Ticker

6/recent/ticker-posts

18 Hari Menuju Ramadhan

18 Hari Menuju Ramadhan | Pejam celik, pejam celik, tinggal 18 hari aje lagi nak masuk bulan Ramadhan 1442H. Tertengok TV Al-Hijrah pagi ni, pada akhir rancangan, ustaz membaca doa untuk menyambut bulan Ramadhan. Tersentuh hati ciksun. Moga-moga kita semua diberi kesejahteraan, keberkatan, keimanan dan keselamatan untuk benar-benar mampu menjalani hari-hari dalam bulan Ramadhan nanti dengan pengisian ibadah wajib serta sunat. Insya'Allah.

18 Hari Menuju Ramadhan
Gambar: Compass and Fork- Food and Travel

Dari Anas bin Malik r.a, doa Rasulullah s.a.w bila tibanya Rejab,

اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ لَنَا فِي رَمَضَانَ

“Ya Allah berkatilah bagi kami pada bulan Rejab dan Sya’ban serta berkatilah kami juga pada bulan Ramadhan.” HR Ahmad - Musnad (2346)

Dari Talhah bin Ubaidillah r.a, doa Rasulullah s.a.w bila nampak anak bulan Ramadhan,

اللهُمَّ أَهِلَّهُ عَلَيْنَا بِالْيُمْنِ وَالْإِيمَانِ، وَالسَّلامَةِ وَالْإِسْلامِ، رَبِّي وَرَبُّكَ اللهُ

“Ya Allah, naungilah kami dengan keamanan dan keimanan serta keberkatan, keselamatan dan kesejahteraan. Tuhanku dan tuhanmu adalah Allah.” HR Ahmad - Musnad (1397)

Dan dikalangan Salafussoleh pula ada doa yang masyhur diamalkan bagi menyambut bulan Ramadhan dengan amal-amal soleh,

اللَّهُمَّ سَلِّمْنِي لِرَمَضَانَ، وَسَلِّمْ رَمَضَانَ لِي، وَتَسَلَّمْهُ مِنِّي مُتَقَبَّلًا

“Ya Allah, sejahterakanlah aku sehingga datangnya Ramadhan, sejahterakanlah Ramadhan bagiku dan terimalah dariku (ibadat pada bulan itu).” al-Tabarani - al-Du’a (913) & Abu Nu’aim al-Asbahani - Hilyah al-Auliya’ (3/69)

Masya Allah, istimewa sungguh kan bulan Ramadhan dalam hati para agamawan. Kedatangannya dinanti-nanti, pemergiannya meninggalkan kesan di hati. Kita sebagai umat Rasulullah s.a.w sepatutnya rasa macam tu juga. Rasa gembira dengan ketibaan Ramadhan, sebab Allah s.w.t dah janjikan banyak ganjaran untuk hamba-hambaNya yang mengisi bulan mulia tersebut dengan pelbagai amalan yang dituntut.

Antara cara-cara yang boleh kita lakukan untuk menyambut bulan Ramadhan adalah:
  1. Perbaiki niat supaya segala ibadah dilakukan ikhlas hanyalah untuk Allah s.w.t.
  2. Berdoa agar sampai ke bulan Ramadhan dan amalan sepanjang bulan tersebut diterima Allah s.w.t.
  3. Mengagungkan al-Quran dengan memperbanyak bacaannya kerana pada bulan Ramadhan-lah Allah s.w.t turunkan kitab suci ni.
  4. Bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa kerana pahalanya sama seperti orang berpuasa.
  5. Qiyam pada malam hari.

Semoga Allah redha.



P/S: Mohon doa semua, mak mertua ciksun kena operation hari ni, doakan agar dipermudahkan urusannya, pembedahan berjalan lancar serta baik-baik saja ameen.

Post a Comment

4 Comments

  1. Ramadhan nanti nak OFF media sosial ... fokus pada Ramadhon.. jomm kita..

    ReplyDelete
  2. Ramadan tiba ramadan tiba... Nak buat list nak berbuka apa la haha 😝

    ReplyDelete
  3. rasa macam kejap je 😅 dah nak puasa haha

    ReplyDelete
  4. Tak lama lagi je nak masuk ramadhan. Jom buat persediaan :)

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com