Ticker

6/recent/ticker-posts

Allahu Dah 5 Juta, Tak Sempat Buat Apa-apa!

Allahu Dah 5 Juta, Tak Sempat Buat Apa-apa! | Haha! Alhamdulillah! Dah lebih 5 juta pageviews blog ciksun. Semalam belum lagi, tengok pagi ni dah lepas dah. Tak sempat ciksun nak buat apa-apa 🤭 Konon-konon nak buat simple giveaway, kalau tak kat blog, kat group JDT Blogger je. Tapi nampaknya takde rezeki nak buat sebab dah lebih dah. Mungkin boleh buat untuk 5,555,555?

Allahu Dah 5 Juta, Tak Sempat Buat Apa-apa!

Apapun, terima kasih semua yang datang ke blog ni setiap hari, tak jemu-jemu support komen mahupun jadi silent reader. Thank you sangat-sangat!

Pejam celik sahur berbuka, dah 13 Ramadan dah hari ni ye. Eh eh cepat bebenor masa berlalu. Tup tup lagi dua minggu berapa hari aje dah nak raya. Tapi tahun ni macam takde ape ek persiapan? Ye ke takde? Yang dah beli baju raya dengan tudung raya kat Shopee tu ape? 😝

Ye, ciksun dah beli dah baju raya dengan tudung raya. Mulanya memang dah cakap kat suami, tahun ni takde nak beli baju baru kot. Sebab bukan boleh rentas negeri pun balik kampung. Kalau ye pun boleh, ciksun nak pakai baju raya lama aje. Tiba-tiba adik ipar ciksun whatsapp dalam seminggu yang lepas. Tanya baju raya da beli ke belum. Erk!

Rupanya tahun ni kat kampung MIL tema nude. Suami takde cakap kat ciksun sebab dia pun tak sure lagi pasal raya ni. Tapi bila adik ipar ciksun da siap tunjuk baju pilihan dia, suami pulak suruh beli. Haha! Jenuh ciksun cari seller kat Shopee sebab dekat kebanyakan kedai, saiz ciksun dah habis.

Aleena Scallop Nude


Begini lah rupa baju raya ciksun. Dah beli dah, dah sampai pun. Tapi yang sampai tu, kaler dia takde la nude macam dalam gambar tu. Kalernya gelap sedikit, lebih kepada light brown. Takpe lah, janji ada. Kalau tak puas hati, kang ciksun pakai aje dress kaler nude time kenduri kahwin adik ciksun dulu. Haha!

Tahun ni, ciksun tak ambil tempahan kek lapis sarawak langsung. Ramai juga customer tanya, tapi ciksun memang tak buka. Tak sempat rasanya ciksun nak melapis, dengan weekdays ciksun banyak kat office dari dekat rumah. Balik dari office dah penat, takut tak larat nak melapis, nanti jadi sakit pulak. Dalam keadaan pandemik macam ni, takut tak dapat beza kena COVID-19 ke sebab terlampau penat. Ehh, mintak jauh lerrr!

Lindung Diri, Lindung Semua

Hari ni bapak ciksun dah dapat dose pertama vaksin COVID-19 dia. Mamak ciksun belum sampai turn lagi. Mudah-mudahan elok aje la penerimaan vaksin tu nanti pada badan bapak. Ameen. Tapi kenapa nurse tak pakai glove ek cucuk vaksin? Sebab diorang da divaksin ke? Ciksun post status kat FB, akhirnya kawan ciksun ada share, memang tak perlu pakai sarung tangan asalkan buat sanitization setiap selepas injection. Boleh tengok videonya kat bawah ni.



Uols macam mana? Ada ke yang takut nak cucuk vaksin?

Post a Comment

11 Comments

  1. Tahniah! Laju mencapai 5 juta tu.
    Wahh syoklah dah shopping raya. Betul tu, kesihatan di utamakan :)

    ReplyDelete
  2. woooowwww...tahniahh... dh 5 juta.. semputt nakkkk kejarrr gini.hahahha.. you really deserve it.. kipidapp....

    ReplyDelete
  3. tahniahh..dah 5...kita masih lagi dalam perjalanan angka 1...

    ReplyDelete
  4. Tahniahhhh! Moga terus sukses!
    Kita masih menunggu bila nak cucuk vaksin hehehe. Daftar dah lama dahh.

    ReplyDelete
  5. Kalau jadi duit, kaya dah
    Apa2 pun, tahniah

    ReplyDelete
  6. tahniahnyer., blogger fofuler nih.,;p

    ReplyDelete
  7. Akak oun dah 7 Juta...x sempat buat pape gak...

    ReplyDelete
  8. thun ni scroll baju raya pun rasa cem tak berapa bernapsu nak beli..
    amek yang biasa2 je la takde la yang bratuih2.. tahniah CikSun..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com