Ticker

6/recent/ticker-posts

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita | Pesta Berlian HABIB merupakan salah satu kempen yang menjadi tumpuan dan dinantikan oleh para pelanggan pada setiap tahun. Seperti yang umum sedia maklum, Pesta Berlian HABIB diadakan bukan sahaja untuk memberi penghargaan kepada keindahan dan kecantikan barangan kemas berlian namun pesta ini juga sebagai satu platfom untuk menyampaikan informasi berkaitan berlian kepada orang ramai.

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita

Keistimewaan dan keunikan berlian tidak dapat disangkal lagi kerana setiap satu berlian adalah berbeza dan mempunyai sifat yang tersendiri. Pemilihan berlian sebagai satu pelaburan sepanjang hayat merupakan satu langkah yang bijak kerana berlian terkenal sebagai satu batu permata yang mempunyai daya tahan yang kuat dan tidak mudah pecah.

Setiap insan yang bergelar wanita, tidak kira ibu, kakak, kawan, saudara mahupun kenalan-kenalan yang lain, setiap satu mereka adalah merupakan permata berharga. Sebutir berlian terhasil daripada suhu dan tekanan yang tinggi dan kisah perjalanan seorang wanita mirip seperti berlian. Setiap wanita mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan dugaan namun setiap halangan yang ditempuhi menjadikan seorang wanita itu lebih cekal dan tabah menempuhi hari-hari yang mendatang.

Berlian dinilai berdasarkan ciri-ciri “4Cs” iaitu Colour (Warna), Cut (Potongan), Clarity (Kejelasan) dan Carat (Karat). Oleh itu, berdasarkan “4Cs” ini, ciri-ciri yang paling utama yang perlu dititikberatkan adalah potongan (Cut) kerana cara potongan akan menentukan tahap kilauan berlian tersebut.

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita

Apa yang perlu dititikberatkan dalam pemilihan sebutir berlian?

Colour (Warna) – Warna berlian merujuk kepada warna yang dimiliki oleh sebutir berlian di mana warna berlian ini digred bermula daripada D iaitu warna jernih sehingga Z iaitu warna seakan kekuningan.

Cut (Potongan) – Potongan merujuk kepada simetri dan tahap kilauan sebutir berlian itu. Potongan ‘briliant’ yang mempunyai 101 akan memantulkan cahaya yang lebih banyak.

Clarity (Kejelasan) – Merujuk kepada kejelasan atau kejernihan berlian. Semakin kurang tompokan atau kecelaan yang ada, semakin berharga sebutir berlian tersebut.

Carat (Karat) – Merupakan ukuran berat untuk sebutir berlian di mana 1 karat bersamaan 2gram.

Meskipun berlian terkenal sebagai satu permata yang paling keras di dunia, namun khusus sempena Pesta Berlian HABIB pada tahun ini, barisan pereka barangan kemas kami telah mendapat inspirasi untuk menonjolkan sisi faminin yang terdapat pada berlian. Keindahan barangan berlian diserlahkan lagi dengan rekaan yang berunsurkan alam flora seperti Bunga Jenjarum (Ixora), Bunga Melur (Jasmine), Bunga Mawar dan banyak lagi.

Bunga Jenjarum yang mempunyai empat kelopak runcing ini mudah dijumpai di mana-mana terutamanya pada taman bunga. Ramai rakyat Malaysia membesar dengan bunga ini dan Bunga Jenjarum sering dijadikan mainan barangan perhiasan sewaktu kecil dengan menggabungan bunga ini sehingga menghasilkan rantai tangan ataupun kalung. Pastinya mereka yang melihat rekaan ini akan secara tidak lansung mengimbau zaman kanak-kanak dipenuhi dengan riang tawa.

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita
Gambar rekaan barangan kemas diinspirasikan daripada Bunga Jenjarum

Rekaan di bawah ini diinspirasikan daripada Bunga Melur yang mempunyai empat sehingga sembilan kelopak dan menghasilkan bau yang sangat manis. Bunga ini mudah didapati hampir di setiap rumah rakyat Malaysia dan menjadikan rekaan ini dekat di hati orang ramai.

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita
Gambar rekaan barangan kemas diinspirasikan daripada Bunga Melur

Bersinar dan cantik, Bunga Melur sentiasa menambahkan seri sesebuah rumah itu dan menarik perhatian ramai. Keindahan bunga ini tidak akan penah hilang ditelan zaman dan menceriakan kedihupan seharian. Tambahan pula, Bunga Melur juga menjadi lambang cinta dan kesetiaan kepada pasangan bercinta.

Berlian tidak pernah gagal untuk membuatkan seorang wanita itu rasa istimewa dan disayangi. Kerana itulah ianya menjadi pilihan utama wanita berbanding puluhan batu permata yang ada di dunia. Jadi, tidak hairanlah jika berlian menjadi simbolik kepada cinta, keraian, penghormatan, pencapaian dan lain-lain detik bermakna.

KECANTIKAN MEKAR DI HABIB

Di HABIB, setiap barangan kemas berlian adalah berkualiti tinggi dan mencapai standard piawaian yang ditetapkan untuk menjadikannya kekal bersinar meskipun telah berganti tahun. Bukan itu sahaja, HABIB, pengeluar barangan kemas tempatan yang pertama meraikan kewujudan berlian sejak lebih dari 30 tahun lalu di Malaysia melalui Pesta Berlian.

Antara yang menjadi tarikan pada Pesta Berlian tahun ini semestinya koleksi berlianya yang diinspirasikan daripada pelbagai jenis bunga di Malaysia. Antara bunga-bunga yang menjadi pilihan adalah Bunga Mawar, Bunga Dahlia, Bunga Raya, Bunga Jenjarum dan Bunga Tanjung.

Malah, rekaan terbaru musim bunga ini merupakan simbol universal kepada cinta dan kasih sayang, sesuai dijadikan hadiah yang sempurna kepada keluarga tersayang, teman-teman dan insan istimewa.

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita

Sepanjang Pesta Berlian ini, berlian pelbagai saiz dan bentuk; seperti bulat, bersegi, zamrud, hati dan marquise – dengan pelbagai berat dengan perakuan GIA. Boleh dikatakan, potongan-potongan mewah yang dihasilkan mampu disesuaikan dengan setiap personaliti.

Selain daripada itu, cincin berlian sebutir juga dikenali sebagai ‘solitaire’ klasik, set perkahwinan berlian dengan pelbagai harga yang mampu milik, serta gelang-gelang berlian yang sesuai untuk acara pembatalan air sembahyang juga ditawarkan. Untuk kaum lelaki pula, cincin berlian yang diperbuat daripada perak, palladium atau titanium.

Sepanjang 60 tahun berada di pasaran, PESTA BERLIAN adalah satu acara sinonim dengan HABIB dan pelanggan sangat menantikan kempen. Pesta Berlian merupakan salah satu acara terbesar untuk Habib Jewels. Setiap tahun, pesta ini diadakan dengan lebih menarik dan menghiburkan melalui semua acara dan aktiviti yang ditawarkan kepada para pengunjung. Terdapat juga pelbagai aktiviti secara virtual yang menanti pengunjung pada Pesta Berlian pada tahun ini yang menjanjikan pengalaman yang tidak kurang hebatnya.

Pesta Berlian ini berlansung di semua bilik pameran HABIB bermula pada hari ini sehingga 4 April yang bukan hanya menawarkan barang perhiasan dengan harga yang mampu milik, tetapi juga tarikan barangan eksklusif yang sangat terhad dan promosi-promosi istimewa yang tidak boleh dilepaskan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami di www.habibjewels.com atau ikuti akaun media sosial kami @habibjewelsofficial.

Pesta Berlian Habib Menawarkan Berlian Berkualiti Tinggi Istimewa untuk Para Wanita

FAKTA-FAKTA MENARIK

Tidak kira yang jernih atau berwarna, kecantikan berlian adalah sukar sama sekali untuk dibandingkan. Setiap jenis berlian mempunyai latar belakang yang sangat menakjubkan. Berikut, kami telah kumpulkan beberapa fakta yang sangat menarik tentang permata berlian.
  • Berlian pertama telah dijumpai di India pada empat abad lalu.
  • Berlian paling besar yang pernah ditemui adalah di Afrika dengan berat yang sangat mengagumkan iaitu seberat 3,106,75 Karat!
  • Wanita pertama yang memakai cincin berlian ialah daripada kerabat diraja Perancis, Mary dari Burgundy apabila Archduke Maximilian dari Austria mempersembahkannya sebagai cincin pertunangan pada tahun 1477.
  • Perkataan ‘diamond’ (berlian) berasal daripada perkataan Greek iaitu ‘adamas’ yang bermaksud tidak terkawal atau tidak dapat dihancurkan.
  • Terdapat banyak budaya masyarakat zaman lampau yang mempercayai berlian mempunyai kuasa atau kebolehan untuk melindungi pemakainya daripada bahaya dan menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu.
  • Berlian yang paling semula jadi adalah berusia antara 1 billion dan 3.5 billion tahun.
  • Berlian sangat unik kerana lebih kurang 250 tan bumi mesti dilombong untuk menghasilkan satu karat berlian.
  • Bergantung kepada baki bahan kimia, berlian boleh didapati dalam pelbagai warna seperti biru, kuning, merah jambu, ungu dan hijau.
  • Berlian merupakan simbol kekuatan, kesetiaan dan cinta.
  • Berlian dihasilkan melalui sebuah elemen, iaitu karbon.

Post a Comment

5 Comments

  1. alamak berlian eh...
    takut nya nak pakai... takut x mmapu nak beli pun iye juga hehe...
    pape pun dah lama x sarung barang kemas kat badan :p

    Nak cari datuk laa...
    datuk mana nak tolong belikan kita berlian eh :D

    ReplyDelete
  2. Sekarang kena cari emas
    Emas 916 tengah murah

    ReplyDelete
  3. Cantiknya semua design. Simple tapi wow gile! Kalau dapat satu pun dah best ni.

    ReplyDelete
  4. Perghhh lawanya cincin ituu..
    Ada tak orang nak present ek.. Laki oo Laki.. sini laa baca posting Sunah hahahaa

    ReplyDelete
  5. baru tahu potongan berlian tu penting. Cantik2 la design dekat habib ni

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com