Kafe Aiskrim ke-25 Inside Scoop Dibuka di Johor Bahru

Kafe Aiskrim ke-25 Inside Scoop Dibuka di Johor Bahru | Yo, that's right! Sebelum ni diorang pernah bukak dekat Holiday Villa, lepas tu pindah ke Mount Austin pulak. Kafenya terletak berdekatan dengan Midori Hotel Mount Austin, kalau guna waze, make sure alamat dia kat Jalan Austin Heights 8/1. Sebab hari tu, bila guna waze, dia ke perumahan depan deretan kedai tu. Alamat dalam waze tu ada dua, salah satunya silap, terbalik 8/1 jadi 1/8. 


Dibuka pada 2 Julai 2020 yang lepas, 3 Julai saya dah datang dengan Sis Lin ke sini. Beberapa hari sebelumnya dah nampak dak Lisa Visit Johor pergi. Menggoda betul aiskrim-aiskrimnya, meleleh-leleh ailio nengok. Haha! Jangan tak tau, seketul Sunah suka makan aiskrim! Jadi bila tahu kafe ni nak buka cawangan kat sini, teruja betul perasaannya.


Kafe dia simple aje, masuk-masuk terus boleh pilih aiskrim. Nak makan kat situ atau take away, dedua boleh. Ada lebih 60 perisa aiskrim yang dijual kat sini, tapi hanya 16 perisa yang dikeluarkan dalam satu masa. So, diorang akan rotate perisa-perisa ni setiap minggu atau bila mana-mana perisa tu habis.



Masa tu saya dengan Sis Lin tak tahu nak cuba perisa apa, jadi kitorang tanya la staff kat situ, yang mana paling recommended. Staff dia suruh cuba Valrhona Chocolate dengan Durian D24. Katanya, Durian D24 ni hanya sesuai dipadankan dengan perisa coklat yang ni sebab deduanya punya rasa yang sama kuat. Kalau Durian D24 ni dipadankan dengan perisa lain, takut semuanya kalah dengan rasa durian yang overwhelming.




Sis Lin order juga aiskrim Mint, perisa aiskrim kegemaran dia. Bila cuba ketiga-tiganya, memang semua sedap! Valrhona Chocolate tu pekat dan rich dengan rasa coklat. Yang penting, aiskrimnya tak terlalu manis. Aiskrim Durian D24 pulak memang rasa durian sebenar lah, apa lagi kan? Haha! Semerbak ye bau durian, kagum jugak baunya tak mencemarkan aiskrim yang lain. Aiskrim Mint pun not bad, saya pun suka jugak perisa yang ni.


Selain dari aiskrim, diorang ada jugak Buttermilk Waffle, yang dimakan bersama aiskrim. Memula ingatkan kecik, rupanya besar gak saiz dia. Kitorang padankan dengan aiskrim perisa Rocher dan Salted Caramel, pun atas recommendation staff dia. Weii, sedap gilerrr waffle ni! Ringan aje tekstur dia, tak jemu makan. Alhamdulillah, saya boleh telan. Ada waffle kalo rasa telur sangat dan dense, tak berapa gemar. Yang ni, ok, nice aje dan light.


Sempat jugak tengok staff dia bancuh guna hand whisk dan timbang adunan waffle tu. Setiap satu waffle berat adunan dia 160 gram, ditimbang dan simpan siap-siap dalam bekas sebelum order masuk. Bila ada customer order waffle, tinggal tuang aje atas waffle maker pan tu. Mudah kerjanya. Diorang ade jugak Nutella Waffle - Charcoal Waffle dengan chocolate chip kat dalam dia dan drizzle dengan Nutella kat atas, tapi masa pergi hari tu belum ada stok lagi. Next time boleh cuba yang ni pulak.




Uols jugak boleh order kek aiskrim kat sini, bentuk keknya sangat unik dan menarik. Rasa dia mesti sedap sebab ada aiskrim kat dalam. Paling menarik perhatian kitorang, Rocher dan Bombe Alaska. Rocher tu sebijik macam Ferrero Rocher tapi saiz gergasi, bahagian dalamnya ada chocolate glaze dan chocolate mousse serta tentulah aiskrim Rocher. Bombe Alaska tu lapisan luar dia meringue, belah dalam dia gabungan aiskrim Valrhona Chocolate dan Durian D24. Nak sambut birthday sendiri nanti boleh la beli ni, haha!




Ada jugak aneka kopi dan teh in case uols dah penat makan aiskrim banyak sangat, boleh la order aje. Aiskrim kat sini uols boleh makan dalam cup, kon atau pint. Tapi pint tu biasanya untuk take away atau delivery lah. Aiskrim kat sini boleh tahan 30 minit kebekuannya, lepas 30 minit aiskrim akan mula mencair. So, kalau uols duduk jauh, better datang makan aiskrim kat sini aje! Hihi.


Oh, sempena pembukaan, diorang ada buat promotion 1 scoop aiskrim pada harga RM5 sajorrkkkk. Harga biasa RM10.20. Terhad kepada 2 scoops aje untuk seorang, uols boleh dapatkan dari hari ni 9 Julai sampai 11 Julai 2020, pukul 5 petang hingga 9 malam yeee! Apo lagi?? Ayuhhh!




Inside Scoop Johor Bahru
41, Jalan Austin Heights 8/1, Taman Mount Austin, Johor Bahru

Operation Hour: 12 pm - 10 pm daily
No. Tel: 07-3571733

Facebook & Instagram: @myinsidescoop
Website: www.insidescoop.com.my

11 comments:

  1. Tergodanya tengok yang Rocher tu

    ReplyDelete
  2. Dah start enjin ni oii hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Aiskrim jagung ada? akak suka aiskrim jagung dan durian..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya ais krim. kedai dia pun so cozy.. Ada kepelbagaian kedai aiskrim dalam malaysia ni boleh kita cuba2 macam2 perasa dan signature ais krim masing2

    ReplyDelete
  5. Ya Allah.Bila tengok macam ni,rasanya nafsu PC nak makan ais krim susah di kawal kalau berada dilokasi.

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah cuba lagi eskrim Inside Scoop.. lalu penah dah..
    insyallah nxt time cuba =D

    ReplyDelete
  7. memang fav inside scoop tau..sedap sangat..tapi kat area sini ada satu ice cream yang die masukkan alcohol..kalau tak silap..sebab mse nk pilih tu die bgtau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oooo...so kena tanya la next time kan takut ada yang ada alcohol...

      Delete
  8. Aiskrim dia dengan waffle nampak sedapnya. unik betul lah aiskrim kat sini. jauh nak diterjah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com