Ticker

6/recent/ticker-posts

Hello February!

Hello February! | Sedar tak sedar, dah sebulan berlalu. Cepatnya! Kita dah masuk bulan Februari tahun 2021. Ingat lagi tahun lepas? Bulan ni lah kes COVID-19 gelombang pertama mula merebak kat Malaysia lepas beberapa orang pelancong dari China dikesan positif. Bulan ni, tahun lepas jugak lah, kes COVID-19 meredha, dan meledak kembali di penghujung bulan Februari 2020, menjadi gelombang kedua.

Tahun ni, lain pula kisahnya. Dah beberapa hari, kes positif baharu COVID-19 melebihi angka 5k. Sementara Johor dah ada dua kali hari yang angkanya mencecah lebih 1k. Saban hari tengok update ni dekat telegram Majlis Keselamatan Negara, memang rasa agak mengerikan. Tinggal berapa hari aje lagi PKP akan tamat pada 4hb Februari. Tapi kalau tengok angka kes yang kian meningkat, macam bakal bersambung lagi PKP ni nanti.

Mungkinkah akan total lock down macam PKP fasa pertama bulan Mac tahun lepas?

Kita tunggu aje lah pengumuman dari Tan Sri PM nanti.

Hello February!

See the good in every situation

Dalam kehidupan kita, yang baik dan yang buruk pasti akan datang silih berganti. Walau pelbagai dugaan yang akan datang melanda, pertama sekali kena kuat, kemudian kena redha. Dalam al-Quran pun, Allah dah cakap, Dia tak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir." (Al-Baqarah 2: 286) 

Ciksun faham, masing-masing diuji sekarang ni. Tapi percayalah, dalam segala kesulitan, pasti akan ada kemudahan. Dalam celah-celah keburukan, pasti ada walau sedikit kebaikan. Moga dari segala ujian yang melanda, kita belajar sesuatu yang baik. Mungkin lebih banyak waktu bersama keluarga, atau mungkin lebih bijak berjimat-cermat dalam berbelanja, dan mungkin juga jadi lebih pembersih dari sebelumnya sebab kena selalu cuci tangan.

Dan sekarang, kita belajar untuk lebih menyayangi diri sendiri dari sebelumnya.

Post a Comment

10 Comments

  1. Sampei bila kita nk hidup macam tok ooo... jaik hati ngenang miak.. nk sekolah x dpt... kita pun ya gia jak.. tp perancangan Allah terbaik.. insyallah mudahan kelak ada pelangi lepas ujan

    ReplyDelete
  2. rupanya dah setahun kita dalam situasi pandemik ni kan..semoga ada keajaiban berlaku dengan izin Allah..pandemik ni berlalu pergi..kita boleh kembali hidup seperti biasa..

    btw, akak baru perasan belum follow sunah..hahaha..done follow! letak kat bloglist juga..

    ReplyDelete
  3. Covid ni mengajar kita sentiasa fikir poitif kan Sunn.. orang tak suka kita ke apa ke, pun fikir positif jee.. malas nak fikir bebanyak, nanti tua kereput hahahahaha..

    ReplyDelete
  4. Salam Februari SS. Semakin hari semakin dirasakan cepatnya waktu dan hari yang berlalu. Semakin banyak hal baharu yang mesti diterima. Ditambah dalam situasi sekarang nikan. Setiap hari memerhati angka. Mengharapkan berkurang namun sebaliknya. Moga ini menambahkan rasa sabar dan syukur kita.

    ReplyDelete
  5. Siapa sangka, hampir setahun kita hidup dalam pandemik covid ni. DG Hisham ada cakap, PKP mungkin tak bersambung sebab tak nak effect pada ekonomi. Ramai yang hilang pendapatan. Harap yang baik baik je di hari mendatang ni. Aaminn

    ReplyDelete
  6. Setahun sudah berlalu. Februari muncul kembali dengan kenangan semalam. Tak sangka sudah hampir sethaun hidup bergelumang dengan Covid-19. Mudah-mudahan akan ada keajaiban kembalikan suasana seperti dahulu.

    ReplyDelete
  7. Sekejap jer dah February kan...harap2 ada yang terbaik untuk kita semua

    ReplyDelete
  8. Cepatlah berhenti COVID 19 , birthday saya bulan Mac ni..Haishh...Tibberrr!
    Moga kita sentiasa berada dalam keadaan baik-baik jer. AMIN

    ReplyDelete
  9. february pls be good to us. amin

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com