Ticker

6/recent/ticker-posts

Skrub Kopi - Kegunaan dan Kebaikannya

Skrub Kopi - Kegunaan dan Kebaikannya | Bau kopi yang lazat beraroma memang menaikkan mood bagi penggemar minuman yang satu ni. Tak kisah lah waktu pagi ke, tengahari ke, petang ke, malam keeee, dapat secawan kopi sedap, rasa macam duduk di kayangan. Kadang-kadang orang minum kopi untuk segarkan semula mata, stay up menghadap kerja bertimbun.

Tapi tahu tak uols, selain boleh dijadikan sebagai minuman, kopi jugak ada manfaatnya dari aspek penjagaan diri. Pernah dengar orang buat skrub kopi? Ciksun pagi tadi sebelum masuk office, sempat lagi berskrub kopi. Hari tu "terbeli" kopi panggang kisar dari Perk Coffee Malaysia. Hujung minggu dengan housemate, kami minum beramai-ramai. Hampas kopi tu ciksun simpan, niat nak buat skrub. So, pagi ni tertunai hasrat nak berskrub kopi tu.

Skrub Kopi - Kegunaan dan Kebaikannya

Apa kegunaan dan kebaikan skrub kopi ni untuk kulit? Jom baca tentang skrub kopi yang dikongsikan di Hello Doktor ni.

Skrub

Kopi adalah bahan yang boleh bertindak sebagai agen pengelupasan yang baik. Ia merupakan bahan yang tidak larut dalam air menjadikannya berkesan untuk digunakan bagi menggosok sel-sel kulit mati. 

Dalam satu kajian yang dilakukan pada tahun 2013 menunjukkan bahan yang terkandung di dalamnya dapat membantu mempromosikan kulit yang sihat. Asid kafein, antioksidan dapat meningkatkan tahap kolagen dan mengurangkan penuaan pramatang sel.

Berikut adalah beberapa cara untuk menghasilkan skrub anda sendiri:

Skrub muka

Serbuk kopi – 3 sudu besar
Minyak semula jadi (minyak zaitun, kelapa, biji anggur atau badam) – 1 sudu besar
Gula perang – 1 sudu besar (boleh dikurangkan atau ditambah mengikut tahap kosistensi yang diingini)

Campurkan kopi dengan gula terlebih dahulu. Kemudian masukkan minyak ke dalam campuran. Sapukan ke bahagian muka dan urut secara perlahan dalam gerakan membulat. Bilas dengan air suam. 

Skrub badan

Serbuk kopi – ½ cawan
Gula kelapa – ½ cawan
Minyak kelapa – ¼ cawan
Serbuk kayu manis – 1 sudu teh 

Campurkan semua bahan di atas. Jika minyak kelapa yang digunakan pejal, pastikan anda memanaskannya dengan api perlahan dan memasukkan ia ke dalam campuran setelah mencapai suhu bilik. Sapukan campuran ke seluruh badan untuk membantu menyingkirkan sel kulit mati. Bilas badan anda sehingga bersih setelah selesai. 

Skrub Kopi - Kegunaan dan Kebaikannya

Mata bengkak

Bahan ajaib ini juga boleh memberikan bantuan kepada individu yang mengalami mata bengkak. Ini kerana kafein dapat merangsang aliran darah dan mengembangkan saluran darah. Ia sekali gus dapat melancarkan aliran darah, menjadikan kulit lebih anjal secara semula jadi. Keadaan ini sudah tentu dapat mengurangkan pengumpulan bendalir di bawah mata. 

Anda boleh menepuk-nepuk secara perlahan sekeliling mata anda yang bengkak dengan air atau serbuk kopi halus. 

Merawat jerawat

Fungsi antioksidan, perangsang dan asid klorogenik dalam bahan ajaib ini boleh menjadikan ia sebagai skrub muka yang dapat merawat jerawat dengan berkesan. Jerawat akan muncul apabila minyak, sel kulit mata dan bahan lain menyumbat liang pori. Keadaan ini boleh menyebabkan jangkitan bakteria, sekali gus mengakibatkan keradangan. 

Menggosok kulit wajah dengan serbuk kopi dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati dan mengelakkan liang pori dari tersumbat. Asid klorogenik juga dapat bertindak untuk mengurangkan keradangan dan melindungi kulit daripada beberapa jenis bakteria. 

Rambut dan kulit kepala

Rambut dan kulit kepala secara semula jadi berasid. Semakin rendah nilai pH, semakin tinggi kandungan bahan asid. Nilai pH di bawah 7.0 dianggap berasid manakala pH di atas 7.0 adalah asas atau bersifat alkali.

Serat rambut mempunyai pH 3.67, sementara kulit kepala pula pH pada 5.5. Menggunakan produk rambut yang mempunyai nilai pH yang lebih tinggi daripada rambut boleh menyebabkan kekusaman, rambut mengeras dan kerosakan. 

Minuman kegemaran ramai ini secara semula jadi adalah berasid. Menyapu bahan ini kepada rambut merupakan cara terbaik untuk mengimbangi tahap pH rambut dan kulit kepala. Anda boleh mencuba dengan menggosok serbuk atau air kopi kepada kulit kepala. Ia juga dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati daripada kulit kepala.

Kesimpulan

Jadi, ada banyak sebenarnya kegunaan kopi sebagai skrub. Tapi ingat, berpada-pada jugak dalam berskrub tu terutamanya yang ada kulit sensitif. Tak perlu menggosok badan terlalu kuat hanya untuk memastikan sel kulit mati disingkirkan dari badan. Sebaiknya, lakukan dengan lembut tetapi dapat memberikan hasil yang bersih secara menyeluruh. 

Menggosok skrub terlalu kuat boleh menyebabkan uols secara tak sengaja turut menyingkirkan sel kulit yang masih sihat dan berkemungkinan akan merosakkan keadaan kulit uols.

Jika kulit uols berubah menjadi kemerahan atau uols rasa pedih setelah melakukan proses scrubbing, ia adalah petanda bahawa uols menggosok terlalu kuat dan uols perlu untuk mengurangkannya.

Haa, faham tak?

Ok lah, jemput berskrub ye uols!

Post a Comment

9 Comments

  1. slu juga dgr pasal scrub kopi ni... lum pernah cuba lg. cam menarik tu

    ReplyDelete
  2. Banyak manfaatnya kan. Cuma rajin atau tidak je. Boleh pakai ni, mana tau jerawat yang berkampung ni nak bubar perlahan-lahan.

    ReplyDelete
  3. Pertama kali dengar serbuk kopi boleh dijadikan skrub. Banyak serbuk kopi di dapur... boleh juga try cara ini. Tq for sharing ya darling.

    ReplyDelete
  4. Pernah buat jugak tapi guna serbuk/hampas kopi semata, licin badan lepas scrub

    ReplyDelete
  5. Best guna scrub kopi. Pernah guna, bau kopi tu best betul

    ReplyDelete
  6. aida pernah tau buat facial yg ada scrub ke apa ke kopi gini.
    the smell of coffee masa tu sgt harum, Sun.
    tak le mcm bau kopi yg kita minum tu tau. special sgt :)
    ku rasakan mcm sedang facial kat dlm stabak :) ha ha ha ha ha...

    ReplyDelete
  7. Aku plak serbuk kopi terpakai dari Vivo aku buat baja..kalau singgah sana mesti mereka letak di bakul untuk siapa yang nak guna..

    ReplyDelete
  8. x penah cuba lg... ex housemate penah pakai... semerbak bau bilik air dgn bau kopi ;-)

    ReplyDelete
  9. Sy ada lotion bau kopiii.. haritu menang hadiah Cabutan bertuahhhh. kui3... Sukaaaa gak bau bauan kopi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com