Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru | Kembali kepada tema utama kita bulan ni, buffet Ramadhan. Haa gitu, jadi tema pulak dah. Haha! Meriah sungguh tahun ni punya buffet Ramadhan, ye lah tahun lepas kan tak dapat nak berbuffet. Ini masanya untuk hotel-hotel naikkan semula restoran masing-masing dengan menu-menu yang meletopsss!

Terbaru, buffet Ramadhan "Chup! Makan Dulu" di Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton Johor Bahru mengetengahkan tema Middle Eastern Cuisine, Essence of Mediterranean, buat para pengunjung yang datang berbuka puasa kat sini bermula dari 13 April hingga 14 Mei 2021, pukul 6 petang hingga 10 malam.

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Chup!, satu kata yang biasa digunakan ketika berbual, membawa maksud berhenti sekejap, sebagai langkah untuk mencelah bila ada benda lebih penting yang perlu diberitahu kepada semua. Hilton pulak guna perkataan ni dalam kempen diorang untuk ajak segenap masyarakat berhenti dan berehat seketika dari hari yang panjang dan sibuk, luangkan masa berkualiti dengan menjamu selera bersama yang tersayang di Hilton, haaa konsepnya!!!

Antara menu highlight yang akan ada sepanjang bulan Ramadhan nanti adalah menu istimewa dari Chef Ariffin dan Chef Faris: Roasted Harissa Lamb, Ras El Hanout Roasted Beef Tenderloin, Moroccan Vegetable Tagine dan Persian-style Grilled Kabob. Menu-menu klasik dan moden ni menggunakan rempah ratus Timur Tengah. Bila makan, rasa dia tuuu boleh sampai ke Turki! πŸ˜†

Tak percaya, boleh tengok menu-menu kat bawah ni!

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Ciksun suka betul Muhammara dengan Mutabbal Shamandar dia! Memang membuka selera betul, ciksun cicah dengan kepingan Khubz dalam Fattoush Salad tu haha! Lepas tu segala makanan lain, Kibbeh, Falafel dan yang kering-kering pun ciksun cicah dengan dua benda ni! Tak tipu, ayam bakar, kambing bakar, daging bakar, semua cicah hahahah! πŸ˜‚

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Then, selain menu Middle Eastern ni, ada jugak menu Wak Abek Nasi Kenduri. Uols boleh cuba Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Kacang Peas yang mengundang memori majlis kahwin, Nasi Beriyani Gam dengan Kambing Briyani, Kacang Gajus dan Telur Rebus.

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Lagi menu tempatan yang dihidangkan adalah aneka Ulam-ulaman dan Sambal. Yang tekak Melayu, haa boleh lah gembirakan perut dengan menu-menu ni. Ada Ulam Raja, Ulam Selom, Ulam Pegaga, Ulam Petai, Ulam Jantung Pisang, cicah dengan Sambal Belacan, Sambal Mangga, Sambal Hitam, Sambal Cili Hijau, Cencaluk, Budu dan banyak lagi!

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Kalau suka Shawarma, boleh ke sebelah Indian Kitchen, unik sangat diorang gabungkan isi kambing dengan isi ayam, terhasillah Mixed Lamb and Chicken Shawarma. Ciksun cuba jugak Shawarma ni, sedappp! Chef yang buat pun pandai menggoda suruh cuba, padahal ciksun datang nak ambil gambar je sebab masa tu dah habis makan πŸ˜…

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Ohh, sini pun ada Homemade Venison Rendang ya! By Chef Ayub, sedapp rasa rendangnya, buat kita teringat kampung halaman gituhhh. Thank you jugak Chef Ayub sudi share resepi! Mana tahu nanti raya nak cuba buat sendiri hihi. Tapi kat mana la ek, ciksun nak cari daging rusa? πŸ˜‚

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Uncle Dylan Mini Steamboat Corner pun antara port yang menarik perhatian masa ciksun datang preview hari tu. Uols yang suka cucuk-cucuk, boleh try Szechuan "Ma La" Soup, Chicken Herbal Soup, Tomato Soup atau Fish Head Soup kat sini, hirup bersama Udang Segar, Bebola Ikan, Bebola Lobster, Kupang, Bebola Daging, Pepahat, aneka Cendawan dan macam-macam lagi.

Untuk pencuci mulut pulak, bagi melengkapkan tema Middle-Eastern, tentulah ada Kunafa, Baklava, dan Om Ali. Pencuci mulut kategori tempatan pun ada: Serawa Durian, Durian Goreng, Kuih-muih, Pulut Lemak Kukus, Pulut Mangga, aneka Talam, ABC, dan banyak lagi. Kalau nak keluar ke antarabangsa, cuba lah Blueberry Tartlet, Raspberry Mousseline, Strawberry Panna Cotta, atau Strawberry Cheese Cake by Chef Syeriff. 

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Macam biasa, Satay Ayam, Satay Daging, Laksa Johor, Mee Bandung, Nasi Bukhari dan banyak lagi menu tempatan dan antarabangsa ada jugak kat sini. Penat nak taip banyak-banyak, apa kata uols datang sendiri beramai-ramai bulan puasa nanti?

Chup! Makan Dulu
Makan Kitchen, Lobby Level, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Tarikh: 13 April - 14 Mei 2021
Masa: 6 petang - 10 malam

Harga Normal (Beli 13 April - 14 Mei 2021)
RM158 nett per Dewasa
RM79 nett per Kanak-kanak

Promo Early Bird (Beli 12 Mac - 12 April 2021)
Beli 8 Voucher
FREE 2 Voucher

Banquet Dinner @ Grand Ballroom
13 April - 8 Mei 2021
RM118 nett per Dewasa
RM58 nett per Kanak-kanak
Minimum 100 pax

Option for Takeaway
13 April - 12 Mei 2021

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Santapan Takeaway
6 courses Malay cuisines
RM250 nett (4 pax)

Buffet Ramadhan 2021: Chup! Makan Dulu @ DoubleTree by Hilton Johor Bahru

Souk Delight Takeaway
4 courses Middle Eastern cuisines
RM190 nett (4 pax)

Untuk tempahan atau pertanyaan:
πŸ“ž +607 2686 868
πŸ“§ JHBDT_FB@hilton.com

5 comments:

  1. sedangkan tak puasa ni pun nampak menu dah keroncong perut... nikan bila puasa. Sungguh banyak pilihan nampaknya.

    ReplyDelete
  2. wahhh memang menyelerakan makanan nya tuu

    ReplyDelete
  3. Syok ni meriahh. Warga Johor wajib masuk list sini

    ReplyDelete
  4. Aduh, tak makan lagi ni. Semua buat kecur air liur ni. Menarik pulak kurma susun tinggi camtu. risau jatuh je.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com