Sedapnya Cake dan Cookies dari @kittykravers !

Sedapnya Cake dan Cookies dari @kittykravers ! | Siapa suka makan kek macam saya? Cookies? Sepanjang musim PKP, memang tekak ni duk mengidam-idam nak kek, tapi buatnya tak berapa nak rajin. Ye lah, duduk tiga orang aje kat rumah. Buat kek kang, entah berapa hari nak habis. Nak buat sikit-sikit pun, tak rajin nak tekan calculator bahagikan adunan. Kahhh!

Nak beli kek slice kat luar, rasa macam bercinta sangat nak start enjin kereta semata-mata nak beli kek saje. Ada sekali je kot rasanya dak Nada balik bawak satu slice kek yang orang bagi, tu pun da gembira betul. Alhamdulillah. Ni dah start PKPP, boleh lah keluar beli kek kalau teringin, tapi still kena berjaga-jaga bila keluar. Jadi tak berapa berani pulak nak dedahkan diri dengan dunia luar. Huhuhu.

Ada tak geng macam saya? Yang masih ragu-ragu nak berfoya-foya.

Kalau ada, sep sikit! Jom beli kek yang boleh delivery ke rumah. Baru-baru ni, saya ada cuba kek dan cookies dari satu home baker area Johor Bahru yang baru aje memulakan perniagaan pada hujung-hujung PKP yang lalu. Bermula dari mencuba-cuba buat makan sendiri, kemudian menerima tempahan dari rakan-rakan terdekat. Akhirnya, apa lagi kan? Kalau semua orang suka, baik dikembangkan lagi jadi lebih serius!


@kittykravers nama diberi, buat masa ni ada dua menu yang menjadi fokus utama, iaitu Chocolate Chip Walnut Banana Cake dan Chocolate Chip Walnut Cookies. Boleh lah kita panggil Chocolate Chip Walnut series gituuuu.


Chocolate Chip Walnut Banana Cake nya hadir dalam dua pek, 500g (RM20) dan 1.4kg (RM45). Saya cuba yang 500g, pek dalam disposable aluminium tray tu. Kalau 1.4kg, kek nya bulat sebiji, whole round. Bila keluarkan dari pek, masa pegang tu dah rasa "oh, moistnya!"


Dari luar nampak macam kek buah. Bila potong, baru nampak sebenarnya bukan kek buah. Kat dalam tu ada walnut dan chocolate chip macam namanya. Rasa sepotong, haah lah, memang moist! Sebab kek pisang kan, jadi dia lembap sedang elok aje, rasa pisang yang balance manisnya dan sedap pulak dipadankan dengan chocolate chip serta walnut.


Chocolate Chip Walnut Cookies pulak hadir dalam pek 100g (RM10), 200g (RM19) dan 500g (RM43). Saya cuba yang 200g, pek ziplock paperbag macam dalam gambar tu. Boleh nampak cookiesnya dari luar kan, peminat cookies mesti rasa tempting nengoknya, hihihi.


Bila keluarkan untuk ambil gambar, dah dengar dah hint kerangupan dia tu. Sekali tengok, memang macam biskut popular Famous Amous. Permukaan atas cookies cantik berpasir, bahagian bawah pulak nampak berlubang-lubang, menandakan cookies yang ringan dan dibakar sempurna.


Rasa sebiji, mmm sedap dan tak terlalu manis! Suka! Susah nak cari chocolate chip cookies yang rangup tapi tak manis. Biasa jumpa yang agak manis sebab diorang tak boleh kurangkan gulanya untuk dapatkan cookies yang super crunchy. Gabungan walnut dan chocolate chip dalam cookies pun sedap.


Mungkin walnut juga faktor terbesar yang balancekan rasa manis tu sebab walnut kan ada rasa payau dia, sama macam buat Congo Bars yang manis kedaung tu. Sebab ada walnut, rasa manis tu jadi seimbang dan boleh diterima tekak. Haa, gitu lah pengalaman ku selama buat Congo Bars. Haha.

Untuk uols yang duduk sekita Johor Bahru, boleh lah order dari @kittykravers kalau teringin kek dan cookies seperti di atas ni. Dijamin sedap dan puas hati ye!

0177114250 - Harish

Chocolate Chip Walnut Banana Cake
1.4kg - RM45
500g - RM20

Chocolate Chip Walnut Cookies
500g - RM43
200g - RM19
100g - RM10

Delivery charge ikut location

16 comments:

  1. nampak sedaplahh kek. pakai calculator ea? hahahah. lawaklah kak sun ni. betol lah bercinta nak buat. sebab ena buat kek asik tak jadi. nampak sangat tak berseni.

    ReplyDelete
  2. Sedap gilerr makan keknya, moist sangat..tak sangka pisang dan walnut tu boleh ngam ek...

    ReplyDelete
  3. Nampal walnutnya terliur pulak.Puas hati bila makan kek isi dalamnya banyak.

    ReplyDelete
  4. antara makann ringan yang saya suka ..

    rasa nak mencuba la pulak

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap. Orang2 Johor bolehlah cuba order dan rasa. Orang jauh nganga je la.

    ReplyDelete
  6. Kek mcm tak minat sgt.. Tapi biskut nampak sedap n macam crunchy sangat..

    ReplyDelete
  7. wah sedapnya kek. saya memang peminat kek, baru-baru ni ada buat kek sendiri dirumah, alhamdulillah menjadi :)

    ReplyDelete
  8. Sis baru ni buat sendiri sebab teringin sangat. Tapi biasalah..kalau kita buat sendiri kek tu..mcm2 kita masukkan..hehehe. Apa2 pun kek tu nampak sedap pulak

    ReplyDelete
  9. Kek pisang mewah ni. Kaya dengan kekacang dan coklat. Sedap tu!

    ReplyDelete
  10. Nampak sedap dan menyelerakan cake dan cookies dia. Teringing pula nak cuba. Nanti boleh lah order

    ReplyDelete
  11. Alaaaa jauh pulak nak order boleh ke pos meyelerakan pulak kek walnut banana dia

    ReplyDelete
  12. Alaaaaa..kejam la kau Sunah oiii,nampak sedap kek tu ha...psst...dia buat delivery tak?

    ReplyDelete
  13. Saya tekak macam sis jugak nak makan biskut dan kek je. Haha aduh gigihnya nak buat kek tekan calculator. 😂 betul la sis, masih ragu2 nak berfoya. Seram fikir..

    ReplyDelete
  14. Waaa.. Jb kat mana tu.. Ada kedai ke buat dirumah je.. Nanti boleh la share dengan kawan dekat JB info ni.
    Kita tergoda pulak tengok kek tu.
    Hihi..
    Pencinta kek kan..

    ReplyDelete
  15. yang moist2 ni kite suka ni..
    orang kata kalo nk moist tunggu at least sehari baru makan..
    jangan lepas2 keluar oven kita ngap..

    ReplyDelete
  16. Kita pun baru nak tanya tu kek buah ke, nampak macam moist2 sedap. Skali baca lain pulak. Haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com