Ticker

6/recent/ticker-posts

Jom Ronda-ronda di Shah Alam!

Jom Ronda-ronda di Shah Alam! | Daerah Petaling yang mejadi pusat Negeri Selangor kini dikenali sebagai Daerah yang paling kerap dilawati. Selain mempunyai sejarah sebagai sebuah bandar yang kecil pada suatu zaman dahulu, kini terdapat banyak penambahbaikan yang dapat dilihat. Petaling menawarkan segala yang anda inginkan. Dari kompleks membeli-belah terkemuka hingga ke restoran terbaik, Shah Alam merupakan Bandar yang siknifikan di Daerah ini. Disini kami ingin syorkan senarai aktiviti yang boleh anda lakukan sepanjag berada di Shah Alam!

9 pagi : Sarapan pagi di Restoran Gembira 
10.30 pagi : Kekal sihat dengan berbasikal di Taman Botani Shah Alam 
1.30 tengahari : Makan tengah hari di Restoran Azira 
2.30 tengahari : Lawatan ke Masjid Biru 
3.30 petang : Membeli-belah di Sekyen 7 & bergambar di Laman Seni 
4.30 petang : Minum petang di Kafe Lads and Lassies 
5.30 petang : Alami keseronokan Go Kart di Stadium Shah Alam 
7.00 malam : Santapan malam di Babah & Co 
8.30 malam : Terokai Taman Cahaya & Muzium Red Carpet di i-City
10.00 malam : Berjalan di sekitar Uptown Shah Alam untuk membeli-belah 
11.00 malam : Makan lewat malam di Restoran Hakim di Seksyen 7

1) Sarapan pagi di Restoran Gembira
Terletak di belakang McDonald’s, Restoran Gembira merupakan salah satu pilihan tempatan untuk bersarapan! Menyajikan anda dengan pelbagai jenis makanan Malaysia yang enak termasuk Nasi Lemak, Roti Canai serta kuih-muih, restoran ini adalah pilihan utama kami!


2) Kekal sihat dengan berbasikal di Taman Botani Shah Alam
Terkenal dengan kawasan indahnya yang dikelililingi persekitaran semula jadi, Taman Botani kini telah menjadi tempat yang paling digemari khususnya untuk menjalankan aktiviti sukan di Shah Alam! Bukan sahaja ia menawarkan kawasan yang menarik untuk bersenam, tetapi ia juga menempatkan beberapa tarikan di mana anda dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna pada jarak yang dekat.


3) Makan tengah hari di Restoran Azira
Jangan lupa untuk singgah ke Restoran Azira dan memesan hidangan mereka yang begitu menyelerakan. Terdapat pelbagai pilihan makanan Malaysia dan pencuci mulut yang semestinya menggiurkan! Restoran yang sering menjadi tumpuan ini kerap dipenuhi pelanggan di siang hari. Untuk mengelakkan kesesakan, anda dinasihatkan untuk datang lebih awal ke restoran ini.


4) Lawatan ke Masjid Biru
Tiada yang lebih mengkagumkan selain Masjid Biru yang terkenal di Shah Alam! Sebagai masjid terbesar di Malaysia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz ini sering dilawati oleh pelancong tempatan mahupun antarabangsa. Terletak berhampiran dengan Hotel Concorde yang juga salah sebuah mercu tanda di Shah Alam, anda pasti akan menikmati perjalanan anda ke sini.


5) Membeli-belah di Seksyen 7 & bergambar di Laman Seni yang berdekatan
Bukankah setiap orang perlukan terapi membeli-belah? Singgah ke Seksyen 7 Shah Alam yang menempatkan deretan kedai yang menawarkan produk dan jenama buatan Malaysia yang terkenal. Antara yang popular adalah gedung Jakel di mana anda boleh mendapatkan kain dan fabrik kegemaran anda di sana. Dalam pada itu, jangan lupa untuk ke Laman Seni yang terletak di kawasan berhampiran untuk koleksi gambar anda. 


6) Singgah di Kafe Lads and Lassies untuk minum petang
Sekiranya anda sedang mencari kafe yang terbaik untuk merehatkan minda di petang hari, kunjungi Lads and Lassies yang terletak di Seksyen 9, Shah Alam! Selain dari kek dan air tehnya yang lazat, dekorasi kafe ini yang artistik juga menjadi faktor kafe ini sering dikunjungi ramai. 


7) Bergerak ke Kart di Stadium Shah Alam
Anda buntu untuk aktiviti pada waktu petang? Bawalah diri anda ke Stadium Shah Alam untuk mencuba aktiviti Go Kart yang sudah tentu akan menaikkan semangat perlumbaan anda! Terdapat beberapa pakej menarik ditawarkan di sini, dan sebuah taklimat keselamatan turut diberikan sebelum anda mula memandu. 


8) Makan malam di Babah & Co
Seringkali disyorkan oleh orang ramai, nikmati santapan malam anda di Babah & Co! Terdapat pelbagai pilihan enak dari menu mereka seperti masakan Asia, Barat dan juga campuran yang mampu mengenyangkan anda selepas seharian berjalan. Percayalah, anda pasti tidak akan kecewa.

9) Menerokai Taman Cahaya & Muzium Red Carpet di I-City
Semasa anda berada di Shah Alam, jangan lupa untuk kunjungi i-City untuk melihat segalanya yang mereka tawarkan! Dikelilingi dengan lampu LED yang berwarna-warni menyinari seluruh kawasan ini, ianya pasti menjadi suatu malam yang romantis mahupun pengalaman bersiar-siar bersama keluarga yang menyeronokkan. Di Red Carpet Museum pula, anda boleh bergambar dengan patung-patung lilin yang menyerupai selebriti dan watak-watak dari program TV kegemaran anda! 


10) Berjalan di sekitar Uptown Shah Alam untuk membeli-belah
Anda juga boleh bersantai di sekitar Uptown Shah Alam pada waktu malam sambil melihat pelbagai barangan jualan dari pakaian terpakai, gajet dan makanan tempatan! Pengalaman membeli-belah di pasar terbuka pada waktu malam ini harus dimasukkan ke dalam bucket list anda!


11) Berhenti di Restoran Hakim di Seksyen 7 untuk makan lewat malam
Akhiri perjalanan anda di Shah Alam dengan makan lewat malam di Restoran Hakim yang bertempat di Seksyen 7! Antara makanan yang terkenal mereka adalah Nasi Kandar yang patut anda cuba sebaik sahaja tiba di sini. Namun, sekiranya anda lebih sukakan makanan yang sedikit ringan, anda boleh memesan roti canai mereka!  


Bermula dari sarapan pagi yang amat menyelerakan di salah sebuah restoran terbaik sehinggalah penjelajahan ke lokasi-lokasi terunggul di Shah Alam, Daerah Petaling menawarkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan! Kami mencadangkan anda tempat-tempat terbaru dan popular yang sudah pasti akan membuat perjalanan anda lebih menarik. Selain itu, pastikan anda tidak lupa untuk melawati seleksi tempat-tempat menarik yang terdapat di Dearah Petaling sebaik sahaja anda tiba di Negeri Selangor!

Kesemua senarai produk dan pilihan destinasi di atas dinyatakan hanya sebagai syor dari pihak Tourism Selangor. Untuk informasi lanjut tentang produk-produk pelancongan menarik di Negeri Selangor, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.

Post a Comment

32 Comments

  1. x cukup 1 hari nak explore tempat-tempat menarik di shah alam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...kena duduk seminggu dua baru habis...haha

      Delete
  2. Dulu2 masa anak belajar kat SA selalulah juga ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. adik sorang ada duduk sana, kadang2 pergi juga la jenguk dia n anak2 buah..

      Delete
  3. Pernah selali je ke shah alam...itupun 20 tahun yang lalu kalau tak silap

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius lahh..kalo pergi lagi mesti shock sikit ek sebab da lain dari 20 tahun lepas

      Delete
  4. dah puas pusing tp mcm ade more places yg tak pernah jejak. menarik ni.

    ReplyDelete
  5. makanan dia semua looks delicious laa!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus lahhh...hahahhahahah...syurga makanan katakan

      Delete
  6. tak singah kompleks pkns ke dulu tempat berendut masa zaman muda2 belajar situ.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jugak singgah sekali dulu wak...

      adik pulak duduk flat pkns tu ha...

      Delete
  7. bestnya dapat jalan2 sambil makn2..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan cik nor...bila lagi kita nak gi jalan2 sambil makan2 bersama ni?

      Delete
  8. dalam senarai ni, ada beberapa tempat yang dah pergi. hehe bestttt~

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh sama lerr..ada yang da pergi, ada yang belum..hihihi

      Delete
  9. Rindu Shah Alam bila tengok post ini

    ReplyDelete
  10. Lama tak pergi I-City.dulu duduk KL,ada juga pergi beberapa kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la pc..dulu beberapa kali jugak pergi bawak mak dan mak ngah...sekarang hmmm da jemu da...hahaha

      Delete
  11. nak repeat pergi i-city lah. dulu masa study baru bukak tak berapa nak best. now mesti dah wow sangat dengan mall dan hotel bagai kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, akak suka pergi mall dia tu..macam2 ada dalam tu...best explore

      Delete
  12. Kami suka Shah Alam.. Sebab kat sana best. Banyak tempat makan, banyak tempat nak lepak. Siang Malam meriah. Yang penting jumpa jodoh pun kat UiTM Shah Alam. Hahaha. Pakej dapat Degree dapat Laki..Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wooowww...cintaku berputik di shah alam lah ni...hahahha...

      Delete
  13. jarang sangat sampai ke shah alam... rasanya last pergi tahun bila yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba ingat balik bila...hahahha..nanti boleh bawak aiyan jalan2 sini

      Delete
  14. Jomm laaa meronda rondaaa...best woo Selangor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom laaaaaa...nanti ehhh tunggu semua orang da balik kampung dulu..hahaha

      Delete
  15. Shah Alam banyak makanan sedap2.. tapi sangat-sangat jarang pergi sana...

    ReplyDelete
  16. boleh sangat plan nie untuk ke Shah Alam..

    mudahan dipermudahkan selalu...

    aamiin

    ReplyDelete
  17. dulu zaman muda remaja rajin jugakla ke SA ni..
    tapi skrng ni tengok banyak tol tempat makan best2 area sana..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com