Ad Code

Responsive Advertisement

Ticker

6/recent/ticker-posts

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita? | Tahun ni nak plan staycation luar Johor ke mana pulak ek dengan my housemates? Tahun sudah, lepas aje PKP lifted-up, kitorang terus pergi Melaka. Booking takde la awal berapa bulan, dalam sebulan lebih sikit je kalo tak silap. Alhamdulillah senang nak book masa tu sebab ada kawan dalam travel agency.

Tahun ni rasa macam nak plan sendiri dari scratch. Walaupun belum tentu lagi bila tarikhnya boleh rentas negeri, tapi dari perkembangan kes baru COVID-19 hari ke hari, macam dalam beberapa bulan lagi dah boleh keluar dari Johor ni melihat dunia. Haa gituhhh!

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Rindu weii nak travel! Walaupun hanya dalam negara je buat masa ni. Bila dapat menginap dekat hotel, tidur selain dari atas katil dalam bilik tidur sendiri, semacam satu terapi untuk seketul ciksun. Waktu ni lah nak menikmati momen berkualiti bersama keluarga atau kawan-kawan, tanpa perlu berfikir pasal kerja dan masalah hidup. Siapa macam ciksun jugak?

Kalau tanya ciksun, antara destinasi pilihan yang ciksun nak pergi, yang mudah dan tak terlalu jauh, Port Dickson lah, mana lagi? Sebelum ni pun dah banyak kali pergi Port Dickson, tak pernah lagi rasa jemu. Kenapa ciksun suka sangat pergi Port Dickson? Nahhh, teruskan baca sebab-sebabnya!

Restoran Salai Masak Lomak Cili Api Merata-rata

Merata-rata guys, merata-rata. Keluar je exit Pedas-Linggi, terus nampak Sabak Salai tepi jalan. Meriah betul kat sini kalau waktu lunch hour atau hujung minggu. Ciksun tak pernah try makan kat sini sebab selalunya bila lalu je takde parking dan tengok masyarakat berbaris panjang bebenor haa. Tu yang rasa macam next time kalau pergi Port Dickson lagi, ciksun nak cuba Sabak Salai ni!

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Sebelum ni ciksun pernah makan dekat Warung Salai aje. Restoran ni banyak cawangannya kat Port Dickson tu. Boleh dikatakan sepanjang Teluk Kemang tu boleh nampak sampai tiga cawangannya. Tinggal nak pilih aje berhenti kat mana. Paling ciksun gemar dia punya Itik Salai Masak Lomak, perghhhh meletopss!

Banyak Restoran Ayam Bakar dan Kambing Bakar

Yee, sebagai peminat kambing bakar, ciksun tak akan lepaskan peluang mencuba Kambing Bakar kalau pergi Port Dickson. Tak sah rasanya kalau tak singgah makan tengahari dekat Ayam Bakar Station Port Dickson atau Cowboy Place Nasi Kukus Ayam Panggang. Antara dua tempat ni, kalau ciksun pergi Port Dickson dan stay lama sikit, memang akan singgah Ayam Bakar Station Port Dickson tu, tapi tak order ayam bakar pun. Mesti order set kambing bakar, haha!

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Sedap dan juicy kambing bakarnya, nasi dan air pulak boleh refill. Berbaloi-baloi makan kat sini walaupun kena berbaris bila waktu peak hour. Oh, satu lagi, kalau nak breakfast sepecial, uols boleh cuba Nasi Lemak Kambing Bakaw dekat Kafe Kg Kaw. Ni pun port popular pagi-pagi. Nak kuetiaw Kambing Bakar? Pergi King’s Char Kuey Teow!

Banyak Tempat Menarik Untuk Dilawati

Kalau cakap pasal Port Dickson, selalunya orang akan terus terbayangkan pantainya yang indah dan meriah. Yess, memang tak dinafikan pantai Port Dickson antara tujuan destinasi pelancong kalau datang ke sini. Persisiran pantai sangat meriah dengan gerai-gerai dan macam-macam aktiviti sepanjang tahun. Ciksun pernah pergi Teluk Kemang, makan Cendol dan Coconut Shake.

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Tapi selain pantai, uols kena jugak lawat tempat menariknya yang lain seperti Muzium Tentera Darat, Rumah Terbalik Port Dickson dan Pusat Ikan Hiasan. Kalau naik sikit ke Lukut, boleh singgah di Alive 3D Art Gallery, Wild West Cowboy dan Segar Recreation Park jugak. Macam-macam aktiviti ada kat sini yang uols boleh cuba, buat tambah pengalaman.

Alam Semulajadi yang Memukau

Ciksun pernah pergi hiking dekat Hutan Rekreasi Tanjung Tuan. Juga dikenali sebagai Cape Rachado, tempat ni sebenarnya bukan lah berada dalam Negeri Sembilan, tetapi dalam negeri Melaka! Lokasinya betul-betul dekat sempadan Negeri Sembilan dan Melaka. Kan best tu, pergi Port Dickson, dapat cover Melaka sekali. Haha!

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Menariknya Tanjung Tuan ni sebab pemandangan yang memukau di puncak rumah apinya dan juga di persisir Pantai Cermin-nya. Naik atas, nampak laut seluas mata memandang. Turun bawah ke pantai, layan juga duduk-duduk melepas lelah sambil disapa angin laut, kumpul tenaga kejap sebelum bakal sambung penat lagi naik ke atas semula 😂

Bila baca sebab-sebab yang ciksun kongsikan ni, macam banyak pulak kan benda boleh buat kat Port Dickson tu! Sebab tu, jujurnya tak cukup kalau pergi balik hari dari Johor. Mesti nak menginap barang satu dua malam. Dah dua kali menginap dekat Lexis Hibiscus, kali ni ciksun nak try pulak stay dekat Grand Lexis Port Dickson

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Plan Staycation Luar Johor Lepas Raya, Ke Mana Kita?

Terpesona tengok kolam dalam bilik dia, dengan interior yang klasik dan elegan. Kalau stay sini, kena ambil dua malam agaknya, satu hari duduk enjoy dalam bilik, satu hari setengah lagi jalan-jalan sekitar Port Dickson. Hihihi. Ish, tak sabarnya!

U guys yang pernah duduk sini, boleh share tak pengalaman uols?

Post a Comment

1 Comments

  1. Alaaa..dia dah ada peraancangan dah ha...bestnyaaa...akak baru bercadang nak explore melaka lagi..tgok dulu macam mana nanti...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com

Ad Code

Responsive Advertisement