Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya? | Terkejut bila tahu bahawa Sacha Inchi merupakan salah satu tanaman kekacang yang telah dinobatkan sebagai 'superfood' pada tahun 2016. Sebelum ni memang tak pernah tahu kewujudannya. Baru sebulan yang lalu saya kenal Sacha Inchi ni, rasanya uols pun ada yang baru pertama kali dengar kan?

Tanaman kekacang ni berasal dari negara Peru, juga dipanggil sebagai Sacha Peanut’, ‘Inca Peanut’, ‘Mountain Peanut’ dan ‘Sacha Inchi’ [mustaffayas]. Orang Peru dah guna Sacha Inchi ni sejak lebih 3000 tahun yang lalu, kita je yang kurang kenal tanaman ni.

Macam mana rupa dia?

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?
Kredit gambar: Inchaway.sg

Nahh!

Nampak macam bunga lawang kan? Tapi bukan! Bila kering, macam tu lah rupa dia, cantik berbucu 4, 5, 6. Bila masih hijau kat pokok, bentuk dia lagi unik. Tak tau nak describe macam apa sebab baru pertama kali jugak nampak buahnya tu.

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?
Kredit gambar: Mustaffayas

Dikatakan bahawa, Sacha Inchi ni kaya dengan Omega 3 dan sebagai pengganti kepada minyak ikan yang lebih baik. Antara kandungan yang terdapat dalam Sacha Inchi adalah Omega 3 (48%), Omega 6 (35%) dan Omega 9 (9%). Ia juga mengandungi vitamin A dan E, menjadikannya sumber antioksidan yang bagus [Sacha Inchi].

Sacha Inchi dapat membantu dalam semua jenis masalah kesihatan yang timbul dari diet tak seimbang pada era moden sekarang ni. Oleh kerana tubuh manusia tak dapat menghasilkan atau mensintesis asid lemak penting dengan sendirinya, Incha Oil adalah supplement terbaik yang boleh membantu penyerapan asid lemak penting ni.

Antara khasiat Sacha Inchi adalah:
  1. Membantu mencegah dan meningkatkan kesihatan jantung serta melancarkan pengaliran darah dalam tubuh.
  2. Membekalkan nutrisi penting kepada otak untuk lebih produktif dan kreatif serta meningkatkan daya ingatan.
  3. Membantu mencegah dan melawan sel-sel kanser.
  4. Melancarkan sistem buah pinggang dan pencernaan yang dapat membantu membuang lemak-lemak berlebihan yang boleh mengakibatkan obesiti.
  5. Meningkatkan tahap kesihatan paru-paru dan membantu mengurangkan penyakit asma dan alahan.
  6. Sesuai untuk ibu mengandung di mana dapat meningkatkan tumbesaran bayi dalam kandungan serta perkembangan otak bayi.
  7. Melancarkan keseluruhan sistem dan setiap organ dalam tubuh agar dapat berfungsi dengan baik.
  8. Menurunkan tahap kandungan gula dalam darah, bagus untuk mengelakkan diabetes.
  9. Memberikan nutrisi penting untuk retina agar mata sentiasa segar dan tahap penglihatan yang lebih optimum.
  10. Membantu menyihat dan melembabkan kulit serta dapat mengurangkan kedutan dan jeragat.
  11. Menyembuhkan penyakit-penyakit kulit dan juga membantu meningkatkan tahap kesuburan rambut.
  12. Mengawal kolestrol dengan merendahkan tahap kolestrol LDL (Low Density Lipoprotein, terlalu banyak akan membahayakan kesihatan) dan meningkatkan kolestrol HDL (High Density Lipoproteins, baik untuk kesihatan).
  13. Mengekalkan kesihatan mental melalui pengeluaran hormon serotonin yang dikenali sebagai hormon penstabil mood.
  14. Meningkatkan konsentrasi dan mengurangkan keradangan otak yang menyebabkan masalah keletihan, kemurungan, dan ingatan.
  15. Mengawal berat badan dengan mengawal pengeluaran hormon kortisol ketika mengalami tekanan yang boleh menyebabkan kita ingin makan berlebihan terutamanya makanan manis, sekaligus mengawal selera makan.
  16. Membantu tubuh menyerap kalsium secara optimum, sekaligus meningkatkan kepadatan tulang dan mengelakkan penyakit tulang seperti osteoporosis.
  17. Mengurangkan sakit sendi dan rheumatoid arthritis.

Perghhh, banyakkan khasiat Sacha Inchi ni?

Disebabkan khasiat yang terlalu banyak ni lah Oriental Inchaway Pte. Ltd. diperbadankan di Singapura pada tahun 2016. Ia diketuai oleh Melvin Wong, salah seorang pengasas kepada syarikat yang tersenarai di Malaysia (Papan Utama BSKL) dan dah lama berkecimpung dalam perniagaan berasaskan kesihatan.

Inchaway memiliki ladang Sacha Inchi seluas 1,000 ekar di Laos, dikendalikan sendiri oleh seorang profesional Taiwan yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam penanaman pertanian. Ladang tersebut tak menggunakan baja kimia dan racun perosak sama sekali, tapi diorang gunakan konsep perkebunan ekologi asli.


Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?

Saya dah cuba Sacha Inchi Oil dari Inchaway ni dalam tempoh dua minggu yang lepas. Disediakan dalam pek kecil bersaiz 3ml, minum setiap hari selepas sarapan pagi. Ada orang campurkan dalam minuman, ada yang campurkan dalam makanan. Saya pulak terus minum direct dari pek tu, haha!

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?

Perasaan bila pertama kali bukak Sacha Inchi Oil ni, eh, bau timun! Haa, bau dia macam timun ye guyss, tapi dalam bentuk minyak. Masa mula-mula minum tu rasa macam nak keluar balik pun ada sebab rasa pelik kan. Tapi lepas berhari-hari minum, dah jadi biasa dan rasa best pulak consume Sacha Inchi Oil dari Inchaway ni.

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?

Apa Itu Sacha Inchi Oil dan Khasiatnya?

Best tu sebab memang macam yang disebut khasiatnya, terutama nombor 15 kat atas tu. Yee, rasa pelik lak bila perut macam boleh tahan lapar lebih lama dan tahan craving pelik-pelik bila minum Inchi Oil ni lepas breakfast untuk hari tersebut. Melancarkan sistem buah pinggang pun ye jugak sebab perasan kebelakangan ni macam lawas sangat pulak bila nak buang air kecil, air besar pun lancar tau! Haha! Tak tipu kalau saya cakap, Sacha Inchi Oil dari Inchaway ni dah jadi salah satu supplement pilihan saya untuk diambil setiap hari.


Yang bagusnya, Sacha Inchi Oil dari Inchaway ni ada HALAL JAKIM dan diproses kat Malaysia, sebelum kemudiannya diedarkan di Singapore. Produk ni jugak sesuai untuk mereka yang Vegetarian sebab kandungannya 100% daripada tumbuhan Sacha Inchi semata-mata, diproses kat kilang diorang sendiri yang terletak di Kulai, Johor.

Berminat untuk order Sacha Inchi Oil sachet?

Order direct melalui:

Guna promocode SSHT untuk dapatkan extra free gift berikut:
1. Free delivery within Malaysia (bernilai RM10+)
2. Free membership (bernilai RM10+)
3. Free 15 sachets (bernilai RM50+)

Rujuk website Inchaway untuk maklumat lanjut tentang Sacha Inchi Oil ni.


Inchaway - Create a better future together

23 comments:

  1. selamat pagi isnin
    semoga sentiasa ceria

    ReplyDelete
  2. Sangat bagus...aku minum ni sampai lawas dan tak sembelit hahahaha...

    ReplyDelete
  3. i never this has many good benefits for us and it really caught my attention...

    ReplyDelete
  4. First time dengar psl tumbuhan ni. Byk kebaikan rupanya.. nanti blh cuba

    ReplyDelete
  5. You are right sis, memang first time dengar sacha oil ni. Macam bunga lawang kan, bila dah kering.

    4 Idea Bisnes Makanan Viral 

    ReplyDelete
  6. Uitt bagus ni untuk diet dan kurangkan sakit sendi ni. Lepas beranak ni cepat betol lenguh badan. Nak kan supplements tambahan support badan

    ReplyDelete
  7. Rupa dia macam bunga cengkih tapi gemuk, heheh. yang muda pulak ada iras buah belimbing

    ReplyDelete
  8. Pertama kali dengar nama sacha inchi oil ni. Rupanya ada produk dia kat malaysia. Banyak khasiat pula tu..

    ReplyDelete
  9. Cantik bentunknya.Pertama kali dengar dan tahu ni.

    ReplyDelete
  10. Ini baharu pertama kali dengar mengenai sacha inchi ni... dah tentulah rasa pun belum...

    ReplyDelete
  11. Banyak betul khasiat sacha oil nie. First time Rawlins baca berkenaan sacha oil nie. And thanks sebab sharing pasal khasiat dan produk ini. Macam boleh je Rawlins nak try gak.

    ReplyDelete
  12. First time dengar ni..unik betul nama yer. Khasiat pun bagus2. Boleh try ni

    ReplyDelete
  13. Pergh, nampak betul-betul macam bunga lawang. Saya first time dengar pasal sacha oil ni masa tengok orang US review serum muka.

    ReplyDelete
  14. pernah dengar, dan rupanya banyak juga khasiatnya ya. thanks sharing

    ReplyDelete
  15. Sekali pandang bila kering tu macam bunga lawang hehehe rupanya kekacang yer hurm tengon khasiat banyak giler dan bagus ni kalau untuk orang nak diet kerana tiada lemak langsung hehehehehe boleh cuba...

    ReplyDelete
  16. First time dgr nama buah ni.. mmg cantik pulak rupanya.. banyak khasiat rupanya buah sacha inchi tu.. br dipasaran mmg akan dapat permontaan tu nnt

    ReplyDelete
  17. First time dengar pasal sacha inchi ni, banyak betul khasiat dia. Rugi tak tahu dr dulu. Boleh amalkan.

    ReplyDelete
  18. pestime ni dengo pasal benda ni. terimakasih atas perkongsian sis sunah :)

    ReplyDelete
  19. Menarik tu, saya pun memang tengah tercari2 makanan tambahan. Tapi akak ckp pasal rasa dia tu seram pulak dengar, hehehe...

    ReplyDelete
  20. Its my first time get to know about this oil and its a superfood, will check out.

    ReplyDelete
  21. banyak jugak kelebihan makanan tambahan sacha inchi ni rupanya ya..

    ReplyDelete
  22. Uniknya bentuk dia..
    Rupanya sejenis kekacang ehh..
    Erm..
    Pastu dijadikan dalam bentuk minyak mcm tu ye..
    Unik dan mempunyai khasiat yang tersendiri ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com