Beli Ikan Bilis dan Udang Kering dari Tawau, Sabah, Online di Shopee

Beli Ikan Bilis dan Udang Kering dari Tawau, Sabah, Online di Shopee | Pernah baca entri tentang Ikan Bilis Mata Biru saya dulu? Kalau ke Sabah, wajib bawak balik satu dua pek ikan bilis. Tak kisah la mata dia warna apa. Entah, macam sedap pulak ikan bilis dari perairan Sabah ni. Mungkin sebab dekat dengan Filipina, jadi ikan bilis dia kacukan sikit. Haha!

Lagi satu, mungkin sebab ikan bilisnya fresh dan harganya jauh lebih murah kalau kita beli kat sana, berbanding beli yang dijual kat Semenanjung. Ikan bilis mata biru diorang ada yang halus dan ada yang kasar. Yang halus tu sesuai juga buat bumbu untuk nasi goreng atau sayur goreng campur belacan. Ada kawan kita, buat makan dengan nasi lemak juga. Kalau yang kasar, lagi lah sesuai buat untuk macam-macam menu makanan yang perlukan ikan bilis.

Nak harga murah, tapi kualiti terjamin? Uols boleh beli dari seller abuaufa86, pembekal ikan bilis dari Tawau, Sabah kat Shopee. Sekarang ni diorang ada buat promo tau! Pek Kombo 1/2 kg bilis kopek + 1/2 kg udang kering + 1/2 kg bilis mata biru, hanya RM60.00 sahaja! Berat keseluruhan, 1.5 kg.


Haa gitu pek dia. Diorang boleh pos ke seluruh Malaysia pada caj yang berpatutan. Siapa biasa beli barang kat Shopee, tahu lah harga postage macam mana, memang murah kan? Dah lah murah, kualiti dan gred pun terjaga. Diorang memang make sure produk yang dihantar ke pintu rumah uols tu masih fresh dari laut. Haha, dari laut keringkan dulu lahhh!


Kalau tengok review kat Shopee tu, memang ramai yang berpuas hati dengan ikan bilis dan udang keringnya. Tengok rating dan jumlah sold pun boleh agak kan, kalau beli nanti akan dapat yang macam mana.

Kalau uols nak cari pek kombo gini untuk bagi pada mak bila balik kampung rentas negeri nanti, haaa boleh la beli ni. Mak-mak mesti suka punya, harga pun berpatutan sangat. Uols boleh belek pek kombo ni kat Shopee ek!

Saya pun nak order gak nanti bila stok ikan bilis da nak habis!

10 comments:

  1. Wah! ikan bilis naik kapal terbang gitteww...

    ReplyDelete
  2. Waaa nampak segar dan bersih laaa..boleh cuba beli nanti...tapi ni nak ke Paka, beli sana je la hehehehe

    ReplyDelete
  3. ikan bilis udang kering dari tawau fresh ni bahh., ;p

    ReplyDelete
  4. Jauhnya membilis
    Sampai ke bawah bayu

    ReplyDelete
  5. wahhh ikan bilis dgn udang kering boleh beli kat shopee. tak pernah tau pun

    ReplyDelete
  6. Berbaloi harga combo tu kak. Sebab ada bilis mata biru tuuuu, selalunya mahaiii. Berbaloi-baloi.

    ReplyDelete
  7. uii jauhnya beli bilis... tp dr tawau sana mesti fresh kan...

    ReplyDelete
  8. okay baik. nak tengoklah..nampak elok je ikan bilis tu ha. Memang berbaloi shopping kat shopee ni. delivery charge murah dan cepat.

    ReplyDelete
  9. Akak pun suka beli kat Shopee, senang..even sabun serbuk dengan pencuci pinggan pun beli kat Shopee..

    ReplyDelete
  10. ikan bilis dan udang kering Sabah antara yang terbaik..
    puas hati beli..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com