Ticker

6/recent/ticker-posts

Sayur Campur Kukus dengan Udang

Sayur Campur Kukus dengan Udang | Sempat jugak ciksun nak menaip ni, padahal dah kena pergi Kulai dah ni sebab ada appointment dengan klien. Tapi nak share jugak kat sini sebelum keluar, menu dinner ciksun dengan housemate dua hari lepas.

Semua sebab nampak post kak Suria Amanda beberapa hari lepas. Menu yang Pak Zain buat, sayur campur kukus dengan udang. Menu sihat kannn, sesuai untuk manusia tengah diet macam ciksun dan housemate. Haha!

Sayur Campur Kukus dengan Udang

Ciksun beli udang 20 ekor aje, untuk dua orang makan. Kak Ajan tolong kukus sebab ciksun baru balik kerja. Dia tumbuk halia dengan bawang putih sikit, gaul dengan sayur brokoli, bunga kobis dan carrot. Kemudian dikukus enam minit gitu, bersama udang sekali.

Dah siap, gaul sikit dengan serbuk lada hitam, minyak zaitun dan secubit garam. Kalau ciksun, mungkin tak letak terus garam tu. Tapi sedap jugak tau uolss. Ada gandingan kentang rebus lenyek yang kemudian digaul dengan mixed herb sebelum pan-roasted. Eh, sedap bebenor kentang tu, lupa pulak ciksun nak snap gambornye.

Next time kalo ada buat lagi, ciksun share tau!

Ok bye, keluar dulu!

Post a Comment

6 Comments

  1. Ni menu peberet aku.. suka meratah menu ni.. nak sedap, ko tabur dengan lada hitam, lagi sodap, pastu nnati kentut sepanjang jalan ko keluar hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ya, lupa nak sebut dalam tu, gaul dengan lada hitam sekali

      Delete
  2. Sedapnya sayur campur di kukus. Sesuai sangat ni kalau tengah berdiet.

    ReplyDelete
  3. eh, rasa lepas ni klu Pak Inche beli udang, bahgian akk kena kukus laaa..

    ReplyDelete
  4. Amboi ciksun, sempat ye menaip. Sedapnya masak gini. Sedap dan sihat

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com