Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut | Hari Sabtu yang lepas, pagi-pagi lagi Sis Lin dah whatsapp ajak sarapan Nasi Lemak Daun Sempo dekat Jeti Kong Kong Laut, area Kampung Kong Kong Laut, Masai, Johor. Malam sebelumnya, dia cakap nak membuta, tapi tak jadi pulak sebab Nasi Lemak tu memanggil-manggil dalam mimpi agaknya. Haha.

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Ciksun memang tidur rumah dia malam tu, jadi ON saje lahhh. Pertama kali dulu dia pernah nak ajak tapi ciksun kena gerak ke office awal pagi, kali ni sebab jatuh hari Sabtu, haa boleh lah ciksun join. Dari rumah Sis Lin nak ke Jeti Kong Kong Laut tu takde la dekat sangat, ada dalam 20 minit gitu lah naik kereta. Sepanjang jalan nampak orang naik basikal, semua nak menuju ke sana walaupun hari dah mendung ada tanda-tanda nak hujan.

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Sampai aje Jeti Kong Kong Laut, dah parking dan keluar kereta, gerimis mula menyapa muka ah gituuuu. Sis Lin tak sure Nasi Lemak Daun Sempo tu dijual di gerai or restoran yang mana satu, jadi kami terjah je masuk mana-mana kedai makan yang dibuka awal pagi tu. Gerai pertama, takde. Then keluar ke gerai hujung jalan betul-betul sebelum pintu gerbang jeti dan signboard Jeti Kong Kong Laut.

Haa, ada pun Nasi Lemak Daun Sempo nye, dibuat dalam dua jenis lauk, iaitu Nasi Lemak Telur dan Nasi Lemak Sambal Udang. Ciksun pilih Nasi Lemak Telur aje, takut gatal pulak kalau makan udang. Sis Lin pulak beli Nasi Ambeng Daun Sempo, besar betul portion Nasi Ambeng tu. Harganya kami tak sure sebab akak tu kira laju sangat, tapi ciksun main agak aje, Nasi Ambeng tu RM5, Nasi Lemak Telur RM2 sebungkus.

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Then kitorang pergi kedai makan bertentangan dengan gerai tu, sarapan pagi kat restoran asam pedas tu aje. Akak owner kedai pun ok sebab kedai dia pun buka lambat, pukul 11 pagi baru buka. Yang penting kita order air dari kedai dia, nak beli makanan lain pun ada kat depan kedainya, termasuk satay yeeee. Macam kat Muo pulak makan satay pepagi. Oh, sini pun ada nasi lemak tapi bukan daun sempo. Hihi. Hmmm muka tu nampak nau belum mandi lagi dah pergi sarapan jauh-jauh. Syhhh.

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Nah ni rupa Nasi Lemak Telur Daun Sempo, makan menghadap Selat Mendana dan Pulau Juling. Jangan tanya ciksun kenapa nama pulau tu macam tu ek, ciksun belum sempat lagi nak naik bot pergi explore cuti-cuti Malaysia kat situ. Haha. Sepanjang makan nampak orang naik bot hujan-hujan entah ke mana nak pergi, tak tahu lah.

Memang sedap Nasi Lemak Daun Sempo ni, ciksun suka sambalnya manis-manis pedas, memang taste ciksun, kalau buat sambal pun ciksun akan buat macam ni. Haa, puji diri sendiri pulak macam gayanya ekk. Betul dan sahih la bak dikata Sis Lin dalam entri Nasi Lemak Daun Sempo dia, sodapppp bak hang!

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Satay Daging dia singgit secucuk, pun sedap gilerrr. Panas-panas berasap lagi kuah kacangnya bila sampai kat meja. Jenuh tiup. Haha. Nasi Ambeng Sis Lin lengkap lauknya tapi Sis Lin cakap agak kering kuahnya, dia lagi prefer Nasi Lemak lah daripada Nasi Ambeng.

Sarapan Pagi Nasi Lemak Daun Sempo di Jeti Kong Kong Laut

Kalau uols nak cuba jugak, boleh lah ke Jeti Kong Kong Laut ye!

19 comments:

  1. Aku datang baca terus lapar di buatnya oii...adoii..
    Next tido uma aku, kita makan kat Kedai Wak Songkok plak hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baeklahh, tadi aku google maps, nampak kedai roti rentung..hahahhahaha

      Delete
    2. Roti rentung tu kat tempat yang kita makan malam sambil live band tu...
      Eh macam tersuka plak watermark simple tu... sila bagi i hehehehe

      Delete
    3. hahahahah watermark pulak ko nengok ekkk...

      Delete
  2. fuh geramnya tengok satay..
    muka tak mandi pun masih comel pe :)

    ReplyDelete
  3. ish memang terliur ni ceritanya :") dah lah belum breakfast hehe , bestkakn makan smbil tgok view yang cntik

    ReplyDelete
  4. ya Allah sedapnya semua, nasi ambeng tu tak toleh benda lain dha... sate di pagi hari... rindu nak balik johor huhuhu

    ReplyDelete
  5. Uish, nak ngajak laki ke ctok nya sik rajin sebab jammed. Haha

    ReplyDelete
  6. ngada betul, ajak makan nasi lemak tapi bila dah sampai nak makan nasi ambeng pulak, lepas tu kata pulak nasi lemak lagi sedap, nyesal la tu makan nasi ambeng, hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahhaha kelakor nyeee aku baca komen ni kakkk!!!

      Delete
  7. Fuh, fuhhhh! Memang nampak sedappp! Saya sendiri pun tak pernah pergiiii situ untuk breakfast...Huhu~

    ReplyDelete
  8. First time dengar dan tengok nasi lemak daun sempo tu. Best betul makan makan kat tempat camni.

    ReplyDelete
  9. hai, jom join GA ni

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/520-giveaway-by-garaeki.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com