Bayam Brazil Celup Tepung

Bayam Brazil Celup Tepung | Hai, dah lama tak bersiaran sejak cuti Chinese New Year. Bukan tak ada benda nak share, tapi bizi gilerr hari-hari dengan pelbagai aktiviti. Encik suami pun datang ke Johor, jadi sebelah siangnya dah pack ke sana-sini, sebelah malam harus lah dah penat dan tak dan nak bukak laptop.

Jadi, dalam kesempatan yang ada ni, nak share aje salah satu menu lunch hari Jumaat yang lepas. Kan housemate kita ada tanam Bayam Brazil ni. Kita pernah share entrinya kat sini dulu. Boleh belek entri tu ya untuk tengok gambar Bayam Brazil tanam dalam pasu. Tapi masa tu beliau kecik lagi, sekarang da subur besar-besar daunnya.


Sebabkan orang duk cakap Bayam Brazil Goreng Tepung tu sedap, maka kita pun try la buat Jumaat lepas. Bahan-bahan dia kita guna apa yang ada kat rumah aje. Serius simple dan campak-campak aje, tepung gandum, air dan sedikit garam. Kalau nak lebih lama tahan rangupnya, biasa orang guna campuran tepung beras dan tepung jagung kan. Ni kita buat cincai-cincai aje lah.

Dah siap tu makan dengan nasi panas, Ibah ada goreng telur dadar dan buat sayur campur sekali, buat kudap-kudapan ok lah, sedap jugak! Rasa macam makan seaweed goreng pun ada. Ibah cakap, cicah sambal kicap mesti sodappp ni!

Ok, next time boleh buat lagi!

9 comments:

  1. Waaa sedap dan rangup ni, sebab biasa makan bayam biasa tu je dah sedap..
    Eh Ibah..bila nak buat tauhu negedil aaaaa

    ReplyDelete
  2. first time nampak bayam brazil celup tepung. boleh try juga ni..hehe | ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  3. Wak ada beli satu balang kat pasar minggu
    memang rangup dan sedap.

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap, bayam lover here!
    Nakkkk try lahhhh kaau begitu mudah..hahahahaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com