Ticker

6/recent/ticker-posts

Rupanya Dulu Aku Brutal, Tak Pernah Pakai Handbag!

Rupanya Dulu Aku Brutal, Tak Pernah Pakai Handbag! | Dah kata dah kat housemate, nanti boleh jadi tajuk entri hari ni. Sebab pagi ni masa bersiap-siap nak ke office, housemate baru kitorang tegur beg ciksun. Dia seolah-olah terkejut ciksun pakai handbag.

"Waaa, kaksun pakai handbag!" katanya sambil menelek handbag ciksun dan menyebut jenama yang tertulis di depan beg.

Ciksun hairan, pakai handbag je pun! Apa yang peliknya?

"Kaksun bukan brutal ke?" tanya dia lagi.

Kahhhh!

"Tu lebih 10 tahun lepas yeeee!" jawab ciksun.

Rupa-rupanya lebih sedekad yang lepas, junior-junior ciksun nampak ciksun sebagai seorang kakak yang brutal ye uols. Ciksun cuba ingat balik zaman-zaman belajar dulu. Eh, ciksun tak pakai handbag ke dulu-dulu ek? Oh, ciksun lebih banyak bawak purse je keluar pergi kafe beli makanan. Tak letak dalam handbag pun. Bila keluar kampus pun macam tak ingat pulak ciksun pernah pakai handbag. Hahaha!

Bila da makin berusia dan dah kahwin, kemudian circle dah berbeza, tentu lah berubah sikit-sikit kan. Lagipun, now macam banyak benda kena letak dalam beg. Dalam 10 tahun, semakin banyak benda yang memerlukan kita bawak beg ke mana-mana. Dengan handphonenya, powerbank lagi, hand sanitizer, mask extension kalau pakai, namecard, barang make up sikit-sikit kalau perlu touchup bebila, nak letak kat mana semua tu kalau bukan dalam beg kan?

Rupanya Dulu Aku Brutal, Tak Pernah Pakai Handbag!

Ni dia barang-barang dalam beg ciksun. Ni pun tak masuk powerbank dengan kunci kereta lagi sebab dah keluarkan awal sebelum ambil gambar last minute ni. Haha. Macam-macam ada kannn, tak banyak pun barang make up, tiga barang aje: lipmatte Wardah, lip balm Himalaya dengan compact powder Wardah je. Kadang-kadang tak bawak barang make up ni bila rasa tak perlu nak touchup. Ni kalau ada tisu satu pek, lagi penuh beg ciksun 🤭

Tak kisah lah beg macam mana pun, handbag ke, backpack ke, tote bag ke, sling bag ke, mesti nak kena bawak sekarang ni. Kadang tu ada jugak kawan-kawan tumpang letak dalam beg kita. Tapi paling tak senang kalau ada orang yang tak nak bawak beg sebab tak suka nak kena heret ke sana-sini, tapi nanti nak tumpang beg kita pulak. Eh, ko ingat aku ni peti simpanan bergerak ko ke? Aku bawak beg pun tak nak susahkan simpan dalam beg orang lain dan beratkan beg orang lain, ko pulak nak beratkan beg aku 😕

Uols ada tak kawan macam tu? Haha! Dia ikut mood tau, kalau ciksun mood baik hati, ciksun bagi aje tumpangkan walau beg ciksun dah gemok gedempol macam apa. Tapi kalau ciksun dengki, ciksun tak nak tumpangkan, padan muka ko, sape suruh tinggalkan beg tadi 😜

By the way, beg ciksun tu hadiah dari Sis Lin masa birthday ciksun hari tu, satu set dengan purse kaler merah tu jugak. Mekasih sis menjadikan ciksun seketul gegirl 💖

Post a Comment

12 Comments

  1. Hahahamboii byk nya brg2 dia sumbat... Betul la dh mcm mesin bergerak dh tu.. Eh eh ubat ada x ciksun 🙊

    ReplyDelete
  2. PC suka handbag yang besar sebab mudah nak simpan barang. Kadang ada yang perli suruh masukkkan almari sekali dalam handbag. Kikikikiki.

    ReplyDelete
  3. hihi saya pun sejak kerja baru pandai pakai handbag hehe

    ReplyDelete
  4. Terbalik kita sunah.. akak sejak jd surirumah ni kalau keluar selalu bawa purse je. kalau function br bawa handbag. Maklumlah 'handbag hidup' kiri kanan nak ke pegang :p

    ReplyDelete
  5. dulu masa zaman brutal mama guna bagpack je haha

    ReplyDelete
  6. Hehehehe... high-5... sep sikit... #gengbrutal jugak ni... sampai laaa ni memang tak reti pakai beg-beg girlish... I am still with my backpack... cuma ada tambah beg kecik jenis pegang tu (entah apa la namanya)... ;)

    ReplyDelete
  7. Wow.. x sebanyak dalam bag akuuu... aku pun guna compact Wardah! Tapi kaler ijoo! Tahniah lah, dah jadi gegirl... Kah3!

    ReplyDelete
  8. Macam2 ada ye. Ena plak dari dulu sampai sekarang suka pakai beg besar.hahaha. Sampai berat. Complicated sungguh.

    ReplyDelete
  9. steady tak ada handbeg dulu ye. Beg perempuan ni kalau diselongkar macam macam khazanah ada. Lagi besar lagi banyak harta karunnya. tak suka gak orang tumpang barang dalam beg.huhu

    ReplyDelete
  10. hehehe mesti nampak macam lebih n makin ladylike bila bawak handbag.. sy jarang2 juga rimah. suka bekpek je. tapi kena ada juga handbag dalam simpanan..

    ReplyDelete
  11. Aku macam tak caya je ko brutal... hahahahaa kemain sopan brutal ke????

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com