Resepi Semperit Cream Cheese

Resepi Semperit Cream Cheese | Ramai pulak yang like resepi ni bila saya share kat Facebook. Ye lah, mungkin sebab warnanya yang menarik, dan ada pulak Cream Cheese dalam bahan-bahannya, menyebabkan semua terbayang-bayang kesedapannya. Termasuklah diri saya sendiri.

Terus rasa nak buat untuk raya nanti, walaupun belum tentu lagi kita boleh ziarah-menziarahi, rumah sendiri tetap lah kena ada suasana raya kan? Dah ada jugak list beberapa kuih raya yang saya dan Nada nak buat nanti dalam group whatsapp rumah. Boleh lah saya masukkan sekali kuih Semperit Cream Cheese ni.

Nah saya share resepinya yang dikongsi dari Facebook Yusliana Amoy dalam group Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)


Bahan-bahan:

Bahan A
250 gram Buttercup
1/2 tin susu pekat manis
50 gram Cream Cheese Tatura

Bahan B
400 gram tepung jagung
3 sudu tepung kastard
1 sudu esen vanila
pewarna ikut suka

Cara-cara membuatnya:
  1. Sebatikan bahan A, tak perlu pakai mixer.
  2. Selepas tu, masukkan bahan B, gaul rata.
  3. Untuk dapatkan warna warni, asingkan 3 bahagian untnk letak pewarna. Masa nak tekan, campurkan ketiga-tiga warna.
  4. Bakar pada suhu 150⁰ C sehingga masak, bila kita tolak sikit, laju je dia beralih 😂
Tips:
  1. Guna acuan tembaga saiz 13.
  2. Sekali adunan dapat 4 tray hitam oven.
  3. Untuk kekalkan kelopak bunga tak jatuh, masukkan 2 sudu tepung beras.
  4. Tak perlu sapu butter pada loyang/tray.

28 comments:

  1. Semperit moden ni. Ada cream cheese n kaler2. X pernah makan lagi. Menarik

    ReplyDelete
  2. Sebelum raya,raya,selepas raya sangat sesuai buat kudapan..kalau PC la..hehehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aha, tak raya pun sedap gak makan ni..hihihi

      Delete
  3. cantiknya berwarna-warni. selalu buat semperit yg biasa je..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan TS..cantik kaler dia, buat kita teringin pulak nak buat jugak..haha

      Delete
  4. Cantik colorful lak tu, tpi akak sekut memang takde bakat

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat dengan aiyan...mana tahu dia ada bakatnya..hahahha

      Delete
  5. sunah.. buat la & jual.. akak nak order nanti.. plssssssssss... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha tengok dulu!! kalo jadi baru boleh bukak order..hahahah

      Delete
  6. Sedapnya..tapi dalam list biskut anak-anak aku tahun ni, takde plak biskut ni...nanti nak tanya Yana hehehe

    ReplyDelete
  7. banyak color tak sihat sangat untuk budak dan bapak budak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis ya kek lapis sarawak pun sama...hahahahah

      Delete
  8. Sedap ni letak cream cheese. kiranya semperit premium lah ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerrr..jom fizah kita buat!

      Delete
    2. bahan xde..cream cheese pulak terlajak habis skang ni..berhuhu dulu

      Delete
    3. weii sama laa..cream cheese kat kedai bakery depan rumah ni habis yang kecik2...tinggal yang sekilo2...jenuh nak ngabis nanti...terus cancel nak buat..hahaha

      Delete
  9. nak buatttttt sbb nampak sdp sgt. cheese pulak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lerrr...tengok la nanti kalo sempat and ada bajet, nak buat juga...

      Delete
  10. cantik kejadiannya.. rasa pula mesti sedap tu

    ReplyDelete
  11. Warna warninya sekut ini. Mesti sedap 😋

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ye shima...sangat warna warni macam hari raya...

      Delete
  12. warna dia sweet.. cantik je bila susun banyak-banyak kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu ler haa...cantik masuk dalam balang letak atas meja di hari raya..haha

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com