Ticker

6/recent/ticker-posts

Grab Perluas Perkhidmatan ke Beberapa Bandar di Seluruh Malaysia

Grab Perluas Perkhidmatan ke Beberapa Bandar di Seluruh Malaysia | GrabCar, GrabFood dan GrabMart berkembang ke bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia mulai September | Matlamat Grab adalah untuk  membolehkan dan memperkasakan komuniti di seluruh negara  supaya berkembang dalam ekonomi digital disamping mewujudkan lebih banyak peluang untuk menambah pendapatan rakyat Malaysia.

Grab memulakan pusingan pengembangannya ke beberapa bandar dan bandar-bandar kecil di kawasan luar bandar di bahagian Selatan dan Utara Semenanjung Malaysia. Ia diumumkan ketika majlis pelancaran Desamall@Mersing, yang dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Yang Berhormat Datuk Dr. Hj. Abd Latiff Ahmad, pengembangan ini termasuk di Mersing, Segamat, Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

L- R: Ebi Azly Abdullah, Head, Public & Government Affairs, Grab Malaysia, YB Datuk Dr. Abd Latiff Ahmad, Minister of Rural Development, YB Tuan Puan Hjh Alwiyah Bt Haji Taib and Johor based Grab Driver Azman Bin Sulaiman at the Mersing@Desamall Launch Event on the 6th September 2020

Pengembangan ini adalah sebahagian daripada perjalanan berterusan Grab untuk  memenuhi keperluan harian rakyat Malaysia malah membantu mewujudkan lebih banyak peluang untuk pekerja ekonomi gig dan perniagaan berkembang, dan mencapai keseimbangan bagi industri ini terus mampan.

Rancangan pengembangan ini akan menyaksikan perkhidmatan GrabCar di Mersing dan Segamat mulai akhir September 2020 dan seterusnya diikuti oleh perkhidmatan GrabFood dan GrabMart (100% tanpa tunai dengan GrabPay) yang dirancang untuk dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Di Utara Semenanjung, Grab akan beroperasi di bandar-bandar seperti Cameron Highlands, Pantai Remis dan Baling.

Ini adalah sebahagian usaha Grab untuk memastikan tiada yang ketinggalan dalam ekonomi digital terutama masyarakat di luar bandar di mana pendapatan penengah adalah 41% lebih rendah daripada pendapatan penduduk bandar menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).


"Sebagai penyokong ekonomi digital, kami berbangga membawa teknologi kami ke komuniti di luar bandar dengan menyediakan rakyat Malaysia dengan penyelesaian yang lebih selamat, boleh dipercayai dan berpatutan. Pada masa yang sama, kami mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan di seluruh ekosistem perkhidmatan kami yang merangkumi pengangkutan, makanan dan pasar raya terutama di kawasan luar bandar. Dengan pengembangan ini, kami juga berharap dapat bekerjasama dengan kerajaan tempatan dan rakan kongsi untuk terus menyokong kegiatan ekonomi di kawasan ini, dan mereka diberi kuasa untuk berkembang maju dalam ekonomi digital,” kata Ben Chin, Ketua Luar Bandar, Grab Malaysia.

Grab juga telah memperluas inisiatif "Pakej Pikul Bersama" untuk rakan pemandu baru yang menyertai platform kami dengan menyediakan pembayaran balik sekali-sahaja sehingga RM120 untuk lesen PSV mereka dan RM70 untuk pemeriksaan permulaan kenderaan di PUSPAKOM. Inisiatif "Pakej Pikul Bersama" diwujudkan untuk membantu  rakan-pemandu melepasi beberapa proses peraturan ketika pertama kali diumumkan oleh Kementerian Pengangkutan pada tahun 2019.


Menyediakan Kehidupan Yang Lebih Baik

Grab percaya bahawa semasa Asia Tenggara berkembang dan bergerak maju, tiada siapa yang akan ketinggalan. Dengan 1 daripada 70 orang di Asia Tenggara memperolehi pendapatan melalui platform Grab, matlamat Grab adalah untuk memainkan peranan yang lebih besar dalam menyokong dan mewujudkan lebih banyak peluang pendapatan bagi rakyat Malaysia di seluruh negara. Grab juga telah mempertimbangkan dengan serius kesejahteraan rakan mereka dan telah melaksanakan program manfaat pertama seumpamanya untuk ekonomi gig di Malaysia, untuk membantu rakan-rakan di seluruh ekosistem meningkatkan kesejahteraan mereka. Melangkah ke hadapan, dengan pengenalan perkhidmatan Grab yang lain seperti GrabFood dan GrabMart dalam beberapa bulan akan datang, dapat membantu meningkatkan peluang-peluang perniagaan dan pendapatan di seluruh negara.

Membantu Skala Perniagaan

Rancangan pegembangan Grab selari dengan visi kerajaan untuk negara menguasai ekonomi digital di samping menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat Malaysia dengan teknologi dan inovasi. Dengan perluasan GrabFood dan GrabMart ke kawasan bandar dan bandar-bandar kecil ini, akan memberi pendekatan tambahan bagi perniagaan untuk memperluas pangkalan pelanggan mereka dengan memanfaatkan jutaan pengguna Grab. Grab akan bekerja rapat dengan usahawan luar bandar dengan bekerjasama dalam kempen dan strategi promosi yang disesuaikan, membantu mereka mengembangkan perniagaan mereka di platform.

"Kami berharap bahawa inisiatif pengembangan ini akan membantu memastikan ekonomi  yang adil dan inklusif sambil merealisasikan visi negara kita untuk ekonomi digital yang lebih mantap dalam kebiasaan baru," kata Ben.

Perkongsian beberapa rakan-niaga Grab di Johor yang memindahkan perniagaan mereka dalam talian dengan Grab:

Restoran Hua Mui, GrabFood
“Restoran kami menyajikan makanan Hainan asli selama lebih daripada 70 tahun. Tempoh kawalan pergerakan baru-baru ini memaksa kita untuk mencari peluang lain untuk terus bertahan kerana pelanggan tidak dapat makan di restoran. Ini adalah sebab utama mengapa kami menyertai GrabFood kerana ini adalah pendekatan untuk kami terus memberi perkhidmatan kepada pelanggan kami pada masa itu. Sejak menyertai platform ini, kami telah melihat jualan kami meningkat dan lebih ramai pelanggan membuat pesanan daripada kami melalui GrabFood juga. Nasihat saya kepada pemilik perniagaan lain yang belum lagi menggunakan digital dalam perniagaan mereka adalah dengan mencari dan mempertimbangkan peluang yang ada di luar sana. Sudah jelas bahawa permintaan untuk penghantaran makanan meningkat sekarang ini, lebih banyak dari sebelumnya yang mewujudkan peluang besar bagi perniagaan untuk memperolehi pendapatan tambahan."

Miss Siam & Tomyummy, GrabFood 
"Kami mengendalikan dapur awan yang menjual masakan Thai dan kedua-dua jenama kami (Miss Siam & Tomyummy) yang dijual secara eksklusif di GrabFood. Kami baru memulakan perniagaan kami tahun ini ketika tempoh kawalan pergerakan bermula dan kami menyertai  GrabFood kerana kami perlu mencari rakan kongsi yang ternama untuk membantu menghantar makanan kami kepada pelanggan. Selain itu, kami juga percaya bahawa kami dapat memanfaatkan pangkalan pelanggan Grab yang besar untuk membantu kami berkembang dengan lebih pantas. Kerana Grab, kami dapat mengembangkan jenama dan perniagaan kami walaupun sukar untuk kebanyakan perniagaan. Hanya dalam masa dua minggu sejak menyertai GrabFood, perniagaan kami menyaksikan pertumbuhan pesanan sebanyak 5X. Kami juga melihat peningkatan permintaan dengan menyertai kempen pemasaran Grab dan dari sini, kami melihat lebih dari 40% pesanan berubah menjadi pelanggan berulang selepas tempoh kempen."

H Deens Corner, GrabFood 
“H Deens Corner adalah warung makanan thai-melayu dan kami menjual pelbagai masakan melayu dan thai. Walaupun kami telah berada di industri F&B selama lebih kurang 10 tahun, kami baru memulakan GrabFood pada Februari 2020. Sebab utama kami memutuskan untuk menyertai platform ini adalah kerana kebanyakan orang Malaysia sebenarnya memiliki dan menggunakan aplikasi Grab, kerana kemudahannya, oleh itu kami berpendapat bahawa ini adalah kaedah terbaik untuk memperluas pangkalan pelanggan kami melalui Grab. Ini adalah salah satu faedah utama untuk menjadikan perniagaan kami tersedia dalam talian kerana pendedahan membantu meningkatkan jualan kami secara keseluruhan dan lebih ramai orang kini mengenali kami. Kami juga bertuah kerana telah berniaga dalam talian sebelum tempoh kawalan pergerakan bermula kerana ini benar-benar membantu kami bagi menambah pendapatan dan mengekalkan perniagaan kami apabila pelanggan tidak dibenarkan makan di restoran kami."

Al-ikhlas, GrabMart
"Sebagai kedai aksesori sukan, kami memutuskan untuk bekerjasama dengan Grab supaya kami dapat mengekalkan perniagaan kami ketika tempoh kawalan pergerakan. Hasilnya, kami berjaya meningkatkan penjualan kepada lebih RM13,000 sebulan dengan Grab, yang mana ia memang mengejutkan. Grab sangat bermanfaat bagi perniagaan kami dan telah membantu membawa pelanggan baru ke kedai kami. Saya pasti akan menggalak dan menasihati pemilik perniagaan lain di luar sana untuk menyertai platform ini kerana ini membuka peluang kepada anda bukan sahaja bagi meningkatkan penjualan anda tetapi juga mendapatkan lebih ramai pelanggan."

RS 5 Mart, GrabMart
"Pada awalnya kami menyertai GrabMart hanya untuk mencuba dan melihat jika ia berjaya untuk perniagaan kami tetapi kami terkejut kerana sebenarnya ia membantu meningkatkan jualan kami secara keseluruhan dan pelanggan terus memesan dari kami melalui GrabMart. Walaupun baru kira-kira 3 bulan sejak menyertai platform ini, sebahagian barangan kami hampir habis terjual. Oleh itu, kami memutuskan untuk memperluas perkhidmatan ini ke cawangan lain juga. Nasihat kami kepada perniagaan lain adalah supaya mencubanya kerana pengalaman anda mungkin sama hebatnya seperti kami. Selanjutnya, Grab juga menyediakan promosi untuk membantu menggalakkan permintaan dan pesanan untuk para peniaga. Cubalah! Kita memang puas hati dengan perkhidmatan Grab!"

Vegibest, GrabMart
"Kami menjalankan perniagaan borong menjual sayur-sayuran tempatan dan import dan telah melakukannya selama lebih daripada 7 tahun. Kami menyertai GrabMart 3 bulan yang lalu dan melihatnya sebagai platform untuk memperolehi pendapatan tambahan untuk perniagaan. Saya pasti untuk mengatakan bahawa pelanggan sudah mula terbiasa membeli barangan runcit dan produk segar secara dalam talian kerana ini adalah cara membeli-belah dan berniaga yang lebih mudah. Saya pasti menggalakkan perniagaan lain untuk berniaga dalam talian kerana ia menyediakan pendekatan tambahan untuk pendapatan tanpa memerlukan pelaburan atau kos yang lebih besar."

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com