Miyakori Coffee X Pan Kobo @ Eco Palladium, Johor Bahru

Miyakori Coffee X Pan Kobo @ Eco Palladium, Johor Bahru | Masa mula-mula dengar namanya, ingatkan Krystal Kim salah sebut. Kemain lagi nak perbetulkan dia, MyKori lahhh! Rupanya memang ada kafe Miyakori Coffee ni pada sebutan seakan-akan MyKori Dessert Cafe tu. Teruja sungguh nak tengok apa yang ada kat sini.

Makanya, Sabtu lepas saya dan Sis Lin ke sini dari IKEA Tebrau. Dahsyatnya, masih kekenyangan makan crayfish dan meatball sempena Merdeka Madness, nak pergi pulak mengisi perut kat Miyakori Coffee ni. Belek-belek IG dan Facebook Carol Tai, rasa macam "o-kayyyy kowttt~ ringan-ringan je niii."


Miyakori Coffee ni terletak di Eco Palladium, tak jauh dari Eco Springs Lab. Masuk aje kawasan Eco Palladium tu, terus terpesona tengok bangunan-bangunan pejabat berwarna putih bersih dengan design senibina klasik Eropah. Sangat instaworthy dan sesuai untuk uols yang suka OOTD. Alang-alang dah OOTD kat Eco Springs Lab tu, lajak aje lah sampai ke sini ya!


Miyakori Coffee pulak letaknya di bahagian deretan kedai kecil yang bangunannya nampak seakan-akan rumah, dengan bumbung tinggi berbentuk segitiga. Senibina nya agak simple dan minimalis, tapi masih sedap mata memandang. Kesemua bangunan di Eco Palladium ni berwarna putih ya! Sebab tu lah kalau mention Miyakori Coffee kat Eco Palladium, mesti nak gabung dengan kata adjektif nya - winter white cafe.


Masuk ke dalam cafe, mata akan terus dihidangkan dengan rak roti dan pastries. Saiz kedai yang kecil agak menghadkan bilangan pengunjung pada satu-satu masa kepada 10 hingga 15 orang sahaja. Ya lah, konsepnya ni lebih kepada take away atau eat on the go. Ramai juga pembeli yang datang beli roti dan kopi untuk dibawa balik masa kami kat sana.





Roti-roti kat sini adalah daripada Pan Kobo Cafe, sebab tu lah Miyakori cawangan Eco Palladium ni namanya jadi Miyakori X Pan Kobo. Kiranya joint venture lerr. Pan Kobo adalah bakeri roti stail Jepun pertama yang dikendalikan oleh orang Jepun di Johor, ownernya adalah Tomohisa Haraguchi-san. Roti-rotinya pulak, daripada roti Eropah hingga ke roti manis Asia, dibuat fresh setiap hari tanpa apa-apa bahan pengawet. Jadi, kalau habis kat rak tu, memang habis lah ya, takde topup. Esoknya baru diorang masukkan yang baru. Paling saya suka kat dalam pinggan saya adalah Chocolate Bread yang ada chocolate chip tu. Sedap sangattt, lembuttt rotinya dan rasa coklat yang memukau. Ahhh gituuu!


Untuk minuman dari Miyakori pula, ada macam-macam jenis kopi, teh, dan ice blended kat sini. Wajib uols cuba adalah Miyakori Coffee, sedap rasanya, macam Cham pun ada tapi lebih kepada rasa kopi. Range harga minuman kat sini adalah daripada RM4.50 hingga 17.90. Saya cuba juga Matcha Latte kat sini, memang pekat gila tauuu!


Paling menarik perhatian semua orang adalah set waffle. Dihias cantik dengan aiskrim, kena makan cepat-cepat takut cair. Wafflenya pulak besar-besar, ada tiga jenis yang dijual kat sini. Chocolate Brownies Waffle, Shibuya Honey Waffle dan Berry-berry Good Waffle. Hari tu rasa yang Chocolate dengan Shibuya aje. Lembut aje waffle nya, tapi make sure makan bersama segala aiskrim atau madu, dan hiasan dia tau. Kalau dimakan begitu saja, rasa telur pada waffle agak kuat dan membantutkan selera. Range harga dari RM18.50 hingga RM21.50.




Sambil makan, sila lah ambil gambar banyak-banyak sebab kedai dia kat tepi sekali, cahaya adalah on point ya. Hahaha. Kepada uols yang mencari tempat lepak santai dengan kawan-kawan atau keluarga, boleh lah cuba ke Miyakori Coffee X Pan Kobo ni ya!


Muka kena paksa gemuk sama-sama

Miyakori Coffee X Pan Kobo
焼きたてパンの面包工房

NO PORK, NO LARD

Location:
K01-09, Eco Palladium, Jalan Ekoflora, 7, Johor Bahru, Johor

Operation hour:
8 am to 8 pm

Instagram:

Facebook:
Miyakori Coffee X Pan Kobo @ Eco Palladium, Johor Bahru Miyakori Coffee X Pan Kobo @ Eco Palladium, Johor Bahru Reviewed by Sunah Sakura on August 23, 2019 Rating: 5

12 comments:

  1. cantiknya tempat makan ni sunah... makanan pun nampak best...

    ReplyDelete
  2. Nama seakan-akan kedai aiskrim MyKori, mmg cantik tempat tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah, sebab tu la mula2 macam tak percaya, betul ke ejaan tu..hahaha

      Delete
  3. Sedap tengok roti tu kalau cik ash ada gak mesti pening nak pilih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah yeee!!! sangat memeningkan yeee...rasa nak amek semuaaa

      Delete
  4. nampak sedap-sedap semuanya.... cantik tempat ni...

    ReplyDelete
  5. Sis Lin tu muka macam tak puas hati nak suap roti hehhe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comments with link will be deleted, I'm sorry, as I don't want it to increase my spam score. Thank you.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Powered by Blogger.