Ticker

6/recent/ticker-posts

Susun dan Sisih Pepagi Sampai Lambat Pergi Kerja

Susun dan Sisih Pepagi Sampai Lambat Pergi Kerja | Yo, entah kenapa terlebih rajin pagi tadi susun knitwear ciksun sampai kelam kabut nak pergi kerja. Sebab bangun awal, sambil tunggu baju dalam mesin basuh, ciksun kemaskan knitwear dekat rail baju. Asingkan knitwear dengan baju biasa. Asing punya asing, tiberr dah pukul 8.25, terus ciksun lari pergi mandi and siap-siap sebab pukul 9 pagi - 1 tengahari, ciksun ada training dekat Zoom 🤦‍♀️

Ada baju yang ciksun memang tak boleh nak pakai sebab saiz kecik, ada yang pattern dia macam tak ngam dan tak sedap mata ciksun tengok. Ada yang dalam live nampak cantik, tapi bila sampai kat ciksun, kainnya berat bebenor, belum campur yang kain dia gatal bila pakai walaupun dengan inner haha. Ada yang terlalu jarang yang perlukan ciksun pakai inner, walaupun memang ciksun beli banyak inner dah.

Susun dan Sisih Pepagi Sampai Lambat Pergi Kerja

Mana yang ciksun rasa ciksun memang tak akan pakai atau yang sekali je pakai rasa tak best, ciksun asingkan. Letak dalam beg kain, nanti boleh letak dekat kotak derma tepi jalan tu. Mana tau ada yang memerlukan. Kebanyakannya masih elok lagi kain dia. Langsung tak berbulu. Ada yang ciksun masukkan dalam kotak gak yang kualiti like new. Kot la nanti nak buat preloved. Haha!

Susun dan Sisih Pepagi Sampai Lambat Pergi Kerja

Ni lah koleksi knitwear ciksun ikut kaler. Macam banyak benar kaler biru ek. Haha! Tu pun ada tiga helai takde dalam gambar, satu kaler mustard basic dengan satu velvet tone basuh hari ni. Satu maroon basic pakai pergi office 🤭

Ciksun ada kaler biru terang dengan lilac pureknit like new gilaaa, tapi pattern dia jenis singkat walau bukan croptop. Yang ni ciksun asingkan gak dengan hati paksarelaaaa, nak bagi dekat adik ciksun. Daripada ciksun tak pakai, better bagi kat dia, mana tahu dia boleh gayakan dengan penuh keyakinan kannn.

Rasa macam da tak beli da kot.

Kang kalo menambah lagi, kena beli rail lagi pulak, lepas tu tak cukup lagi pulak.

Haha! Ok bye!


P/S: Tapi macam nak buru kaler pink terang, purple gelap, hijau terang, eh banyak pulakkkk hunting dia.

Post a Comment

6 Comments

  1. waaaahh...
    kita dah lama x membeli baju....
    baju pun dah x moh kat kita..
    asyik x nak masuk je tangan tu aahaha

    nampak gaya kena gi beli baju...
    mslh kita ni plak, ssh nak cari baju klu tak mencuba...
    time2 covid ni, ssh nk cr kedai baju yg bole try...

    byk kali beli sluar.. x muat... sudah nya semua pun sedekah aje la..
    sadisssss betul laaa

    ReplyDelete
  2. wow... byknya knitwear... kmk ada sigek jak... kacakkkk kata anak dara mek koh bila kmk pakei sbb jarang dpt peluang nk pakei

    ReplyDelete
  3. Banyak giler koleksi baju knitwear dia. Saya pun suka susun ikut tone warna. Cantik dan sedap mata memandang. kalau dah reduce tu bolehlah ek nak menambah lagi :p

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com