Tetamu Tak Diundang 😫

Tetamu Tak Diundang 😫 | Allahu, masa taip ni pun masih berderau lagi darah ciksun. Walaupun tak menghadapnya depan-depan, hanya baca dari whatsapp group rumah, tetap rasa berdebar dan cemasnya tu. Kisahnya tengahari tadi ciksun ada hal kat bandar, tu la kali pertama ciksun pergi ke bandar sejak PKP start. Ada program dekat Holiday Inn JBCC. Masa kat sana, ciksun dah nampak notification whatsapp group rumah bertubi-tubi masuk. Sampai 30 lebih noti, apa lah yang dibincangkan, tak sempat pulak ciksun nak buka sebab program tengah berjalan lagi.

Ni tadi masa dah kat office semula, baru lah ciksun buka whatsappnya.

Allahu, ada tetamu tak diundang rupanya! Memula ciksun ingatkan anjing liar je ke. Bukan tak biasa anjing tumpang duduk depan rumah kitorang sebab takde pagar. Time hujan je macam-macam benda menumpang, orang gila pun pernah datang tumpang berteduh, tak tipu 😂

Tapi kali ni, jadi cemas sebab yang datang tu lain dari yang lain.

Tetamu Tak Diundang 😫

Ular tedung ngkoooo! Ibah duduk sorang kat rumah, yang lain kerja dan keluar, kak Ajan pun keluar rupanya. Memang panik lah dak Ibah dibuatnya. Katanya ular tu da siap masuk rumah dah, kucing dah siap main. Bila Ibah nampak tu, ular tu dah nak menuju ke luar sliding door.

Bila ular dah keluar, Ibah cepat-cepat tutup sliding door tu. Haa, macam kat bawah lerr rupa ular tu kat luar, dengan dak Mumu and Nini. Hahahaha! Adoi kelakar pulak nengok gambar tu, apa lah yang diorang bincangkan ek??? Mungkin Mumu tengah marah ular tu, nape nkoo masuk rumah kitorang tanpa izin, haaaa?

Tetamu Tak Diundang 😫

Agak lama dia kat situ dan macam tu Ibah kata, sebab takde tempat dia nak lari. Kucing lak menunggu nak menerkam jugak, jadi ularnya takut nak bergerak. Alhamdulillah tak lama lepas tu kak Ajan balik, Ibah terus jerit dari dalam rumah bagitahu situasi kecemasan. Baru lah jiran sebelah datang reramai dan tolong tangkap ularnya.


Ni video diorang lepas tangkap ular tu. Kecik je rupanya. Dalam gambar Ibah macam besau ular tu. Tak terfikir lak kucing kat rumah ni bukannya sebesar manusia 😆

Alhamdulillah, berakhir sudah situasi kecemasan. Fuhh, sangat bahaya ye guysss. Kak Ajan dah siap call bomba dah katanya, tapi sempat lah cancel sebab jiran dah tangkap time tu gak. Haha. Terima kasih jiran-jiran prihatin!

9 comments:

  1. Akak bab ular ni memanag surrender..ari tu takut nyer pasal rumah jiran masuk ular panggil jer bomba...

    ReplyDelete
  2. Ya Allah! Saya pun seram sejuk baca dengan tengok gambar ular kepala berdiri begitu. syukurlah semuanya selamat. Mujur ada jiran datang menolong.

    ReplyDelete
  3. kecik besar pun tetap berbisa..huhu

    ReplyDelete
  4. Nampak kat gambar macam beso
    Ulo baru netas rupanya

    ReplyDelete
  5. Kalau kena kat aku, memang aku dah lari beribu langkah ni... jerit macam orang kena rasuk kang huhuhu...

    ReplyDelete
  6. Kalau saya, lepas tutup pintu, akan buat IG story lu..Hoho... then masuk group jiran untuk tolong datang rumah segera....Fuhhhh...

    ReplyDelete
  7. uishh seramnya. Pasni kena tutup sliding sentiasa. Berani betul pegang ular. Bukan biasa biasa ular ni walaupun kecik tetap takut gak..Bagus jiran jiran datang membantu.

    ReplyDelete
  8. Ular walau macamana saiz pun tetap menakutkan. Nasib baik takde apa-apa buruk jadi

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com