Lebatnya Hujan Pagi Ni

Lebatnya Hujan Pagi Ni | Alhamdulillah, lebat sungguh hujan pagi ni. Allahuma soyyiban nafi'a. Ciksun pagi-pagi ni dah ke ofis, sebab ada budak-budak nak datang bersihkan ofis. Tapi diorang naik motor, so tak dapat nak redah hujannya kalau lebat macam ni. Lepas Zohor nanti baru diorang datang, itupun kalau hujan reda.

Doa Ketika Hujan Turun
Pic kredit: Hadis & Sunnah

Maka ciksun melepak aje la kat ofis ni, dengan niat nak menulis banyak-banyak page thesis hari ni. Moga berkat hujan ni, termakbul doa ciksun dan doa uols semua. Moga dipermudahkan semuanya, dan selesailah draft thesis ciksun minggu ni juga, ameen ameen ya Allah. Waktu hujan lebat kan waktu mustajab doa.

Lebatnya Hujan Pagi Ni

Tapi doa bukan dimakbul begitu-begitu aje. Rezeki tak datang bergolek tanpa usaha. So, moga ciksun juga diberi kesungguhan untuk berusaha siapkan thesis ciksun dan tamat belajar semester ni. Kena betul-betul fokus minggu ni sebab nanti hujung minggu depan ada urusan lain pulak nak dikendalikan.

Ya Allah, Kau makbulkanlah doa-doa kami. Ameen ameen.

9 comments:

  1. selamat berusaha dan berjaya siapkan thesis. nanti boleh submit awal dan viva. Semoga dipermudahkan. Hujan hujan ni banyak idea sikit kot nak perah otak tu ��

    ReplyDelete
  2. aminnn! semoga dipermudahkan segala urusan cik sun :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  3. Aok lebat. Nyaman berulit naak beranak hujung minggu. Haha

    ReplyDelete
  4. Ya betul. Dari pagi tadi. Drive safely Kak - #CeritaMak

    ReplyDelete
  5. Ameen.. moga dipermudahkan untuk sunah siapkan thesis tu.

    ReplyDelete
  6. Moga dipermudahkan segala urusan Sunah. Banyak pahala orang yg berada atas jalan mencari ilmu. Moga beroleh kejayaan 🤗

    ReplyDelete
  7. Semoga Cik Sun dipermudahkan dan diberi ilham seperti hujan yang lebat bgi menyiapkan thesis nya ya, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  8. Aamiin
    Semoga dipermudahkan segala urusannya.

    ReplyDelete
  9. Aamiinn...duduk rumah dendiamm dan siapkan kerja awal tu...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com