Ticker

6/recent/ticker-posts

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021 | Sejak gambar-gambar gerabak yang tersembunyi dalam kanvas sampai ke Johor viral beberapa minggu yang lalu, ciksun dan rakan-rakan JDT Blogger memang tak sabar nak tunggu berita tentang ni. Ada ura-ura mengatakan Johor akan ada sistem basnya tersendiri, lain daripada yang lain. Teruja!

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Dua hari lepas, ciksun berpeluang untuk join FAM Trip IMBRT ni di Puteri Harbour. Excited sangat bila akhirnya nampak bas tiga gerabak yang menjadi misteri tu. Automated Rapid Transit gelarannya, bas berkapasiti tinggi dengan panjang 32 meter dari syarikat Mobilus Sdn. Bhd.

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Bas ni menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya dengan reka bentuk yang serba moden, sekali tengok macam LRT. Bila masuk dalam bas, ya memang macam LRT! Tapi LRT yang bergerak atas jalan raya. Hihihi. Selesa duduk di dalamnya, dari luar nampak macam dia paling slim, tapi bila da masuk memang luas sebab ada ruang untuk berdiri di tengah-tengah antara tempat duduk.

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Pergerakan bas pun smooth, dengan kelajuan sehingga 70 km/j. Kitorang dibawak uji pandu dari depan Hotel Jen Puteri Harbour tu keliling sampai Les Bouchons Restaurant, dan kembali semula ke hotel. Selain daripada bas Mobilus ni, ada lagi 8 syarikat bas tempatan dan luar negara yang akan melalui ujian rintis IMBRT selama tiga bulan bermula hari ni.

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Syarikat-syarikat tersebut ialah CRRC Zhejiang Electric Vehicle, Scania, WSH Automative Sdn. Bhd., HMH Electric Transport Sdn. Bhd., Hyundai Corporation, Wise Star Group, BYD Malaysia Sdn. Bhd., dan Go Automobile Manufacturing Sdn. Bhd. Turut sama bekerjasama dengan syarikat-syarikat ni adalah pembekal mesin pengecas semula tenaga elektrik, Edison Motors dan Siemens.

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Hari ni, di Hotel Jen Puteri Harbour, Menteri Besar Johor, YAB Dato' Haji Hasni Bin Mohammad melancarkan Majlis Perasmian Ujian Rintis IMBRT. Bas-bas elektrik dan biodiesel ni akan mengikuti Pilot Test Programme di sepanjang 4km Lebuhraya Sultan Iskandar dari Anjung, Medini ke Horizon Hills untuk menguji laluan sebenar dan tengok potensi bas masing-masing bagi kegunaan IMBRT yang sebenar menjelang tahun 2023 nanti.

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

Bas-bas ni nanti akan diuji untuk Laluan Penghantar (Feeder), Laluan Terus (Direct) dan Laluan Utama (Trunk). Sebanyak 55 perkhidmatan penghantar, 44 perkhidmatan terus, dan 3 perkhidmatan laluan utama akan disediakan oleh IMBRT, menjadikan liputan rangkaian keseluruhan seluas 2,043 kilometer, iaitu dari 39% sekarang ni kepada hampir 90% daripada kawasan berpenduduk di Iskandar Malaysia.

Tiga laluan utama bagi IMBRT adalah Skudai, Tebrau dan Iskandar Puteri, merangkumi 33 stesen dengan salah satu hab di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) melalui Laluan Skudai. Yeehaaa! Senang la nanti nak pergi bandar dari stesen UTM! Student UTM pun mudah dah nak ke mana-mana dari kampus. Lebih menarik, bas-bas di laluan utama nanti akan ada laluan basnya sendiri! Jadi, dah tak risau kalau tersekat dalam jammed, sebab jalan untuk bas terpisah daripada laluan kenderaan lain, ya!

Untuk Laluan Tebrau, stesen akhir adalah di Desa Jaya, manakala Anjung akan jadi stesen terakhir untuk Laluan Iskandar Puteri. Projek IMBRT ni merupakan projek Iskandar Regional Development Authorithy (IRDA). Pengarah IMBRT, Encik Rudyanto Azhar berkata, projek IMBRT ni mampu memberi nilai tambah kepada sistem pengangkutan negara, selain menjadi penyelesaian kepada pengangkutan awam yang mesra alam serta meningkatkan kualiti hidup komuniti di Iskandar Malaysia. Mengambil kira persoalan, "kenapa BRT, bukan LRT?" pula, kos pembinaan bagi BRT adalah lebih rendah berbanding pembinaan LRT, dan masa pembinaan juga boleh dikurangkan. 

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

IMBRT adalah sistem pertama seumpamanya di Malaysia, dengan kos pembinaan dan perbelanjaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan sebanyak RM1 bilion dalam RMK11 dan RMK12, dan selebihnya RM1.56 bilion melalui kerjasama sektor awam dan swasta. IMBRT memfokuskan teknologi hijau sepenuhnya dengan penggunaan getah dalam bitumen, penggunaan bas biodiesel B100 dan bas elektrik dengan tenaga boleh caj semula.

Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit (IMBRT) Pilot Testing Programme Bermula 8 April 2021

IMBRT jugak akan mengadakan pertandingan mencipta nama bas IMBRT nanti dengan hadiah utama wang tunai sehingga RM1500. Ikuti perkembangan di page Facebook Iskandar Malaysia Bus Rapid Transit untuk maklumat lanjut ya!

Dijangkakan, lepas selesai ujian rintis nanti, tender dan pembinaan akan bermula pada tahun ni juga. Jadi, banyak-banyak bersabar tau dengan kesesakan sebab proses pembinaan nanti. Kesulitan sekarang untuk kemudahan masa hadapan, haaaa gituhhhh!

Post a Comment

6 Comments

  1. menarik, canggih rupanya... tapi laju ke idok? yelah johor tu tahap jem nya sama lebih kurang bandar kl ni rasanya kan hehehe

    ReplyDelete
  2. Wahh LRT on road. Maju Johor sekarang ni. Merasalah naik bus rapid transit tu ye :)

    ReplyDelete
  3. ooo yg ni lah td dok client cite kt OM.

    ReplyDelete
  4. Menariknye..LRT pn boleh kira jari naik..ini pula dah ade yg lebih baru..entah bila dapat peluang naik! Mantap Johor!

    P/S:
    Kak Sun, jika free jemput join GA shida ya, tgal 2 hari saja lg nak tamat :)

    ReplyDelete
  5. Apa?? jalan raya akan sesak?!
    Ok, sy tak sabar!! Hahaha.. Nice one, teringin nak menaikinyaaaaaa...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com