Ticker

6/recent/ticker-posts

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun Hijrah | Sedar tak sedar, kita sudah menghampiri penghujung tahun hijrah 1441H. Rasa macam baru semalam saya share tentang doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah. Tiba-tiba dah nak masuk tahun baru 1442H. Macam biasalah, hujung tahun macam ni, orang akan mula cari bacaan doa ni kan. Saya pun nak kena refresh semula, tiap tahun refresh.

Membaca doa akhir tahun dan awal tahun hijrah adalah antara amalan sunat pada bulan Muharram selain daripada berpuasa sunat pada 9 dan 10 Muharram (hari Asyura). Berikut merupakan doa akhir dan awal tahun Hijrah serta waktu yang sesuai untuk membacanya.

Doa Akhir Tahun Hijrah

Dibaca sebelum masuk waktu Maghrib (selepas solat Asar atau pada penghujung waktu Asar) pada 29 Zulhijjah 1441H (Rabu - 19 Ogos 2020)

Kredit: MYSumber

Doa Awal Tahun Hijrah

Dibaca selepas menunaikan solat Maghrib pada 29 Zulhijjah 1441H, malam 1 Muharram 1442H (Rabu - 19 Ogos 2020)

Kredit: MYSumber

Kebaikan membaca doa ini pula disebut dalam hadith riwayat Ibni Abbas r.a. sebagai, "Sesiapa yang membaca doa ini pada 1 Muharram, Allah mewakilkan dua malaikat memeliharanya pada tahun itu."

Semoga Allah redha.

Post a Comment

3 Comments

  1. Salam Muaharram 1442H buat Cik Sun hehehehe

    ReplyDelete
  2. Tiap kali awal muharram mesti nak nyanyi nasyid ni..

    Hijrah itu pengorbanan
    Hijrah itu perjuangan
    Hijrah itu perpaduan..

    (lupa lirik pulak)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com