Abbott Perkenal PediaSure 10+ untuk Memacu Tumbesaran Remaja di Malaysia

Abbott Perkenal PediaSure 10+ untuk Memacu Tumbesaran Remaja di Malaysia | Remaja memerlukan sehingga dua kali ganda nutrien yang penting untuk tumbesaran berbanding kanak-kanak lebih muda. Namun, remaja di Malaysia gagal memenuhi keperluan diet mereka | PediaSure 10+ dirumus secara khusus untuk remaja berusia 10 hingga 15 tahun, menawarkan penyelesaian nutrisi yang lengkap dan seimbang bagi menyokong berat badan dan ketinggian sewaktu lonjakan tumbesaran | Abbott telah melancarkan PediaSure 10+, menawarkan penyelesaian nutrisi kanak-kanak terbaru mereka. Ini merupakan produk pertama Abbott yang dikhususkan untuk kanak-kanak berusia 10-15 tahun - melambangkan satu tonggak penting dalam komitmen Abbott untuk membantu menyokong potensi tumbesaran kanak-kanak yang menghadapi risiko kekurangan nutrisi. PediaSure 10+ mengandungi protein yang bermutu tinggi serta diperkaya dengan 38 nutrien, termasuk arginina dan vitamin k2 semula jadi, bagi menyokong berat badan, ketinggian dan kesihatan imuniti yang optimum.

Abbott Perkenal PediaSure 10+ untuk Memacu Tumbesaran Remaja di Malaysia

Meskipun nutrisi penting pada setiap peringkat kehidupan, ia memberi sokongan kritikal dalam dua fasa lonjakan tumbesaran utama yang dilalui kanak-kanak. Lonjakan tumbesaran kedua bermula di awal fasa keremajaan, di mana diet mereka lazimnya lalai sekaligus menjejaskan kuantiti pengambilan nutrien. Menurut satu tinjauan kebangsaan, remaja di Malaysia bukan sahaja tidak mengambil nutrien tumbesaran utama yang mencukupi seperti kalsium, vitamin D dan zat besi, malah kerap mengabaikan pengambilan makanan di waktu makan utama⁽¹⁾. 

“Fasa keremajaan ialah fasa kedua yang kritikal bagi memaksimumkan tumbesaran linear,” kata Dr Nina Mazera Mohd Said, Pengarah Perubatan Nutrisi di Abbott. “Pengambilan nutrisi yang mencukupi dalam tempoh ini mustahak untuk menyokong tumbesaran yang lebih rancak, selain dapat membantu mengejar tumbesaran dan memenuhi potensi genetik mereka. Diet remaja Malaysia yang tidak memadai menyumbang kepada kemerosotan tumbesaran, serta menjejaskan perkembangan tulang, otot, dan fungsi imun - yang memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.”

Abbott Perkenal PediaSure 10+ untuk Memacu Tumbesaran Remaja di Malaysia

Kanak-kanak dapat mencapai sehingga 20% daripada ketinggian muktamad mereka serta 45% daripada jumlah jisim tulang manusia dewasa ketika melalui lonjakan tumbesaran⁽²⁾. Bagi menyokong perubahan dramatik ini dalam tumbesaran dan perkembangan, remaja memerlukan sehingga dua kali ganda atau lebih nutrien tumbesaran berbanding kanak-kanak lebih muda⁽³⁾. Namun, apabila kanak-kanak mempunyai kebebasan membuat pilihan pemakanan dan citarasa tersendiri, ibu bapa dan penjaga akan berdepan cabaran lebih besar untuk memenuhi keperluan nutrisi mereka. Diet serta pengambilan nutrien yang tidak memadai, telah mencetuskan satu trend membimbangkan di Malaysia, khususnya apabila remaja kita didapati sehingga 6cm lebih rendah daripada daripada rujukan piawaian ketinggian WHO bagi remaja berusia antara 10-17 tahun⁽⁴⁾⁽⁵⁾.

“Sokongan nutrisi pada fasa awal keremajaan adalah kritikal bagi mereka yang berisiko atau ketinggalan dalam tumbesaran untuk memperbetulkan tumbesaran sebelumnya dan mengejar ketinggian muktamad⁽²⁾, sebelum plat pertumbuhan dalam tulang ditutup di hujung akil baligh,” kata Dr Chen Seong Ting, pakar diet di IMU Healthcare.

PediaSure 10+ dibangunkan berdasarkan kepakaran sains PediaSure, iaitu jenama berpengalaman lebih 30 tahun dalam mempelopori sains tumbesaran bagi memacu pemahaman impak nutrisi terhadap tumbesaran kanak-kanak. Produk bernutrisi ini membekalkan nutrien penting, termasuk lebih kandungan protein dan nutrien tumbesaran untuk menyokong petumbuhan linear dan kualiti tulang ketika lonjakan tumbesaran terakhir melalui: 
  • 2x jumlah kalsium dan vitamin k2 semula jadi untuk menyokong perkembangan tulang berbanding dengan varian PediaSure 1-10 
  • 100% keperluan Vitamin D harian (dengan dua hidangan sehari)
  • Antioksidan (Vitamin C, Vitamin E, dan zink) serta prebiotik FOS bagi membantu meningkatkan sistem imun badan

Abbott Perkenal PediaSure 10+ untuk Memacu Tumbesaran Remaja di Malaysia

Didatangkan dalam perisa coklat dan vanila, PediaSure 10+ kini boleh didapati di seluruh Malaysia di kebanyakan peruncit dan kedai dalam talian yang utama, dengan harga runcit saranan RM99.90. Untuk maklumat lanjut tentang PediaSure 10+, layari https://pediasure.com.my/ atau facebook.com/MyAbbottCares.

⁽¹⁾ Institute for Public Health (2017). National Health and Morbidity Survey 2017. Adolescents Nutrition Survey. Ministry of Health Malaysia
⁽²⁾ Campisi S, Carducci B, Söder O, Bhutta Z. The Intricate Relationship between Chronic Undernutrition, Impaired Linear Growth and Delayed Puberty: Is ‘catch-up’ growth possible during adolescence? https://www.unicef-irc.org/publications/982-intricate-relationship-between-chronic-undernutrition-impaired-linear-growth-and.html: UNICEF;2018.
⁽³⁾ Ministry of Health Malaysia. (2017). Recommended Nutrient Intakes for Malaysia. National Coordinating Committee on Food & Nutrition. Last accessed on 10 August 2021 from https://nutrition.moh.gov.my/wp-content/uploads/2017/05/FA-Buku-RNI.pdf
⁽⁴⁾ NCD-RisC 2020 Lancet
⁽⁵⁾ WHO (2007). WHO Growth Standard 2007. WHO. Geneva

4 comments:

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com