Ticker

6/recent/ticker-posts

PKPB di Seluruh Negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan 9 Nov - 6 Dis 2020

PKPB di Seluruh Negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan 9 Nov - 6 Dis 2020 | Semalam kes baru COVID-19 mencapai 1755 kes. Hari ni, Majlis Keselamatan Negara mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di seluruh Semenanjung Malaysia kecuali negeri Perlis, Pahang dan Kelantan bermula dari 9 November hingga 6 Disember 2020.

PKPB di Seluruh Negeri di Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan 9 Nov - 6 Dis 2020

4 minggu guys. Almost sebulan. Sebelum ni kita nengok warga Putrajaya, Selangor dan KL PKPB, kali ni hampir satu Semenanjung pulak kena PKPB. Menandakan kes COVID-19 kat sini dah teruk sangat sampai pergerakan rakyat kena dikawal. Sektor-sektor pekerjaan masih boleh beroperasi seperti biasa, cuma tak boleh rentas daerah sesukahati melainkan ada surat majikan atau kebenaran dari pihak polis.

Cuma kalau nak pergi beli barang kat kedai, dah tak boleh bawak satu family ye. Hanya dua orang aje dibenarkan keluar dalam satu kenderaan dari rumah yang sama. Kena rujuk balik segala SOP PKPB yang lama-lama dulu. Insya'Allah semuanya ok lagi, tak terlalu terhad macam PKP. Jangan panic buying please, jangan panic balik kampung juga.

*****

pkpb apa yang boleh apa yang tak boleh

Soalan² Berkenaan PKPB

Bolehkah saya keluar rumah?
Hanya dua orang dari setiap isi rumah dibenarkan keluar daripada rumah. Ini hanya dibolehkan untuk urusan kerja, kecemasan dan perkara penting seperti membeli barang keperluan seperti makanan dan bahan mentah.

Sejauh mana saya boleh bergerak?
Perjalanan rentas daerah tidak dibenarkan. Polis akan membuat sekatan jalan untuk mengawal pergerakan.
Di Selangor, misalnya, terdapat sembilan daerah - iaitu Gombak, Hulu Langat, Hulu Selangor, Klang, Kuala Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling, Sabah Bernam dan Sepang. Anda harus kekal berada di daerah anda.

Bolehkah saya pergi bekerja?
Sebilangan besar perniagaan masih beroperasi seperti biasa. Hanya beberapa sektor akan ditutup, seperti institusi pendidikan dan pusat hiburan.

Bolehkah saya pergi bekerja sekiranya pejabat saya di daerah lain?
Pengecualian dibuat untuk individu yang perlu melakukan perjalanan rentas daerah untuk bekerja, dengan syarat mereka menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan mereka di sekatan jalan raya.

Bolehkah saya menghantar anak-anak saya ke sekolah atau pusat jagaan kanak-kanak?
Tidak. Semua sekolah, kolej, universiti, institut latihan dan pusat jagaan kanak-kanak akan ditutup.

Bolehkah saya makan di restoran?
Tidak, makan dalam restoran tidak dibenarkan lagi. Restoran masih dibenarkan dibuka tetapi hanya boleh dibeli untuk dibawa pulang dan bagi tujuan penghantaran makanan.

Adakah sekatan masa dikenakan untuk saya melakukan perjalanan dan operasi perniagaan?
Ya. Perincian akan diumumkan tidak lama lagi. 

Bolehkah saya beriadah di taman?
Tidak. Semua taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup. Anda juga tidak dibenarkan keluar untuk aktiviti rekreasi seperti bersenam atau menunggang basikal.

Bolehkah saya berkaraoke di pusat karaoke?
Tidak, premis hiburan tidak dibenarkan dibuka.

Saya mempunyai majlis perkahwinan untuk dihadiri, adakah ia dibenarkan?
Tidak, majlis perkahwinan tidak dibenarkan.

Bagaimana dengan tempat ibadat?
Semua tempat ibadah - Muslim dan bukan Muslim - akan ditutup.

Bagaimana jika saya enggan?
Ia melanggar Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 dan boleh dikenakan denda RM1,000, penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.
Lebih buruk lagi, jika anda menghalang penjawat awam yang melaksanakan PKPB, anda boleh dikenakan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda hingga RM10,000 atau kedua-duanya di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Penjawat awam tidak hanya terhad kepada polis dan merangkumi penjawat awam pelbagai agensi kerajaan termasuk pegawai majlis perbandaran.

Teruskan #staysafe dan #kitajagakita.

Post a Comment

8 Comments

  1. Persediaan mental dan emosi yang lebih mendasar.

    ReplyDelete
  2. Bersiap sedialah kuatkan mental nak kena berkurung lagi. So far okay lagi lah PKPB cuba bab nak rentas daerah dan negeri tu agak susah kalau ada emergency. huhu

    ReplyDelete
  3. huhuhu..sebulan tu lamanya, anyway stay safe semua ..

    ReplyDelete
  4. Tak tau nak kata apa dah..sungguh berat ujian PKPB kali ini..

    https://www.sislin76.com/2020/11/pkpb-kali-ini-ujian-berat-buat-semua.html

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com