Ticker

6/recent/ticker-posts

Siakap Masak Buttermilk, Sedap Jugak!

Siakap Masak Buttermilk, Sedap Jugak! | Selalunya orang buat Ayam Masak Buttermilk, ni housemate ciksun pergi derhaka. Dia buat Siakap Masak Buttermilk pulak. Teringin katanya nak try. Resepinya lebih kurang sama aje dengan Ayam Masak Buttermilk, just tukar ayam kepada ikan Siakap. Ye, goreng lah dulu ikan Siakap tu, then masak kuah Buttermilk, tuang atas ikan. Siappp!

Siakap Masak Buttermilk, Sedap Jugak!

Begini lah kejadiannya. Walopun housemate ciksun dak Ibah tu lebih derhaka, ditukarnya susu cair kepada cooking cream, nasib baik sedap. Haha! Sebab masa tu takde stok susu cair kat rumah, dia saja pakai cooking cream pulak. Biasa lah, main masak campak-campak ni, ikut kita lah kan nak buatnya.

Jadi, kalau nak resepi, susah ciksun nak bagitahu. Cuma, ni ciksun kongsikan resepi dari blog hudamj yang pernah buat jugak ikan masak buttermilk, in case ada yang nak cuba jugak!

Siakap Masak Buttermilk, Sedap Jugak!

Bahan untuk menggoreng ikan:

1 ekor ikan Siakap
sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan untuk membuat sos:

Sedikit minyak masak
1 senduk mentega
6 biji bawah putih di potong dadu
1 biji bawang besar di potong dadu
10 biji cili padi
4 tangkai daun kari
1 tin susu cair
Gula dan garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung gandum

Cara-cara membuatnya:
  1. Goreng ikan siakap sampai garing dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak masak, cairkan mentega.
  3. Tumis bawang putih sampai naik bau dan tumiskan pula bawang besar, daun kari dan cili padi. 
  4. Tuangkan susu cair dan kacau.
  5. Perasakan dengan gula dan garam sesedap rasa.
  6. Bila kuah dah mendidih, masukkan bancuhan tepung gandum untuk memekatkan kuah.
  7. Akhir sekali, tuang kuah di atas ikan siakap yang sudah sedia digoreng tadi.

Selamat mencuba!

Post a Comment

6 Comments

  1. Kenapa aku tengok terus menelan ayaq lior ekkk... nak buat laaa tapi siakap takde, yang ada ikan kerapu bara hahaha.. boleh derhaka resepi Ibah juga ahahaha

    ReplyDelete
  2. First time dengar siakap buttermilk ni. Nak try-lah nanti :)

    ReplyDelete
  3. x pernah cuba buat ikan siakap goreng buttermilk...sedap eh..nak cuba laaa

    ReplyDelete
  4. Wahh..macam menarik je idea masak ikan siakap buttermilk. Lain dari yang lain. derhaka resipi takpe, janji sedap guna apa yang ada.

    ReplyDelete
  5. Tak pernah try lagi masak siakap masak buttermilk

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com