Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu

Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu | Macam mana nasi dagang boleh terbang lak? Unik betul namanya, entah apa yang terbang, menjadi tanda tanya pulak kalau tak tahu asal-usulnya. Biasanya kita dengar roti canai je terbang, ni nasi dagang pun boleh terbang ek? 😮

Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu

Sebenarnya, Nasi Dagang Terbang ni adalah air tangan seorang juruterbang Malaysia Airlines Berhad, Captain Jay Mohd bersama rakan kongsinya, encik suamiku, Ady Soleh. Juruterbang kan, jadi lah Nasi Dagang Terbang. Hihi. Resepinya memang asli Terengganu sebab Captain Jay Mohd merupakan anak jati Terengganu.

Bermula dengan masak untuk dimakan sendiri aje pada satu hari dalam tempoh PKP, ramai pulak yang request dan cadangkan agar mereka membuka tempahan sebab tengok gambarnya saja dah cukup menggoda anak tekak. Lagi-lagi, bukan senang nak cari nasi dagang asli Terengganu di tengah bandar Kuala Lumpur, apatah lagi musim PKP, banyak restoran yang terpaksa berhenti beroperasi sementara.

Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu

Makanya, diorang pun mula mengambil tempahan, sedikit demi sedikit, akhirnya semakin meluas tempahannya. Daripada setiap hari boleh ambil sekitar 25 pek, sekarang diorang dah boleh ambil tempahan sehingga 50 pek sehari. Untuk pelanggan sekitar Kuala Lumpur, diorang hantar guna Mr. Speedy. Kalau tempahan banyak lebih 15 pek, diorang akan hantar sendiri.

Kalau tengok packaging dia kat atas tu, nampak kemas kan? Bak kata my Prof, kemas macam makanan dalam kapal terbang. Haha. Mungkin sebab yang buatnya tu pilot, jadi ada pengaruh makanan dalam kabin gituhhh. Ye ye aje, kan. Hahaha!

Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu

Set Nasi Dagang Terbang RM10 per pek dilengkapi dengan gulai ikan tongkol dan acar mentah. Penyediaan gulai ikan tongkolnya mengambil masa sehingga 4 jam, dimasak perlahan dengan api sederhana bagi membolehkan rempah gulai meresap ke dalam isi ikan dengan sempurna. Nasinya pula menggunakan beras Basmathi bermutu tinggi, digaul bersama beras pulut, santan, bawang merah dan hirisan halus halia, dikukus perlahan untuk menghasilkan nasi dagang yang sangat lembut serta beraroma.

Nasi Dagang Terbang, Resepi Asli Terengganu

Kadang-kadang, diorang jugak ada buat Nasi Dagang Terbang Special, menggunakan beras Basmathi Extra Premium, gulai ikan tongkol hitam, acar mentah, dan serunding daging/ayam Kg Laut. Untuk yang ni, harganya RM15 per pek dan hanya dibuka order pada hari-hari tertentu aje. Kena belek lah selalu IG story diorang kalau nak tahu bila diorang buka order yang ni, atau terus whatsapp aje kalau nak order, ok!

Nasi Dagang Terbang
(Kuala Lumpur area only)

Post a Comment

35 Comments

  1. senang la nak makan nasi dagang terengganu sekarang... org kl blh grab now...

    ReplyDelete
  2. alamak sedapnyaa.. mcm mengidam pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo mengidam, apa lagi...turun KL jangan lupa order tau

      Delete
  3. ingatkan dah terbang sampai ke JB..
    cumaa nak tanya, mereka tak guna beras nasi dagang ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kak, diorang guna beras Basmathi campur beras pulut aje..campur sendiri menjadi nasi dagang..koh koh

      Delete
  4. Sedap tu nasi dagang. Lama tak makan sejak pasar malam xde nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, ramai cakap susah cari nasi dagang sekarang...

      Delete
  5. Namanya Nasi Dagang Terbang begitu menarik dan unik. Sure orang tertanya-tanya apa yang terbang tu.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal...hihihi, tapi terbang2 pun area KL je setakat ni..belum mampu lagi terbang jauh 😂

      Delete
  6. Kat penang cukup susah nak cari nasi dagang.Dah la pesen orang melayu berniaga kejap buka kedai kejap tutup. Siapa2 mengidam nasi dagang kat penang ni memang kesian la.. Hhahaha..

    Harap Nasi Dagang terbang boleh buka cawangan restoran pertama diPenang la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah itu lahhh, antara yang kawan2 cakap la pasal pesen niaga tu...

      Delete
  7. terkejut dengar nama nasi dagang terbang rupanya pilot yg buat.. sedap juga lauk dia kira berbaloi dengan harganya :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  8. Beras basmati mmg sedap kan!!! berbaloiiiii ....Hopefully nasi dagang ni bukak cawangan dekat penang jgk

    ReplyDelete
  9. Oh! itu sebabnya dapat nama nasi dagang terbang.
    Ialah secara lojiknya kalau nasi tu terbang habislah teraburkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah tu la pasal, jangan la betul2 terbang 🤣

      Delete
  10. Amboi kemain nama menu tu ye. Kalau anak jati Ganu buat, mesti sedap ni. Orang2 KL kena cuba ni.

    ReplyDelete
  11. ingtkan apa yg terbang..rupanya sbb chef seorang juruterbang..hehe
    aduh nampak sedap lauk nasi dagang tu urmmm

    ReplyDelete
  12. sedapnya..tgk pun dah terliur ...klu kat kl boleh order ni

    ReplyDelete
  13. First time iena dengar nasi dagang terbang ni.. biasa dengar nasi dagang je. menarik ni :)

    ReplyDelete
  14. Taknak terbang ke JB ke? Terliur tengok gulai ikan aye tuuu. Sedapnyaaa!!!

    ReplyDelete
  15. nampak sangat menyelerakan.. walaupun saya di Sabah.. saya suka makanan terengganu dan ada kawan asal sana buka restoran Ganu Kite di Tuaran..

    ReplyDelete
  16. sedap tu. saya emmang minat juga nasi dagang, asal kelantan kan. memang suka la

    ReplyDelete
  17. Sedapnya Nasi Dagang. Rasa nak makan sekarang. Hahahaha. Ruby suka dengan nasi dagang gulai ikan tongkol. Terliur betul tengok gambar makanan akak.

    ReplyDelete
  18. Nak buatlah nasi dagang. Puas hati dpt makan banyak2, hihi..

    ReplyDelete
  19. Padu betul ler tengok nasi dagang . Perut pun buat bunyi . Tak nak terbang pergi Johor ke ? . Nak juga merasa air tangan orang tranung

    ReplyDelete
  20. Wah boleh try ni dah ada delivery dalam KL hee teringat ayah Yaya suka sangat nasi dagang. Yaya suka nasi kerabu :)

    ReplyDelete
  21. Wahhh pakai beras Basmathi plus pulut rupanya... memang special... confirm sure lah sedap ni... rupanya hasil air tangan dari seorang juru terbang... patutlah nasi ni boleh terbang... hehehe... tertanya tanya juga tadi kenapa... memang nampak berkualiti sangat nasi dagang ni...

    ReplyDelete
  22. Suka gak nasi dagang...tapi takde regu nak makan. Partner suka nasi ambeng je...hahaha

    ReplyDelete
  23. Suka gak mkn nasi dagang klu dpt yg btl2 pandai masak mmg sedap, kena plj dgn kyahnya lglah sedap biasanya lwn dia ikan tongkol mmg ngam

    ReplyDelete
  24. I am Nasi dagang lover tp.makan reti aje..hahah

    ReplyDelete
  25. Sedapnya nasi dagang! Special dah jadinya bila ada terbang tu. Kalau kat kl iza dah order dh ni.

    ReplyDelete
  26. Nak juga rasa..tapi entah bilaaa ek...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com