Buah Longan Brazil

Buah Longan Brazil | Nampak aje buah ni kat dalam bakul buah atas kitchen counter minggu lepas, terus rasa pelik. Buah apa ni? Sekali tengok rupa luaran dia macam buah kedondong. Bila tanya dak Nada, dia cakap ni buah longan, tapi longan special.

Buah Longan Brazil

Longan Brazil. Perghh, sebelum ni dah ada Bayam Brazil. Rupanya buah longan pun ada Brazil-nya jugak. Kulitnya agak keras berbanding buah longan biasa, tak terlalu tebal tak terlalu nipis. Nak kupas, kena penyetkan buahnya macam makan buah manggis, untuk pecahkan kulit dia.

Buah Longan Brazil

Then bahagian dalam ada satu selaput, bak kata Nada.

Selaput lembut tu kena buang dulu baru lah nampak buahnya macam kat bawah.

Buah Longan Brazil

Buah Longan Brazil

Seakan buah mata kucing pun ada tapi warnanya agak kekuningan sikit. Bila masuk mulut, rasa lembut dan manis. Sedap jugak.

Wak Warisan Petani kata "Buah pokok longan brazil adalah di antara buah longan yang paling besar, saiznya hampir sebesar telur ayam kampung. Rasanya seakan rasa buah longan biasa tetapi mempunyai isi yang agak tebal dan manis. Isinya diselaputi kulit dalam yang lembut dan perlu dibersihkan sebelum memakannya."

Boleh baca lebih lanjut tentang pokok Longan Brazil dekat blog Warisan Petani.

4 comments:

  1. ni depa panggil buah kristal jugak kan...siapa ntah ada update hari tu

    ReplyDelete
  2. Ni yang macam Kak Seri makan tu juga ke? Kena ketuk??? ...banyak nama plak ekk, tapi apa nama sebeno dia?...

    ReplyDelete
  3. macam rupa langsat aje yang kubing kuning tu

    ReplyDelete
  4. Macam pernah nampak kat blog kak amie. Susah jugak tu nak makan kena bukak macam buah manggis.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com