Minum Petang di Miyakori Coffee Eco Palladium

Minum Petang di Miyakori Coffee Eco Palladium | Siapa ingat lagi tempat ni? Dah lama sangat, mesti da hilang dari ingatan. Tahun lepas, saya pernah juga minum kat sini dengan kawan-kawan blogger. Kafe cantik minimalis yang jual kopi serta aneka roti untuk eat on the go.


Tapi hari tu bila datang lagi untuk lepak ngan kawan-kawan, dah tak ada dah bahagian roti Pan Kobo. Bahagian dalam kedai dah renovate sepenuhnya, tak ada ruang untuk letak rak roti dah. Belah dalam dah ada small kitchen untuk menu simple-simple.


Saya datang untuk cuba menu baru bertemakan Peachy Love diorang. Pergi minum petang dengan kak Ajan dan Leya Apakata Mommy. Baru tahu, sekarang diorang ada aneka jenis chilled cheesecake yang dijual dalam slice, untuk dimakan bersama air kopi atau teh.


Ni Strawberry Yogurt Cheesecake, rasa dia macam makan aiskrim pun ada, siapa suka jenis non-bake cheesecake, mesti akan suka dengan kek ni. Katanya signature cake diorang jugak. Tengok dalam menu, Burnt Cheesecake pun ado, tapi tak rasa pulak hari tu, penggemar kek ni wajib cuba kalau datang ke sini, ye tak?


Haaa ni dia yang dicari-cari, siri Peachy Love yang bertemakan buah pic. 4 inches Peachy EarlGrey Cake dengan Peachy Yogurt Frappresso, masing-masing berharga RM22.00 dan RM16.90. Air tu lebih berasa peach berbanding espresso, siapa suka rasa yogurt, haa memang kena la dengan tekak. Bila sedut tu, buat saya teringat dengan Kek Karamel Pic saya haha!


Kek dia ada 3 layer, belah aje nampak lah keratan rentasnya. Ada hirisan buah pic pada setiap lapisan kek. Kek nya lembut dan sedapppp! Seriously recommended, seketul Sunah boleh habiskan sorang kek ni kalo lapar, pakkal hari tu datang bertiga, jadi kena lah ingat orang sebelah. Hahaha!




Selain menu ni, macam biasalah kena try Miyakori Coffee, kopi signature dia dan Vanilla Latte. Dedua sedap, rasa kopi pekat dan tak terlalu manis. Kak Ajan pun approved 👍 Haa, uols yang tak tahu nak lepak mana, boleh lah datang sini dengan kawan-kawan, best tempat ni sebab cantik, sunyi aje dan menenangkan.




Jemput datang tau!

Miyakori Sunway Iskandar
📍 Lot 16-01, Laman Niaga Sunway, Persiaran Medini 3, Sunway Iskandar, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor, Malaysia
🕐 Open daily from 8.30am - 6.30pm

Miyakori Coffee
📍 J5-19, level 05, Johor Bahru City Square, 106-108, Jalan Wong Ah Fook, 80000 Johor Bahru, Johor, Malaysia
🕐 Open daily from 10am - 10pm

Miyakori Eco Palladium
📍 K-01-09, Jalan Ekoflora 7/3, Pusat Perdagangan Ekoflora, Taman Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Malaysia
🕐 Open daily from 11am - 8pm

No pork, No lard

Facebook & Instagram: @miyakoricoffee

26 comments:

  1. Namapak sedap jer ni. Kalau dekat dekat KakYa nak g terjah jugak ni. Apokan daya jauh huhuhu..

    ReplyDelete
  2. amannya suasana. nampak menarik dan macam sesuai untuk tempat rehatkan minda

    ReplyDelete
  3. comelnya cheesecake peach dia! Mesti bila makan tu dia melt dalam mulut kan sebab non bake cake. Deco cafe dia pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang non bake tu strawberry yogurt cheesecake...takde peach dalam tu 😅

      Delete
  4. Tenang je tempat nya..Tengah duduk2 hujan pulak.. lagi syok la melayan perut.kan??.heheh

    ReplyDelete
  5. Kalo turun Johor memang sah saya kena singgah Miyakori nie. Rasa nak sangat mamam desert2 dia.

    ReplyDelete
  6. Aduhhh... Cecomel sungguh menu dia..!! Kita terpegun nengok cake tu. Nanti kita datang Johor awak bawak kita makan sini ehh

    ReplyDelete
  7. Alahai comelnya deco makanan dia - mati2 ingatkan telur goreng. Berjaya sungguh penciptaan ilusi dia kan

    ReplyDelete
  8. OMG~the desserts look so adorable. Even the place itself looks cute. Will pay a visit soon.

    ReplyDelete
  9. wooowwww sedapppnyaaa!!!...ni suma kegemaran anak bujang BC ni...nnti nk bwk dia p laa cafe ni...

    ReplyDelete
  10. sedapnya. tapi kat JB kan ni? kalau dekat dgn saya insyaAllah dah pegi dah

    ReplyDelete
  11. canteknya tempat ni..tapi di johor jer ya..ala naper tak datang kl hahahaha

    ReplyDelete
  12. comelnya semua menu2 dekat miyakori nie. rasa sayang pulak nak makan. hahaha. kek tu nampak sedap betul

    ReplyDelete
  13. Geram nengok kopi bear tu haaaa

    ReplyDelete
  14. Menarik la. Comel2 nampak kek dan air dia. Cute la.. Geram betul, sayang nak makan.. Agaknya ciri-ciri kedai korea kot comel2 gini

    ReplyDelete
  15. ya Allah.. sedapnya tengok Chilled Cheese Cake tu.. adoi.. terliur pulak rasa.. sekarang ni memang tekak suka yang gicu2 la pulak.. haha

    ReplyDelete
  16. Wahh nampak best.. tapi, jauuuhhh.. huhuu

    ReplyDelete
  17. wahhh... it looks like a real eggs ahh... i suka mykori.... tempat melepak saya ni

    ReplyDelete
  18. Alamak..leh musnah diet akuuu..nampak semua sedappp..comel betul bentukkkkknya

    ReplyDelete
  19. menarik betul kejadi strawberry cheesecake dia tu. warna pastel buat rasa orang nak cuba.

    ReplyDelete
  20. Omg dah lama tak singgah cafe ni, i love their desserts and cakes also.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com