Ticker

6/recent/ticker-posts

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance | Hujung minggu lepas, masa Desaru Coast Destination Tour, ciksun berpeluang untuk explore around Hard Rock Hotel Desaru Coast (HRHDC). Pagi Sabtu, hujan dekat Desaru. Walau tak dapat nak jenguk Desaru Coast Adventure Water Park lalu HRHDC gate, sempat jugak la tengok apa yang ada dekat hotel ni.

HRHDC telah dibuka secara rasmi pada bulan September 2018. Terletak di lokasi yang bersebelahan dengan Desaru Coast Adventure Water Park, hotel yang mempunyai 365 bilik ni menjanjikan layanan "Rock Star" Hard Rock yang unik untuk mereka yang datang bercuti kat sini, mahupun para pelancong perniagaan.

Antara perkara menarik yang uols boleh jumpa kat HRHDC ni adalah kolam renang bermuzik, memorabilia selebriti merata-rata di perkarangan hotel, dan juga Rock Spa, bagi mereka yang ingin memanjakan diri sambil mendengar muzik pilihan hati. 

Nah, ciksun share gambar around HRHDC untuk tatapan uols ya!

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

HRHDC ni sangat sesuai untuk percutian keluarga, sesambil parents manjakan diri dekat spa, anak-anak boleh spend masa dekat ROXITY Kids Club. Lagi pulak ada Desaru Coast Adventure Water Park sebelah hotel aje, salah satu taman air terbesar di dunia. Berlatarbelakangkan perkampungan nelayan Malaysia, para pengunjung berpeluang untuk mencuba pengalaman di salah satu kolam ombak terbesar di dunia kat sini.

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Around Hard Rock Hotel Desaru Coast at a Glance

Desaru Coast Adventure Water Park jugak menampilkan tarikan Kids Ahoy, dengan tiga kawasan permainan yang dipenuhi dengan peralatan permainan air dan 13 gelongsor air yang direka cipta untuk semua peringkat usia dan tahap keselesaan dalam air, dimana kanak-kanak dan remaja dapat menikmati keseronokan bermain dalam air.

Syok betul jadi orang Johor kan! Ada semua yang best-best ni! So, apa tunggu lagi? Uols boleh tempah pakej-pakej percutian idaman dengan harga serendah RM699 melalui promosi Sand-sational Deal atau dari RM489 melalui promosi Golf Galore diorang sebelum cuti raya Aidilfitri bulan Mei nanti, dan datang bila-bila masa sahaja sepanjang tahun 2021! Uols boleh belek pakej-pakej percutian sekitar Desaru Coast ni dekat website diorang: https://www.desarucoast.com

Post a Comment

4 Comments

  1. Decor entrance dia cantik. Port paling suka kat tepi pool tu. Memang syoklah stay Johor, best gak dia punya adventure waterpark dia.

    ReplyDelete
  2. Ya allah..like heaven ha kat sini.....menarik sungguh

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com