Ticker

6/recent/ticker-posts

Siapa Tak Mahu

Siapa Tak Mahu by Dato' Sri Siti Nurhaliza



Aha
Hey, dengar ni!

Kata orang
Kalau dah sayang
Jangan kau mudah
Nak naik berang

Dalam cinta
Kena berjaga
Jangan kau mudah
Ingin buruk sangka

Tanya sama hati
Apalah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu
Di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Kata orang
Kalau nak senang
Jangan berkira
Dengan pasangan

Salah faham
Jangan dipendam
Luahkan kata
Jujurlah caranya

Tanya sama hati
Apalah yang dicari
Nanti jawab hati
Hanya cinta abadi

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu
Di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Bulat air kerana pembetung
Bulat sayang kerana disanjung
Baik acuan, cantik kuihnya
Baik budi begitulah kasihnya

Siapa yang tak mahu
Sayang disulam rindu
Cinta bagaikan bulan madu
Di setiap waktu

Siapa yang tak mahu
Dicintai selalu
Seperti purnama jatuh ke ribaku
Teman sekalbu
Siapa tak mahu

Siapa tak mahu
Siapa tak mahu
Rugilah tak mahu

Post a Comment

7 Comments

  1. Ye laaa siapa aje tak mahu kan kalau orang sponsor makan dan staycation muahahahahahaha...

    ReplyDelete
  2. Best laa lagu dato Ct yg terbaru ni .
    Tertarik tengok video klip dia . Kreatif sangat

    ReplyDelete
  3. OST drama Lelaki Lingkungan Cinta. :) dgr lagu ke pahtu tukar channel. Haha

    ReplyDelete
  4. Memang mahu tapi takde sapa mahu sama sia. Maka kita berhuhuhu

    ReplyDelete
  5. ohooooo MV osem !! nampak hebat macam MV kpop..
    laki tu pun muka kpop da.. macam Seo Ji Hoon..

    ReplyDelete
  6. kita suka lagu ni..lagi satu sebab ost drama lelaki lingkungan cinta tu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com