Ticker

6/recent/ticker-posts

Rezeki Pagi Cuti Hari Keputeraan Sultan Johor

Rezeki Pagi Cuti Hari Keputeraan Sultan Johor | Eh, panjang benar tajuk. Haha! Yang sebenornya, ciksun hampir nak tulis Rezeki Pagi Jumaat. Entah kenapa rasa macam hari Jumaat lak hari ni. Padahal baru hari Selasa. Maybe sebab hari ni cuti istimewa untuk negeri Johor.

Ingatkan pagi tadi nak sambung lagi tidur. Tengah guling-guling atas katil, tiberrr telefon selular ciksun berbunyi. Ting! Tengok kat notifikasi, ehhh pagi ni kak Seri nak datang! Nasib baik lerrr tak silent mode. Hampir terlupa ciksun. Terus bergegas bangun sidai baju sambil tunggu kak Seri datang.

Tak lama lepas tu whatsapp dari kak Seri berbunyi lagi, gitau dia da sampai. Ciksun pun keluar jumpa kak Seri dan bagi barang yang dijanjikan. Sebenarnya hari tu, ciksun ada buat simple giveaway terhad untuk ahli JDT Blogger. Sesiapa yang dapat capture angka 4646464 pageviews kat blog ciksun atau yang terdekat, ciksun nak bagi FREE 2D1N stay in Studio Deluxe Room, Fraser Place Puteri Harbour including breakfast for 2 persons. Rezeki kak Seri hari tu dapat tangkap angka terhampir, jadi pagi tadi ciksun bagi voucher tu kat dia. Tahniah kak Seri!!!

Dan kak Seri pulak tiberr hulur bungkusan plastik sambil tanya, "dah sarapan?" Memang belum, rupanya kak Seri belikan Nasi Lemak dua bungkus dan sandwich.

Rezeki Pagi Cuti Hari Keputeraan Sultan Johor

Wahhhh, gembiranya dapat makanan pepagi. Haha!

Dah lah tengah lapar jugak 😜

Alhamdulillah, terima kasih kak Seri!

Rezeki Pagi Cuti Hari Keputeraan Sultan Johor

Ni Nasi Lemak nya, panas lagi masa ciksun bukak. Sedap bau nasinya, tapi tanpa amaran, ciksun suap ke mulut bersama sambal dia. Mak oii pedas betul!! Fuhhhh! Ibah pun cakap pedas sambalnya, pedas pijor gitu haa. Mungkin jenis cili yang dia pakai tu buat pedas dia macam ala-ala pedas samyang pulak. 

Ok lah guys, ingat nak tulis pendek aje, jadi panjang pulak. Haha!

Bye!

Post a Comment

8 Comments

  1. Bertukar rezeki gitu. Alhamdulillah berkongsi rezeki kan. Sedapnya sarapan nasi lemak bungkus daun pisang dengan sandwich. Syoklah orang Johor cuti harini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Tarbau-bau aroma nasi lemak tu. Ya Allah.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, saling berkongsi rezeki. Terbayang bayang pulak sandwhich tu :D

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, hihi.. Pak Inche yang kuat pedas pun cakap sambal tu pedas beno, sori Cik Sun, lupa nak warning sebb lupa sambal makcik tu pedas

    ReplyDelete
  5. wahhh best best pepagi dah dapat rezeki...

    ReplyDelete
  6. sandwich tu tangkap perhatian aida!
    nasi lemak memang feveret aida la. never say no to nasi lemak in malaya ni kan. tiap pagi pun ok aje :)

    ReplyDelete
  7. Adoi.. sedapnya nasi lemak.. mujur telefon tak silent ye..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com