Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap!

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap! | Hari pertama PKPB di kebanyakan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, siapa Work From Home hari ni? Ciksun pun kat rumah je hari ni. Buat kerja dari rumah, harap-harap produktif lah. Dengan internet yang tak seberapa berbanding kat office. Bukan tak boleh pergi office, tapi tak rajin dan tak ada kepentingan sangat.

Kan KKM sarankan kita duduk rumah aje dalam empat minggu ni kalau tak ada benda penting kena buat kat luar. Boss ciksun pulak fleksibel, kalau ada benda penting sangat, dia akan call atau whatsapp minta datang office, haa baru ciksun datang. Tapi ciksun memang dah buat sesiap dah surat kebenaran rentas daerah atas urusan kerja in case lah nanti ada keperluan nak datang office.

Sejak beberapa hari ni kerja makin banyak, bertimbun-timbun dari semua arah. Tolak thesis, job review menunggu nak masuk blog bersusun, then tambah satu platform baru untuk Vocab Sarawak yang memerlukan banyak perhatian sebab dia baru nak up. Alhamdulillah ada adik-adik dan kazen-mazen juga yang membantu untuk bangunkan platform ni.

Dalam bizi-bizi tu sempat jugak ciksun memasak dan buat video masak-masak. Haha. Last weekend ciksun buat Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah. Memula nak buat ayam goreng biasa aje sebab memang nak habiskan ayam tu, peti ais da berapa kali defrost. Kesian dia and takut nanti lama-lama rosak lak. Better buat habis semuanya, dan paling sesuai untuk ayam dah lama camtu, better buat goreng aje supaya "takde rasa ayam". Eh? Istilah ni, orang yang faham, faham lahhh.

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap!

Ibah yang sebut dalam group whatsapp, "buat Ayam Goreng Berempah ke tuu?" Terus ciksun belek resepi, nak check bahan-bahan dia. Oh, boleh ni! On! Ciksun try resepi dari bidadari.my, memang mudah penyediaannya dan bahan-bahan ni kemungkinan besar ada kat dapur kita semua. Jemput lah tengok resepi ya!

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap!

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap!

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
1 sb serbuk kari daging
1 sb serbuk cili
1 sb serbuk kunyi
Sedikit garam
1/2 inch halia
3 ulas bwang putih
2 batang serai (lagi banyak, lagi sedap)
Minyak

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap!

Cara-cara membuatnya:
  1. Serai dipotong pendek-pendek ruas jari, kemudian tumbuk bersama halia dan bawang putih sampai lumat, tapi jangan terlampau hancur. Cukup untuk carik-carikkan serai tu (dalam setengah jam jugak ciksun tumbuk dia 🤣)
  2. Gaulkan ayam bersama serbuk kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan sedikit garam.
  3. Gaulkan pula dengan bahan yang ditumbuk lumat tadi dan daun kari.
  4. Panaskan minyak dengan api sederhana, jangan guna api besar.
  5. Goreng ayam hingga masak.

Resepi Ayam Goreng Berempah Guna Serai Mudah dan Sedap!

Tips:
Kalau suka, boleh perap dulu ayam dengan halia + bawang putih + kiub ayam + air sampai tenggelam ayam, dalam dua jam sebelum start buat menu ni. Bila nak start step nombor 2), boleh tuskan air perapan tadi sebelum lumur segala serbuk tu. Nanti jadi lagi sedap! Nak buat ayam goreng biasa pun boleh pakai tips ni, nanti nak goreng tinggal golek-golek dengan tepung gandum aje atau gaul dengan serbuk kunyit.

Ni video untuk rujukan. Boleh juga bukak dekat IG @sunahsakura.

Post a Comment

11 Comments

  1. Nampak sedap, bilalah awak nak masakkan kita ekkk...

    ReplyDelete
  2. menarik blog vocab sarawak ya.. baruk tauk juak ktk ada platform ya

    ReplyDelete
  3. lama tk masak ayam goreng rempah...sedap tu

    ReplyDelete
  4. Fav Dania ni...bleh la akak buat..ari tu dia dah zikir nak ayam goreng berempah..

    ReplyDelete
  5. wah cam sedappp...nanti nak minta tolong baca entri latest saya,supaya view igtv untuk contest saya sertai.plz support ya! :D

    ReplyDelete
  6. Sedapnya ayam goreng berempah. Makan dengan nasi lemak ni lajuuu

    ReplyDelete
  7. Sedapnyaaa!! Feveret ni ayam goreng berempah. Oo letak banyak serai lagi sedap ye...

    ReplyDelete
  8. ayam rempah panas2 dengan nasi minyak ke nasi planta ke..
    perggghhh sedap nyeee Sunah !!

    ReplyDelete
  9. Okayyyy nnak try!!! Senang nyaa resepi.

    ReplyDelete
  10. Dah lama tak buat memang lupa resepinya. Tiba2 lalu plak resepi ni. Boleh la follow kan. Nampak sedap

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com