Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian! | Semalam, ada orang komen dekat blog ciksun pasal Renew Lesen Memandu di Pejabat Pos Malaysia. Dia minta ciksun whatsapp dia time tu jugak. Tapi ciksun lambat baca komen dia (ciksun tak publish komen dia sebab ada nombor telefon). Then ciksun tengok kat telefon ada notification dekat Gmail. Terus ciksun bukak dan baca email tu.

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!

What?

Ada orang guna gambar ciksun dalam entri tu sebagai testimoni customer untuk buat lesen memandu tanpa ujian. Weii, dah lah dia crop watermark ciksun tu satu hal. Lagi satu hal, dah muka ciksun ni dicop amek lesen memandu terbang pulak. Sabor je lerrr 🤦‍♀️

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!

Ciksun mintak details tentang ejen tu dekat Irffah yang contact ciksun tu. Irffah bagi nombor telefonnya dan conversation diorang dekat messenger, ejen tu buat iklan dekat marketplace Facebook. Guna nama sebagai Institut Memandu Lancar. Kalau Google, memang tak ada pun institut ni, hanya dekat Facebook page sahaja, dengan tiga gambar dan satu pos pada 15 April. Tu aje.

Ciksun terus cuba whatsapp pemilik nombor telefon tu. Nak try sampai dia bagi testimoni tu. Uols boleh baca kat bawah conversation ciksun dengan dia sampai lah dia stop reply dah.

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!

Dia tak block ciksun pun. Tapi dia tak jawab sampai sekarang tentang penggunaan gambar ciksun dan sama ada dia betul-betul buat business ke atau scam orang. Hurmm. Ciksun pun dah report dekat SKMM. Harapnya ada lah tindakan yang diambil ke atas dia, risau dia tipu duit orang aje.

Hati-hati Dengan Scammer Lesen Memandu Tanpa Ujian!



Uols boleh tengok gambar-gambar testimoni customer dia kat FB ciksun, mana tau ada orang yang uols kenal dalam gambar lesen tu. Ok lah, hati-hati semua!

Lepas ni ciksun nak letak watermark besar gedabak!

8 comments:

  1. Scary nya pakai gambar kita untuk kerja kerja haram tu.
    Betul tu cik Sun, lepas ni kena letak watermark besar besar biar orang tak boleh guna sesuka hati je.

    ReplyDelete
  2. seram eh.. sampei nektok lom da reply kh?

    ReplyDelete
  3. jahat sungguh scammer tu kan.. nasib muka ada comel heheh...
    ok bulan depan lesen kita mati ...
    nnt tlg ingatkan kita balik hhehhehe

    ReplyDelete
  4. نعوذ بالله من ذلك
    Pernah jadi tahun 2019. Cuak gila bila ada orang contact tanya lesen tu. Dah report skmm tapi tak lengkap bukti katanya. Lepas tu senyap gitu je. harap si pelaku dapat balasannya. Tak pasal pasal je terpalit dengan scammer ni. harap tak ada yang tertipu. mujur orang tu tanya dulu dan inform.

    ReplyDelete
  5. Allahu, macam- macam la sekarang ni...tak selamat dah kita kalau nak share apa2 kan

    ReplyDelete
  6. Saya pun dh kena nasib baik baru bayar rm50 ja

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com