Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Jun - 31 Ogos 2020

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 10 Jun - 31 Ogos 2020 | Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diganti dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Bermula 10 Jun 2020, pergerakan merentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan Perintah kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Malah, sambutan Raya Haji Aidiladha dan ibadah korban juga dibenarkan dengan pantauan badan-badan agama yang berkenaan supaya SOP tetap dipatuhi walaupun PKPB dah berakhir. Bab solat berjemaah kat masjid masih lagi in study, nanti tunggu aje lah kerajaan update lagi.

Jadi, dah boleh lah balik kampung ya jumpa ibu bapa yang dah lama kita tak peluk cium. PM pun pesan supaya kita keep jaga kebersihan diri dan pakai face mask bila perlu. Jangan lupa, ibu bapa kita adalah warga emas yang berisiko tinggi bila terdedah dengan virus ni.

Menariknya, sektor pelancongan juga dibuka semula tapi lebih kepada pelancongan domestik. So, dah boleh lah pergi bercuti di dalam negara dengan keluarga dan kawan-kawan. Nak melancong keluar negara je belum boleh sebab sempadan negara kita masih lagi ditutup. It's ok guys, jom naikkan semula ekonomi negara kita!

Tapi ada lagi beberapa area lain yang masih lagi dalam kategori aktiviti yang dilarang, sebab dikhuatiri penjarakan sosial tu susah nak kawal bila melibatkan ramai orang. Contohnya, kelab malam, pub, kenduri-kendara, perarakan keagamaan, taman tema, pusat karaoke dan lain-lain seperti yang termaktub dalam senarai aktviti yang tidak dibenarkan.

PKPP ni akan dilaksanakan oleh kerajaan dengan berteraskan 7 strategi, iaitu:

7 Strategi PKPP 10 Jun - 31 Ogos 2020

Strategi-strategi ni akan dilaksanakan melalui Jawatankuasa Khas Menteri Mengenai Pelaksanaan PKPP yang dipengerusikan oleh YB Menteri Kanan Pertahanan. Pelaksanaan strategi ni memerlukan kerjasama dan disiplin dari kita semua, dan kita akan memasuki fasa normalisasi selepas 31 Ogos 2020 sehingga vaksin COVID-19 ditemui.  Tapi kalau tiba-tiba ada kes positif mendadak naik, kerajaan tak teragak-agak untuk laksanakan PKPD di tempat-tempat yang terbabit.

Jangan lupa install MySejahtera untuk periksa kesihatan masing-masing ya!

18 comments:

  1. ok...jap lagi nak install My Sejahtera...

    ReplyDelete
    Replies
    1. install jangan tak install..nanti dapat RM50 dalam e-wallet..

      Delete
  2. Yeay, boleh pulang kampung... ^^

    ReplyDelete
  3. Blh ke pg Singapore ikut jln darat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikutkan, sempadan negara masih ditutup. Jadi, ke Singapore juga tak boleh sebab luar negara.

      Delete
  4. bagus juak masih ada pkp tok, tuk pemulihan. masih takut2 juak mauk ngerayo

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, perlu ada pemulihan ya...lamak gik tempohnya sebab mok betul2 pulih kan..

      Delete
  5. alhamdulillah..boleh la jumpa adik beradik yang lain nanti..terus #kitajagakita.. sentiasa juga berwaspada dan teruskan SOP yang ditetapkan..insyall

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah dah boleh rentas negeri
    Bolehlah buat sambutan raya sekali lagi

    ReplyDelete
  7. Yaaa dah boleh rentas jambatan permas..ehhhhh salah negeri hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah banyak syarat dan dilonggarkan. Harap juga dalam proses pemulihan ni kes menurun. Kalau naik memang risau lah nak kemana mana pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu fiza...harap2 kekal lah satu dua angka saje...

      Delete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com