Ticker

6/recent/ticker-posts

The Big Bad Wolf Books Fridge Magnet Bookmark

The Big Bad Wolf Books Fridge Magnet Bookmark | Semalam ciksun singgah sekejap dekat Big Bad Wolf Books Sale, kat AEON Bandar Dato' Onn. Alang-alang ciksun ada food review area sana, lepas review tu ciksun pun terus ke Level 2, area food court dia.

Macam biasa, memang banyak buku dijual kat sini, murah-murah pulak tu harganya. Tambah best, ada buku Melayu jugak dah sekarang. Kalau dulu kan ada buku bahasa Inggeris aje. Yang tak berapa gemar baca buku Inggeris, tak teruja la nak pergi.

Ni la antara buku bahasa Melayunya. Buku agama, buku cerita kanak-kanak, buku pelajaran awal, novel-novel fiksyen pun ada. Dengar kata, nanti diorang akan tambah lagi banyak pilihan buku bahasa Melayu macam ni. Syok la kan?

Tapi ciksun tak beli apa-apa buku pun semalam, sebab ciksun dah borong online hari tu. Kan BBW buat Hybrid Sale serentak online dan on the ground. Apa lagi, ciksun rembat la dalam 5 buah buku kot kat website dia. Dalam dua hari lepas tu, dah sampai rumah dah. Hihi.

The Big Bad Wolf Books Fridge Magnet Bookmark

Semalam, keluar dari BBW Books Sale tu, ciksun terstop kejap dekat bahagian cenderahati kat luar. Menarik pulak tengok bookmark BBW kat situ. Bookmark dia dalam bentuk fridge magnet, so tak mudah hilang kalo kita da kepit muka surat pada buku yang kita baca.

The Big Bad Wolf Books Fridge Magnet Bookmark

Cantik kan? Ciksun beli 3, percuma 1, RM16 semuanya. Kalau uols nak beli, boleh la cepat-cepat pergi BBW Books Sale dekat AEON Bandar Dato' Onn atau Toppen Shopping Centre. Tinggal hari ni dengan esok aje tau sale dia!

Ok bye!

Post a Comment

4 Comments

  1. Saya suka bookmark magnet macam ni. Ada beli gak kat Mr. DIY tapi kecik sikit dri yang BBW ni :)

    ReplyDelete
  2. Best juak. Belom ada kesempatan gik nak berjalan. Haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com