Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Pusat Beli-Belah Toppen Meluaskan Ruang Runcit Hiburannya dengan RoofTopp Gaya Hidup di Parkir Kereta Bertingkat | Pusat Beli Belah Toppen telah mengumumkan perancangannya untuk meluaskan ruang ‘retailtainment’ dengan konsep gaya hidup terkini di RoofTopp, yang menawarkan pengalaman unik kepada komuniti setempat. Mengekalkan kepada penjenamaan asal ‘Topp’, konsep gaya hidup di RoofTopp akan dibina di atas struktur yang mempunyai sembilan tingkat yang akan memberikan lebih banyak ruang parkir kereta berserta dengan ruang runcit dua tingkat di atasnya. Projek pembinaan ruang parkir bertingkat telah dimulakan pada bulan April 2021 dan dijangka siap sepenuhnya pada suku ke-3 tahun 2022, anggaran dalam bulan September. 

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Lebih banyak ruang, lebih banyak penawaran 
Sejak negara kita dilanda dengan pandemik ini, Toppen bersama dengan penyewa utamanya IKEA Tebrau masih meneruskan usaha untuk menyediakan ruang perjumpaan yang selamat serta mudah diakses dimana komuniti masih boleh menikmati pengalaman di Pusat Beli Belah Toppen sebagai destinasi pusat beli belah utama. 

Dengan mengambil faktor norma baharu yang perlu dipraktikkan pada masa sekarang, pusat beli-belah Toppen mengambil langkah untuk membina ruang parkir bertingkat yang lebih besar dan RoofTopp untuk keselesaan komuniti disamping mengekalkan norma baharu dalam mematuhi penjarakkan fizikal. Dengan adanya ruang ini, ia dipercayai mampu menyeimbangkan bilangan pelawat dan membolehkan peruncit menerima bilangan pengunjung yang lebih banyak di dalam ruang baru tersebut. 

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Mercu utama bumbung pusat beli-belah tersebut dikenali sebagai The Topp adalah kebanggaan Pusat Beli-Belah  Toppen. Sejak pelancarannya, The Topp menjadi tempat perjumpaan utama bagi komuniti Johor Bahru, mewujudkan ruang di mana semua tahap usia dapat menikmati pelbagai aktiviti anjuran pusat ini. Oleh itu, konsep yang sama akan dibangunkan di ruang parkir bertingkat dengan ruang runcit di bumbung yang menawarkan servis F&B, hiburan, kesihatan dan kecergasan, selain ruang bekerja bersama di RoofTopp gaya hidup.

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

“Pembangunan projek ini adalah bukti kepada dedikasi kami untuk mengembangkan Toppen. Susulan kejayaan pelancarannya pada November 2019, pasaran runcit menghadapi cabaran besar akibat COVID-19. Namun Toppen tetap cekal dan bekerja rapat dengan penyewa-penyewa bagi memastikan kejayaan mereka. Apabila sekatan dilonggarkan, kami mendapat inspirasi daripada kesungguhan komuniti Johor apabila mereka mengunjungi semula pusat beli-belah kami.  Dengan pertambahan bilangan pengunjung ke Toppen dan IKEA setiap tahun, kami merancang untuk memberikan pengalaman terbaik kepada pengunjung datang dari jauh dan dekat,” kata  Adrian Mirea, Pengarah Pusat Beli-Belah dan Penggunaan Campuran, IKEA Southeast Asia.

Bagi memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung kami, projek meluaskan ruang retailtainment ini dapat membolehkan penyewa untuk melanjutkan waktu operasi mereka melebihi waktu operasi biasa.

Pengalaman Lancar (Seamless) 
RoofTopp gaya hidup akan menjadi tempat bersepadu tidak berkelim di atas bumbung bangunan sembilan tingkat, dengan ruang letak kereta 617,000 kaki persegi dengan 1,600 petak parkir bagi memberikan pelawat akses mudah dari Toppen, IKEA Tebrau dan kawasan sekitar. Ruang niaga RoofTopp mempunyai keluasan 48,000 kaki persegi berserta siling tinggi dan akan dihubungkan dengan bangunan utama Pusat Beli Belah Toppen.

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Seiring dengan visi pusat membeli-belah bagi memberikan pengalaman yang lancar buat para pengunjung, idea membina Ruang Gaya Hidup RoofTopp di atas ruang parkir bertingkat mampu menampung jumlah pengunjung yang tinggi yang berkunjung ke Pusat Beli Belah Topen untuk membeli belah, memenuhi selera pengunjung, melakukan aktiviti pendakian dinding serta aktiviti di taman tema air.  

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

“Lebih-lebih lagi pada masa kini, kami tahu ia adalah penting untuk menggalakkan pembinaan komuniti dan memberikan kehidupan seharian yang lebih baik kepada pengunjung yang berkunjung ke ruang perjumpaan kami. Kami mengubah ruangan yang ada di Pusat Beli Belah Toppen bagi memenuhi kehendak komuniti dan menganjur-kan program bersama komuniti dan seterusnya memberikan pengalaman yang unik kepada mereka. Ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa penyewa kami yang sentiasa memberikan sokongan kepada kami sejak Pusat Beli Belah Toppen diwujudkan. Ini adalah salah satu usaha untuk menambahbaik Pusat Beli Toppen dalam menjadikan Pusat Beli Belah ini sebagai nadi dan hab di kalangan komuniti di Johor Bahru,” kata Mirea.

Vasilisa Kuznetsova, Pengurus Besar bagi Pusat Beli-Belah Toppen berkata, “Pada Oktober lepas, kami telah membina 86-meter jejantas pejalan kaki di antara Pusat Beli Belah Toppen dan AEON Tebrau. Pada hari ini, jejantas ini telah memanfaatkan pengunjung kami untuk berkunjung ke kedua-dua lokasi dengan lebih selamat. Kemudahan akses untuk berjalan kaki dan kenderaan menerusi infrastruktur sekeliling, adalah kunci kepada kami kerana setiap perkara itu direka bagi memenuhi keperluan komuniti kita.” 

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Toppen Bakal Membangunkan RoofTopp di Parkir Kereta 9 Tingkat

Sepanjang bulan Ramadan, pengunjung Toppen juga boleh menikmati Iftar @ The Topp di mana Toppen menyediakan ruang piknik untuk berbuka puasa sambil menikmati tayangan filem dan persembahan khas. Pengunjung juga boleh menyertai aktiviti percuma lain yang disediakan oleh pihak Pengurusan Toppen seperti kelas zumba serta kelas aktiviti seni untuk kanak-kanak. 

Pusat Beli-Belah Toppen adalah dimiliki dan dikendalikan oleh Ikano Centres dan juga satu daripada lima yang pusat beli-belah IKEA selaku penyewa utamanya di Asia Tenggara. Ia adalah sebuah destinasi sehenti dengan empat tingkat retailtainment unik dan yang pertama seumpamanya yang mempunyai bumbung hab komuniti, The Topp. Toppen berbangga menjadi peneraju dan hab bagi komuniti di sini. 

4 comments:

  1. Semakin banyak penambahbaikkan di toppen ni. Meriah Tebrau ada macam-macam situ.Tak pernah sampai lagi Toppen ni. Paling dekat pun lalu sebelah AEON je sebab nak ke HSI hantar abah appointment doktor. Nak menyinggah entah bila.

    ReplyDelete
  2. belum pernah sampai ke Toppen ni... duk soping kat aeon tmn u je

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com