Ticker

6/recent/ticker-posts

3,000 Judul Buku Bahasa Melayu Dengan Harga Serendah RM1 Hanya Di Jualan Kaw Kaw BookXcess Online

3,000 Judul Buku Bahasa Melayu Dengan Harga Serendah RM1 Hanya Di Jualan Kaw Kaw BookXcess Online | Weiii, BookXcess dah ada buku Bahasa Melayu!! Haha, excited gilerrr sebab selama ni ramai tanya, takde buku Bahasa Melayu ke kat BookXcess ni? Nahhh ni nak habaq, diorang dah lancarkan jualan buku Bahasa Melayu secara online tau!


Kaw kaw murah! Kedai buku terkemuka Malaysia, BookXcess buat pertama kalinya akan melancarkan Jualan Kaw Kaw dengan menampilkan lebih daripada 3,000 judul buku Bahasa Melayu dengan harga serendah RM1! Jualan ini akan berlangsung dari 24 hingga 30 Julai 2020 secara atas talian melalui laman sesawang bookxcessonline.com

Bagi jualan yang berlangsung selama seminggu ini, para pencinta buku boleh menantikan judul baru yang akan diperkenalkan pada setiap hari. 

Para ibu bapa juga harus merebut peluang keemasan ini kerana buat julung kalinya BookXcess menampilkan buku Bahasa Melayu dengan harga yang terjangkau murah. Malah, jauh lebih murah berbanding harga di pasaran. Peluang ini dapat digunakan oleh ibu bapa untuk mengalakkan anak-anak memupuk tabiat membaca.

Judul-judul buku untuk Jualan Kaw Kaw kali ini akan memaparkan pelbagai buku yang sesuai buat kanak-kanak, golongan remaja dan golongan dewasa. Buku-buku seperti Pekan-Pekan Kertas, Toyol, Hijrah ke Madinah, Kisah Nabi Yunus A.S. Diselamatkan Nun serta siri Raja Katak Ditipu Ular akan dibawa ke laman web BookXcess. Bukan itu sahaja, promosi kali ini juga akan menampilkan buku-buku aktiviti, novel, buku masakan dan lain-lain.

1. Buku Kanak-Kanak


Siri Teladan Kanak-Kanak; Harga Promosi: RM1.00; Harga Pasaran: RM7.00

Siri Teladan Kanak-Kanak ini menampilkan kisah-kisah teladan yang dapat membantu mengajar anak-anak tentang adab serta tatasusila. 7 buah buku dalam siri ini bakal menjadi tumpuan anak-anak dalam setiap sesi membaca bersama. Judul-judul yang terdapat dalam siri ini adalah Raja Katak Ditipu Ular, Lenteng yang Sombong, Balasan kepada Keluarga Kera, Helang Yang Bongkak, Sudah Tabiat Serigala, Ayam Serama Yang Bongkak dan Anak Itik Kuning. 


Siri Riwayat Nabi Muhammad S.A.W.; Harga Promosi: RM1.00; Harga Pasaran: RM5.00 

Siri Riwayat Nabi Muhammad S.A.W. ini menampilkan pelbagai kisah-kisah menarik sepanjang hidup Nabi Muhammad S.A.W. Judul-judul yang terdapat dalam siri ini amat sesuai untuk para ibu bapa memberi pendedahan awal kepada anak-anak terutama tentang perjalanan hidup Nabi Muhammad S.A.W. 


Siri Buku Penulis Tunas Super; Harga Promosi: RM4.90; Harga Pasaran: RM13.00

BookXcess turut memaparkan buku-buku dari terbitan Penulis Tunas Super yang merupakan sekumpulan penulis murid-murid sekolah rendah berusia 7 hingga 12 tahun yang sangat berbakat dalam menulis cerita-cerita yang berkaitan dengan kehidupan sebagai remaja abad ini. Buku-buku terbitan Penulis Tunas Super ini bukan hanya memperlihatkan kebolehan anak-anak muda Malaysia dalam bidang penulisan, tetapi juga dapat menarik minat membaca dalam kalangan remaja dengan lebih berkesan.  

2. Buku Remaja


Siri Buku Remaja; Harga Promosi: RM1.00 – RM5.00; Harga Pasaran: RM14.00 – RM24.90

BookXcess juga menampilkan judul-judul yang terkenal seperti Pekan-Pekan Kertas, Primadona Orang Muda dan Serigala. Pelbagai juga judul lain yang dibawa oleh BookXcess yang akan menjadi tumpuan utama kepada para remaja. Jualan Kaw Kaw ini juga akan menampilkan beberapa buku terbitan Fixi yang semestinya menjadi kegilaan ramai. 

3. Buku Masakan


Buku Masakan; Harga Promosi: RM8.90; Harga Pasaran: RM15.00

Secara ekslusif bersempena dengan Jualan Kaw Kaw, BookXcess turut membawakan buku masakan berkualiti hanya pada RM8.90. Buku yang dibawa ini khas untuk mengajar para pembaca tentang selok-belok dalam bidang masakan sambil memperkasakan diri dengannya. 

Dapatkan segera buku-buku berkualiti dalam Bahasa Melayu ini dengan harga serendah RM1 hanya di bookxcessonline.com. Kini, sejajar dengan jualan promosi ini, para pecinta buku dapat menikmati penghantaran percuma dengan setiap pembelian melebihi RM80 di Semenanjung Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook di facebook.com/BookXcess.

Post a Comment

9 Comments

  1. boleh terjah ni..mmg tengah cari reading material utk si kecik tu

    ReplyDelete
  2. Waa...rupanya BookXcess jual buku BM juga, murah pulak tu. Dah lama x lawat BookXcess.

    ReplyDelete
  3. Boleh share dengan kawan-kawan PC ni.

    ReplyDelete
  4. alahai..lama bebeno teringin nak ke sini.Dah ada online ni ok sikitlah boleh cuci mata tengok buku

    ReplyDelete
  5. Rindu plak nak ke BookXcess... murah sangat RM1 kannn...

    ReplyDelete
  6. murahnya, boleh usha ni, harap boleh kawal diri

    ReplyDelete
  7. Berbaloi borong buku camni. murah betul RM1 je.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com