - 10 pax (RM230).

epal asamboi dan jus tembikai

Air lak Jus Tembikai (RM5.00) dan Epal Asamboi (RM5.00). Tembikai dia pure tau, fresh je rasa. Epal Asamboi lak sedappp gilerrrr! Nak minum pun sedut sikit-sikit sebab sayang. Haha! Oh, straw takde tau, kitorang memang ada straw besi kat rumah. Jadi pakai tu aje, save the environment gitu haaa.

jelly ramadhan delivery and takeaway pulai springs resort

Jelly dia lembut sangat cuma agak terlalu manis bagi saya. Saya siap makan dengan Fresh Milk sebab nak kasi balance kemanisan tu. Konon-konong macam puding koktel lah, haha!

Overall, memang berbaloi sangat order delivery dari Cinta Terrace Restaurant, Pulai Springs Resort ni. Harganya berpatutan dengan saiz portion dan variety of menu in set dia. Ye lah, kadang-kadang ada masanya kita ni nak berbuka simple-simple aje kan, kalau banyak sangat menu depan mata jadi tak tau nak makan apa dulu. Macam ni, bagi saya, ok dah.

Kalau uols nak order, boleh lah buat tempahan sekarang ek!






Waktu tempahan: 10 pagi ke atas, setiap hari
Waktu delivery dan takeaway: 4 petang - 7 malam
Kawasan delivery: Sekitar Skudai merangkumi Taman Universiti, Taman Pulai Utama, Taman Flora, Taman Mutiara Rini, Taman Sri Pulai, Taman Pulai Perdana, Taman Pulai Indah, Taman Pulai Emas, Taman Pulai Jaya, Taman Scientex, Kangkar Pulai, Taman Teratai, Taman Sri Skudai, Taman Skudai Baru, Taman Ungku Tun Aminah.

Tak ada dalam senarai? Whatsapp je terus diorang untuk tanya, ada ke tak delivery ke tempat uols.

Whatsapp Untuk Order:
Cinta Terrace Restaurant: 016-733 2918 / 016-733 2919

*Order bawah RM50 akan dikenakan caj delivery RM3

10 comments:

  1. aduh kenapa ter-scroll tengah2 hari ni. =))

    ReplyDelete
  2. Memang nampak sedap gile menu shellout tu, nasib baik jauh, kalau dekat dah order dah...

    ReplyDelete
  3. Wow. Pakej dan harga pun berbaloi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la faizah..berbaloi-baloi dengan harganya...

      Delete
  4. Waduh... Ni kene order la ni kann.. Hahaha.. Sunah & the osmet.. Roger2 haa kalo nak order lg.. Leh selit skali.. Hihihi

    ReplyDelete
  5. Mudah bila macam ni.Pulak ada set-setnya.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com