KOI Thé Special Delivery Offer: Beli 5 Percuma 1!

KOI Thé Special Delivery Offer: Beli 5 Percuma 1! | Woww, peminat minuman boba sekitar Lembah Klang confirm suka bila salah satu daripada pengusaha minuman viral ni, KOI Thé, bagitahu, diorang dah boleh buat penghantaran ke sekitar Lembah Klang, termasuklah ke ceruk yang sukar untuk ditembusi. Gituuuuhhh!

KOI Thé Offer Special Delivery: Beli 5 Percuma 1!

Minuman KOI yang berasal dari Taiwan ni dikenali dengan bobanya yang berwarna perang cair, bersaiz comel-comel dan chewy pulak tu! Kat Kuala Lumpur, KOI merupakan antara top 10 minuman boba terbaik yang dinobatkan oleh KL Foodie, dapat tempat teratas tau! Minuman signature KOI, Golden Bubble Milk Tea, dikatakan sebagai bubble milk tea sebenar yang betul-betul sempurna.

KOI Thé Offer Special Delivery: Beli 5 Percuma 1!

KOI menghasilkan teh yang baru dibrew dengan menggunakan bahan-bahan beraroma. Diorang siapkan teh diorang dengan teliti, menggunakan daun yang baru dipetik dan dibrew dengan cara tertentu. Inilah yang menyebabkan minuman KOI ada rasa asli dan menjadikan pelanggan kembali berulang-ulang. KOI kat Malaysia membawakan rasa teh yang hebat dan memberikan minuman yang confirm konsisten memuaskan hati uols.

KOI Thé Offer Special Delivery: Beli 5 Percuma 1!

Pembuat minuman di KOI menghasilkan secawan teh menggunakan nisbah air sejuk dan teh yang sempurna dan dibrew dalam pantauan kondisi dan suhu yang ketat. Kemudian, barista KOI yang terlatih akan menghidangkan teh uols dengan jumlah ais dan gula yang tepat dengan citarasa uols. Menu KOI merangkumi minuman seperti: Brown Sugar Tea, Flavoured Tea, Milk Tea, Chewy Tea, Macchiato, dan Tea Latte.

KOI Thé Offer Special Delivery: Beli 5 Percuma 1!

Selain daripada Golden Bubble Milk Tea, KOI jugak ada Assam Black Tea, Plum Green Tea, Jasmine Green Tea, Passion Fruit Green Tea, Honey Green Tea, Caramel Black Tea Macchiato, Passion Fruit Macchiato, Mango Macchiato, Peach Macchiato, Matcha Macchiato, Ovaltine Milk Tea, Chocolate Milk, Milk Tea, Green Milk Tea, Bubble Green Tea, dan Grass Jelly Milk Tea. Terbaru, ada pulak KOI Fresh Juice series yang lebih bertemakan minuman yang kaya dengan Vitamin C.

Eh, banyak pulak kalau nak senaraikan semua, ek?

KOI Thé Offer Special Delivery: Beli 5 Percuma 1!

Kalau macam saya, memang agak memilih sedikit minuman boba ni. Tak boleh terlalu manis, tak boleh terlalu rasa susu. Pernah sekali terminum yang terlalu manis, terus masuk dalam blacklist untuk  pembelian bubble tea akan datang. Bubble dalam minuman pulak kena lembut kenyal, tak suka yang keras-keras. Suka sangat kalau bubble dia kecik-kecik, tak perlu nak kunyah banyak sangat. Haha! So, macam KOI punya bubble ni, memang citarasa saya lah.

KOI kat Malaysia ni dah ada beberapa cawangan jugak, antaranya di 1 Utama Shopping Centre, Suria KLCC, Sunway Pyramid, Bukit Bintang, Sunway Velocity, SkyAvenue Genting Highlands, IOI City Mall Putrajaya, Pavilion KL, Central i-City Mall, The Gardens Mall, Mid Valley Southkey JB, Paradigm Mall JB, Toppen Shopping Centre JB, Queensbay Mall Penang, Gurney Plaza dan gateway@klia2.

KOI Thé Offer Special Delivery: Beli 5 Percuma 1!

Menariknya, sekarang ni KOI ada buat special delivery offer untuk penduduk Lembah Klang, beli 5 percuma 1! So, kalau uols yang duduk office tengah bekerja dengan kawan-kawan tu, boleh lah order beramai-ramai, jadi lebih jimat sebab dapat free 1 kalau beli minimum 5 cawan. Yang duduk rumah pun boleh order untuk dapatkan offer beli 5 percuma 1 ni, tapi dengan syarat, order direct dari KOI Delivery aje ya! Boleh PM terus ke social media diorang untuk details.
  • KOI Thé Delivery Services sekitar Lembah Klang
  • Available setiap hari dari 12PM – 6PM (kecuali Cuti Umum)
  • Only applicable for pre-order
  • Pre-order sebelum 4.30 PM
  • Special Buy 5 Free 1 deal when your order for delivery from KOI
  • Caj extra untuk penghantaran melebihi 10 km dari outlet KOI terdekat
  • Limited slots setiap hari 23 Mei - 9 Jun 2020


Habis tu yang duduk luar Klang Valley acano, ade sape-sape teringin tak? Mesti lah boleh order jugak. Now dah tak payah susah payah keluar beratur pergi beli. Lagi-lagi sekarang ni banyak SOP kena patuhi kalau nak keluar rumah. Nak senang, kita order aje KOI guna FoodPanda. Pilih, pilih, pilih. Bayar. 

Tunggu abam Panda hantar, ok!

Jap, nak belek apps FoodPanda kita pulak.


21 comments:

  1. Belum pernah lagi minum dan beli, padahal selalu aje nampak...nak belanja kita tak? Hehehehe

    ReplyDelete
  2. Kopi koi...kopi saya kalau kat temerloh pahang

    ReplyDelete
  3. perghh..sedap betul air KOI ni. dapat minum musim panas memang sedap. Mesti ramai beli 5 tu sebab dapat free 1. berbaloi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tu...fiza jangan lupa cuba jugak tau!

      Delete
  4. Femes betul air boba ni Macam-macam jenama. Tak pernah try lagi air KOI. Nampak macam sedap je ni. Banyak pilihan.

    ReplyDelete
  5. terliurnya tengok golden bubble dia! Selalu nampak KOI ni tapi tak pernah try lagi. Boleh menyinggah ni nanti

    ReplyDelete
  6. Belum pernah cuba jenama teh Koi ini nampak sedap gak...akan cuba gak nanti.

    ReplyDelete
  7. Bila lah cawangan dia dekat manjung ni nak ada. Teringin jugak nak rasa

    ReplyDelete
  8. Ada free 1? Yes. Kebetulan ada satu outlet berdekatan dengan lokasi kerja Rawlins - esok nak try la order untuk kawan sepejabat

    ReplyDelete
  9. Meletoppp betul air boba ni. Peminat air boba bolehlah mencuba ni

    ReplyDelete
  10. Yaya jarang beli KOI tapi kawan Yaya selalu beli sebab pearl dia lain daripada jenama lain pastu pearl pun comel2 je kan hee senang nak kunyah. Nanti yaya inform dia ada promo free 1 ni ;)

    ReplyDelete
  11. Ok nanti nak order. Untung sangat ni. Hehehe favourite tau. Nasib baik singgah sini dapat tau pasal promosi ni. Senang order sekarang ni. Duduk rumah je order guna Foodpanda kan

    ReplyDelete
  12. Tak pernah minum koi ni lagi.. Senang order dengan foodpanda. Nanti nak cuba try la. .nad suja air boba ni

    ReplyDelete
  13. tak pernah minum koi lagi, tapi nampak sedap tu especially yang lemon tu.. feveret air lemon ni 😍

    ReplyDelete
  14. Perghhh terliur kita tengok air koi ni. Dengan bubble dia lagi. Ni kalau minum time cuaca panas ni. Lit lit tu

    ReplyDelete
  15. Belum pernah try lagi .. nampak banyak pilihan dan harga pun berbaloi. Leh belanja kengkawan skali

    ReplyDelete
  16. Ahhh fav ni. Nak kena beli sementara tgh promo takleh lepaskan peluang hehe

    ReplyDelete
  17. Wow menarik ni tapi banyak sangat kena beli lima. Kena tunggu beli dengan adik2 nanti la

    ReplyDelete
  18. Ada gak minum air ni mmg sedap tapi jrg minum sbb manis

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com