Ticker

6/recent/ticker-posts

Lunch Western Food di Pizz, Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor

Lunch Western Food di Pizz, Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor | Kalau sebut Citrine Hub, Sunway Iskandar, mesti ramai orang Johor Bahru tak berapa familiar dengan nama tempat ni. Saya sendiri pun baru tahu kewujudannya semasa pembukaan Sunway Big Box hujung tahun lepas.

Citrine Hub ni macam shopping hub lah, ada banyak kedai makan dan kedai barang keperluan macam kat shopping mall tu, cuma konsepnya bukan in one big building, dia lebih open gitu, macam R&F Mall kat Tg. Puteri. Lokasinya tak jauh dari Sunway Big Box Retail Park, sangat dekat dengan Sunway International School.

Kalau ada kerja kat area sini, boleh la menyinggah makan tengahari sebab ada banyak juga kedai makan yang menarik, antaranya Pizz, restoran makanan Barat yang menyediakan menu pizza, pasta, burger dan salad sebagai tarikan utama. Saya lunch kat sini minggu lepas dengan Sis Lin, mengimbau semula kenangan kali pertama datang Februari lepas kononnya. Haha!


Kali kedua datang, kitorang tak makan pizza, entah macam mana boleh lupa nak makan pizza. Sebab dah nampak menu lagi sedap kot? Hahaha! Rupanya ada macam-macam lagi menu lain kat Pizz ni selain menu-menu utama yang saya sebut kat atas tu tau. Haaa, nak tengok tak apo dia yang kami makan? Jemput tengokkkk!


Sebagai Light Bites, kami order Tempeh Fries. Iyoo, tempe guysss! Tak sangka sedap gilerrr tempe kalo goreng camni, dah macam makan french fries lak, kat atas tempe tu diorang tabur sikit rempah yang ada bau kari, tapi lupa tanya tu sebenarnya rempah apa. Sedap sangat, susah nak berhenti makan sampai takut terlampau kenyang hanya dengan kudapan! Haha!


Mana taknya, selain tempe, kitorang order jugak Broccoli Tempura. First time makan brokoli yang digoreng salut tepung macam ni. Yang bestnya, bau kuat brokoli yang selalu buat saya turn off tu takde pun bila saya cuba Broccoli Tempura ni! Aduh, sedap pulak cicah garlic dip dia tu.


Satu lagi menu Light Bites yang kitorang cuba adalah Cauliflower Tempura. Bunga kobis salut tepung, dihidangkan bersama sos mayonis wasabi. Yerr, wasabi guysss. Sedap jugak cicah dengan sos tu, cuma lama-lama rasa muak, jadi saya sarankan uols makan dalam susunan dari atas tadi sampai la ke Cauliflower ni kalo nak cuba ya, so dia tak membantutkan selera uols untuk makan makanan lain pulak lepas tu.


Then sebagai starter, kitorang makan Mushroom Soup yang dihidangkan bersama roti bakar. Sedap jugak, cendawan dia berasa sebab guna wild mushroom, dititis sikit dengan olive oil. Then jom ke main course!


Nah, ni saya punya, Beef Stew. Daging sirloin yang direbus perlahan, dicampur potongan lobak dan kentang, dihidangkan bersama kentang putar dan roti bakar. Sedap woi! Roti bakar cicah kuah stew tu, ke Pulau Perhentian perginya. Haha! Dagingnya pun lembut aje, paling menang dalam mangkuk tu adalah kentang putar tu! Serius sedap gila, rupanya kebanyakan customer yang datang ke sini memang gemarkan kentang putar kat Pizz ni.


Ini Sis Lin punya, Lamb Shank guyss. Sis Lin dan kambing tak boleh dipisahkan yeee. Lamb shank yang dimasak perlahan selama berjam-jam, dihidangkan bersama kentang putar, lada benggala dan terung panggang. Daging kambing tu lembut sangat dan mudah diceraikan dari tulang, aroma kambing pun cukup-cukup, tak terlalu kuat dan tak terlalu tenggelam, very recommended juga menu yang ini untuk uols cuba.


Bila da kenyang lepak sikit, kitorang tutup dengan dessert dan coffee pulak. Chocolate Lava cake yang dihidangkan bersama aiskrim vanilla, hirisan strawberry, crumble dan salted caramel drizzle. Kalau uols tengok muka terkejut Sis Lin masa makan kek ni, mesti uols nak order jugak sorang satu. Hahaha! Sebelum ni pernah try Vanilla Brulee dia, yang tu pun sedap gilerrr ye tuan-tuan dan puan-puan!


Oh, diorang ade jugak serve minuman unik lain dari yang lain, kitorang cuba Frozen Minty-Lychee, nama dia gitu sebab dia sejenis ice-blended. Daun pudina dan buah laici dikisar halus bersama kiub ais dan sirap, menghasilkan segelas minuman yang menyegarkan di kala tengahari panas terik. Ah gituuuu!


Satu lagi minuman yang kami cuba, Cucumber-Lime Mojito. Jangan risau, ni non-alcoholic punya Mojito, haha! Sebab kandungan minuman ni hanyalah cucumber, lime juice, mint, syrup, dan soda. Ni pun salah satu minuman yang sangat refreshing, dang macam detox pun ada, cuma dia guna soda lahh. Jadi tak detox sangat. Haha.

Ok lah, itu semua yang kitorang makan last week, hmmm nanti nak datang lagi lah cuba menu lain pulak sebab ada banyakkkkkkkkkkkkkkkkk lagi menu lain yang diorang sediakan kat sini. Jommm, sape nak join?


Pizz Restaurant (No Pork, No Lard)
Lot 1.02, First Floor, Citrine Hub, Sunway Iskandar, Johor Bahru

Operation Hours:
Monday – Thursday
11.30am - 10.00pm  (last order 9.30pm)

Friday – Sunday
11.30am - 10.30pm  (last order 10.00pm)

Contact:
07-585 7114
pizzcitrine@gmail.com
+6016-7788693

Instagram:
@pizzcitrine

Facebook:
@pizza.pasta.burger.salad

Website:

Post a Comment

9 Comments

  1. akak ingatkan fries apa tapi tempe tuh,dah naik level tempe sekarang nih... geramnya nengok semua menu sunah oi... lapar terus perut akak ni

    ReplyDelete
  2. Mrs. A pun tak pernah makan light bites yang dimasak cara tu
    Bila la dapatnya nih! huhuhuuu...

    ReplyDelete
  3. Senyuman tu nampak tersangat bahagia sebab makanan semua sedap kan. Hehehe

    ReplyDelete
  4. Johor dan tempe tak boleh di pisah kan..Hahha..

    Tempe goreng kunyit pun dah sedap.. Ni kan pulak kalau tambah perisa lain lagi la sedap..kan/./

    ReplyDelete
  5. Wah, makan light bites dia aje dah kenyang cam ni

    ReplyDelete
  6. Serius teringin nak cuba air timun tu :D

    ReplyDelete
  7. ahhhhhh kena cuba nihhh. sedapnyaaaa. kak sunnn jom ngeteh bersamaa.. rinduuu.

    ReplyDelete
  8. ya allahh.. sedapnya nampak menu2 dia.. best giler..

    ReplyDelete
  9. Lepas raya kita kopi-kopi sini lagi jommmm...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com