Sotong Goreng Sumbat Telur Masin

Sotong Goreng Sumbat Telur Masin | Rare gila kan menu ni, dak Nada lah teringin bila pakcik yang jual sotong ni suggest masak dengan cara ni. Last week Nada bawak balik sotong besar-besar, ada sorang pakcik ni jual murah katanya. Sekilo tak sampai RM30.

Dia beli dalam 11 ekor masa tu, tiga ekor dia bagi pada mak ciknya. Baki yang tinggal, kitorang masak dua kali makan. Sekali, goreng celup tepung aje. Makan dengan labu tumis air. Kali kedua, baru Nada buat sumbat telur masin macam cadangan pakcik penjual sotong tu.


Nah ini rupa dia bila dah masak dan dihiris haaa. Elok je kan rupa telur masin kat dalam tu. Boleh tahan sedap jugak, lagi-lagi bila Nada salut sotong tu dengan tepung Bestari dulu sebelum goreng. Memang semerbak lah baunya.


Tapi nak goreng ni, kena tutup kuali sebab dia meletup-letup. Dah macam Maryam Yun buat masalah 😅 Gambar kat bawah ni pun menyempat ambil masa Nada nak balikkan sotong tu. Haa nampak dia punya recikan minyak tu. Recik ke? Sukahati je sebut. Haha.


Kalau uols nak cuba gak, boleh lah try guna resepi dari Oh Bulan ni. Menu ni dah tak payah tambah garam tau, sebab telur masin kan dah masin 😊

Resepi Sotong Goreng Sumbat Telur Masin

Bahan-bahan:
4 ekor sotong bersaiz besar
3 biji telur masin direbus (buang sikit putihnya bila dah masak)
Cili padi*
Bawang besar*
Daun bawang*
Daun sup*(*dipotong-potong kecil)
Sedikit tepung bestari
Minyak untuk menggoreng


Cara-cara membuatnya:
  1. Gaul semua bahan kecuali sotong.
  2. Sumbatkan bahan-bahan yang dah digaul ke dalam sotong. Cucuk dengan lidi kalau tak nak terburai masa goreng nanti. Tapi Nada tak cucuk pun.
  3. Masa nak goreng, salut sotong dengan tepung Bestari sekejap.
  4. Panaskan minyak, kemudian goreng sotong hingga masak.

26 comments:

  1. Eee sedapnyaaa, nanti nak buatlah..tapi aku lebih suka sotong tu di rebus dulu baru sumbat.. nanti tinggal goreng kejap aje ..takpe nanti le tunggu sotong baru buat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooo camtu pun boleh ek..ok2 nanti boleh cuba macam tu lak

      Delete
  2. wow...macam best jak..

    rasa kmk mok beli suntung bakar sumbat malam tok hahaha

    ReplyDelete
  3. ish3 menggodanya , tapi kalau tang goreng dia meletup2 tu yang lemah tu sunah oi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah kak...gigih benar housemate saya buat..

      Delete
  4. Sedap ni..tak lama lagi nak balik kg..boleh buat kat kampung..

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa kak sun 😋😋😋

    ReplyDelete
  6. Waaahhhh sedapnyaaa! Nak buat dua-dua bahan belum ada. Nanti ada kesempatan saya nak buat!

    ReplyDelete
  7. Nak try lah... Nampak sedap tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. try lah hihi..bagi lebih sikit telur asin kuning tu..

      Delete
  8. Uish geramnya, saya memang pecinta sotong!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita pun suka sotong, lagi2 kalo masak sambal...sedapnyaaaa

      Delete
  9. Bestnya sotong besar.

    Akak tak suka masak sotong goreng pasal ni la.. Meletop tak pasal2..

    Tapi makan suka la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, pestime gak ni tau sotong meletop2..selalu masak elok je..hahahhaha

      Delete
  10. eh.eh...melampau ni..cantik kejadiannya...nak buat juga nanti....

    ReplyDelete
  11. saya peminat sotong goreng tepung...tp klu dh letak telur masin x tau la kena dgn tekak atau x..huhu

    ReplyDelete
  12. ya Allah ujian apekah ini ?? hahaha godaan ape ni ?
    kenapaaaa tayang ni and now saya nak cari dimana ?????

    ReplyDelete
  13. Aku sukaaa..tapi nak masak..kalau letop letop tuuu..mmg hilang mood.hahahahahaa...nak org masakkaknnnnnn..nantiiiii masakkan kahhhhhh.ahhaahhahaa.orderrrr Dua ketul! Kahh!

    ReplyDelete
  14. uiii sedap niiii... cepat laa lunch hour dah laparrrrr

    ReplyDelete
  15. Thanks SS bg idea..bolehlah ammi cuba nanti.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com