Ticker

6/recent/ticker-posts

BookXcess Menderma 13,000 Buku kepada Golongan yang Memerlukan Bersempena Ulang Tahunnya yang ke-13

BookXcess Menderma 13,000 Buku kepada Golongan yang Memerlukan Bersempena Ulang Tahunnya yang ke-13 | BookXcess mengukuhkan posisinya dalam landskap pembacaan di Malaysia melalui kempen CSR | Bersempena ulang tahun ke-13 dan sambutan hari Merdeka dan Hari Malaysia, BookXcess — kedai buku alternatif yang terkemuka di Malaysia, melancarkan sebuah kempen bersama tiga organisasi bukan kerajaan (NGO) dibawah cabang Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), Red Readerhood, dari 18 Ogos 2020 hingga ke 18 November 2020. Kempen CSR ini bertujuan untuk mengumpul dan menderma 13,000 buah buku Bahasa Inggeris baharu kepada golongan yang memerlukan dalam usaha untuk memberikan kemudahan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan.


13,000 buah buku tersebut akan didermakan secara sama rata kepada tiga NGO yang bekerjasama dalam kempen ini. NGO tersebut adalah The Book Effect — sebuah projek yang dikendalikan oleh Friends to Mankind, SOLS 24/7 — organisasi kemanusiaan terkemuka yang diasaskan oleh Raj Ridvan Singh, dan Buku Jalanan Chow Kit — sebuah organisasi yang membantu kanak-kanak di kawasan Chow Kit untuk membebaskan diri mereka daripada kitaran kemiskinan.

“Ulang tahun ke-13 kami ini menandakan satu pencapaian yang bermakna buat kami, dan sebagai jenama Malaysia yang percaya bahawa kita perlu mewujudkan akses kepada pengetahuan untuk semua orang, kami ingin merainya dengan membantu golongan yang memerlukan melalui kolaborasi yang strategik dengan tiga NGO terkenal ini. Bersesuaian dengan semangat Hari Merdeka dan Hari Malaysia, kami berharap kempen ini akan membantu membuka lembaran baharu untuk para pembaca di Malaysia dengan meneruskan usaha untuk membantu Malaysia menjadi Negara Pembaca walaupun ketika dilanda pandemik,” kata Andrew Yap, Pengasas Bersama BookXcess Sdn Bhd. 

“Akses kepada pengetahuan akan mencetuskan semangat dalam hati dan minda dalam kalangan yang memerlukan dan kami ingin membantu membina generasi baharu yang terdiri daripada golongan intelek yang akan mengambil alih tanggungjawab membina negara dan masyarakat yang lebih baik di masa hadapan,” tambah beliau.

“Di BookXcess, misi kami adalah untuk menjadikan buku mudah dimiliki oleh orang ramai, menyebarkan kegembiraan membaca dan meningkatkan literasi Bahasa Inggeris di Malaysia. Red Readerhood percaya bahawa semua orang tanpa mengira status patut mempunyai akses untuk memperoleh pengetahuan melalui membaca. Melalui Red Readerhood, buku-buku Bahasa Inggeris baharu dikumpul dan didermakan kepada golongan yang memerlukan melalui organisasi tempatan untuk menyokong objektif mereka. Dengan semua teknologi yang wujud dalam dunia hari ini, orang ramai sering melupakan nilai sebuah buku yang baik dan kemajuan yang telah dicetuskan oleh literasi di dunia ini,” kata Jacqueline Ng, Pengasas Bersama BookXcess Sdn. Bhd.

Sepanjang kempen lima bulan ini, orang ramai boleh menyertai BookXcess dengan mendermakan buku-buku baharu yang dibeli dari kedai fizikal BookXcess di seluruh negara. BookXcess akan menandingi setiap sumbangan yang dibuat oleh pelanggan untuk mencapai sasaran 13,000 buku. Untuk mengambil bahagian dalam kempan CSR ini, pelanggan boleh melawat salah satu daripada 9 cawangan BookXcess. 

Selain daripada kempen CSR ini, BookXcess juga memberikan pelbagai tawaran menarik di kedai online dan kedai fizikalnya. Tawaran online termasuklah buku-buku yang dijual pada harga RM13, RM1.30 dan diskaun tambahan sebanyak 13% setiap hari. Pelanggan yang membelanjakan sejumlah RM130 akan menerima sebuah beg tote, dan ahli BookXcess yang membuat pembelian minimum sebanyak RM200 akan menerima diskaun sebanyak 13% untuk pembelian seterusnya. 

Untuk kedai fizikalnya, pelanggan boleh pergi ke mana-mana cawangan BookXcess di seluruh negara bagi menikmati tawaran di Lucky Corner – di mana buku dijual pada harga RM13; mendapatkan keahlian BookXcess percuma dengan setiap pembelian melebihi RM13 – berbanding jumlah minimum biasa iaitu sebanyak RM100; menikmati diskaun tambahan 13% dengan pembelian minimum RM60; menerima rebat RM13 untuk pembelian seterusnya dengan pembelian minimum RM100; dan membawa pulang beg tote edisi khas ulang tahun ke-13 BookXcess dengan pembelian minimum RM130 untuk ahli dan RM150 untuk bukan ahli. Tawaran di kedai fizikal ini sah dari 8 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.

Untuk memeriahkan lagi sambutan ini, para peminat buku boleh mengambil bahagian dalam peraduan #BookXcess13Years dari 8 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020 dan berpeluang memenangi sebuah rak buku yang berisi penuh dengan buku dari BookXcess. Layari laman media sosial dan kedai online BookXcess untuk maklumat lanjut mengenai promosi yang dijalankan dan butir-butir mengenai peraduan tersebut.

Post a Comment

5 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com