Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021 | Kalau hotel lain meriah dengan buffet Ramadhan tahun ni, Ponderosa Golf & Country Club pulak mengambil pendekatan berbeza dengan Set Dulang. Dengan matlamat agar pergerakan dan penjarakan sosial tetamu yang datang berbuka puasa dapat dipantau dan dikawal sepenuhnya, diorang mengehadkan bilangan tetamu kepada 4 hingga 8 orang sedulang.

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Set Dulang kat sini terbahagi kepada tiga, iaitu Selera Muhibbah Set, Ponderosa Briyani Set dan Western Set. Harga untuk sedulang bagi kumpulan kecil 4 - 5 orang ialah RM45, manakala untuk kumpulan besar 6 - 8 orang pula, harganya RM68 sedulang. Setiap tetamu pulak akan dibekalkan dengan sarung tangan plastik dan sudu berasingan untuk menceduk lauk dalam dulang.

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Selera Muhibbah Set

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Nasi Putih
Nenas Masak Lemak
Ayam Percik
Mee Goreng
Kentang Berlada
Sayur Goreng Jawa
Ikan Masin

Ponderosa Briyani Set

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Nasi Briyani
Dhalca Sayur
Ayam Masak Merah
Acar Pucuk
Pajeri Nenas
Papadom
Telur Rebus

Western Set

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Butter Rice
Roasted Chicken
Sauteed Wedges
Garlic Bread
Spaghetti Aglio Olio
Mushroom Soup
Mixed Vegetable

Setiap dulang didatangkan dengan Kurma sebagai pembuka selera. Ye lah, buka puasa kann, disunatkan untuk berbuka dengan yang manis-manis. And kalau ada yang order set kecik RM45 tu, uols boleh jugak tambah lauk sampingan pada harga RM8 hingga RM15 per menu, antaranya Chicken Curry, Sambal Udang, Dried Chilli Chicken, Ikan Asam Pedas dan Daging Salai Masak Lemak.

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Dan menariknya, kalau uols berbuka puasa dekat Ponderosa Cafe tu, Bella si Food Delivery Robot cilik ni akan serve minuman and plastic glove korang. Comel sangat Bella ni, sentiasa happy mood dia hantar order. Bertambah happy dia bila kita usap telinga dia, alahai macam kucing sudahhh! Haha!

Set Dulang Tradisi di Ponderosa Golf & Country Club Sempena Ramadhan 2021

Uols boleh nampak kan Selera Muhibbah Set tu ala-ala Nasi Ambeng gitu, dengan extra Nenas Masak Lemak. Ciksun punya pilihan di hati adalah Ponderosa Briyani Set tu. Sedap Ayam Masak Merah dengan Pajeri Nenas dia, but Ayam Percik dengan Kentang Berlada dalam Selera Muhibbah Set dan Spaghetti Aglio Olio dalam Western Set pun sedap jugakkk!

Alamak, susah ni nak pilih. Kena pergi makan tiga hari berturut-turut ke? Hahaha! Dah lah jauh gilaa dari tempat ciksun 😂

Eh, boleh delivery lah! Uols boleh reserve Set Dulang ni awal kalau nak diorang buat delivery ke rumah. Caj delivery RM5 aje, uols boleh order melalui Whatsapp, nah ciksun bagi details!

Set Dulang
Ponderosa Cafe, Ponderosa Golf & Country Club

13 April hingga 31 Mei 2021
10 pagi hingga 7 petang

Harga Dulang Set : 
RM45nett per set (4 - 5 pax)
RM68nett per set (6 - 8 pax)

Available for Dine-in, Delivery & Takeaway

Untuk tempahan atau pertanyaan, terus hubungi:
📲 019-7588037
📲 019-7588093

3 comments:

  1. Rasa nak rasa semua set-set ni. Harga pun ok sangat-sangat. Puas hati. Yang dekat tu boleh la cuba. Buka puasa ajak keluarga.

    ReplyDelete
  2. Tudiaaa set dulang terus. jimat gak set dulang ni share. Hidangan pun sedap sedap.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com