Ticker

6/recent/ticker-posts

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles" | Tahniah kepada Holiday Inn Johor Bahru City Centre! Sebab apa? Hari ni program diorang lancar dan berjaya, orang kata kalau tujuan dan niat baik, pasti semuanya akan dipermudahkan. Insya'Allah dengan izinnya.

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

HIJBCC hari ni menyantuni 50 orang pemandu E-Hailing dan teksi sekitar Johor Bahru dalam kempen Smiles for Miles, dengan memberikan menu makan tengahari percuma, dari pukul 12 hingga 1 tengahari. Selama sejam, General Manager HIJBCC,  Mr. Cheah, ditemani staff-staff beliau menjayakan program ni di perkarangan lobi drop-off.

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Walaupun sambutan CNY tahun ni tak macam tahun-tahun yang lepas, semangat menyebarkan kebaikan tu tetap ada. Program ni adalah salah satu daripada kempen CSR IHG, True Hospitality for Good. Menurut Keyin Tay, Assistant Director of Marcom HIJBCC, Sebelum ni diorang dah pernah menyumbangkan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada persatuan Cerebral Palsy, kemudian disusuli dengan berkongsi minuman percuma kepada rider penghantar makanan sebagai menghargai jasa diorang dalam waktu PKP macam ni.

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Alang-alang dah bagi rider, diorang bagi jugak kepada driver teksi dan E-Hailing sebab mereka-mereka ni lah yang bawak tetamu datang ke hotel. Selain tu, bila buat program macam ni, akan bertambah ramai la pemandu teksi dan e-hailing yang tahu drop-off point bagi HIJBCC ni. Sebelum-sebelum ni mungkin agak kurang yang tahu sebab signage HIJBCC tu ke dalam sikit dan pemandu kena masuk jauh ke dalam baru akan perasan drop-off lobby ni.

Orang-orang lama pulak, kebanyakannya menyangka bahawa HIJBCC ni dekat Mutiara Hotel JB, tu tempat diorang bertahun lama dulu. Tempat baru bukan lagi kat situ, tapi dekat atas JBCC ajeee. Senang wei, tetengah bandar JB, sebelah City Square pulak tu. Harapnya pemandu-pemandu teksi dan e-hailing boleh bawah penumpang diorang menuju ke destinasi yang tepat lepas ni. Hihi.

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Holiday Inn JBCC Santuni 50 Pemandu E-Hailing dan Teksi dengan Kempen "Smiles for Miles"

Katanya, program ni tak akan berakhir kat sini aje. Insya'Allah akan datang, diorang akan buat lagi. Jadi, mana-mana pemandu teksi dan E-Hailing yang terlepas tengahari tadi, jangan risau sebab akan ada lagi program gini bagi meraikan uols ya!


Thank you HIJBCC!

Post a Comment

10 Comments

  1. Bagus..aktiviti CSR yang patuh dicontohi mana- mana aktivis yang prihatin...keep it up..

    ReplyDelete
  2. Cantik kempennya : Smile for Miles

    ReplyDelete
  3. Kalau CikSun x bagitau, kita pun tak tau, tau!
    :p

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah
    program yang bermanfaat

    ReplyDelete
  5. Kalau semalam dapat jumpa ko..
    Semalam tak dapat join, takde kenderaan...

    ReplyDelete
  6. bagus kempen macam ni
    smile to smile :)

    ReplyDelete
  7. Tahniah HIJBCC adakan kempen macam ni. Dapat juga berkongsi rezeki dengan rider, driver teksi dan E-Hailing.

    ReplyDelete
  8. Good job HIJB. Tunggu habis pkp ye,nak datang staycation

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com