Ticker

6/recent/ticker-posts

Webcam Laptop Dah Rosak, Beli Baru Dekat Shopee

Webcam Laptop Dah Rosak, Beli Baru Dekat Shopee | Dah berapa minggu sebenarnya, mungkin beberapa bulan juga, webcam laptop ni buat hal. Entah kenapa, sensitif sangat agaknya wiring dia. Bila ciksun nak ubah-ubah angle skrin laptop, view wabcam terkesan. Jadi bergaris-garis. Lama-lama terus hilang view and sistem pun tak dapat detect ada webcam kat laptop ni, haha!

Agak susah lah untuk ciksun join online meeting tanpa webcam tu. Beberapa kali jugak zoom meeting yang ciksun terpaksa bagitahu host awal-awal, kamera ciksun rosak. Tak dapat la ciksun masuk bergambar sekali. Ada jugak press conference online yang muka ciksun tak kelihatan sebab webcam problem. Tapi ciksun hadir tauuu!

Tak syok rasanya kalau tak ada webcam, maka ciksun pun beli lah webcam kat shopee. Cari yang murah-murah aje. Terjumpa lah FULL HD 1080P Webcam Web Camera with Microphone 360 Degree Adjust USB 2.0 for Computer PC Laptop Meeting Class Video 2K ni. Seller ni selalu buat shocking sale, webcam pun dah terjual lebih 6 ribu.

Webcam Laptop Dah Rosak, Beli Baru Dekat Shopee

Ciksun baca review, almost semua cakap ok. Siap ada yang share gambar sebelum dan selepas guna webcam ni. Masa tu ciksun beli dapat rega RM28.50. Kalau ada diskaun lagi, rega boleh turun RM27.++ je. Guna voucher Free Shipping RM15 & 10% cashback, lagi berbaloi-baloi. Ciksun sukaaaa betul guna voucher-voucher ni. Haha!

Webcam Laptop Dah Rosak, Beli Baru Dekat Shopee

Ni kualiti video nya. Ok la kan? Maaf lah, tunjuk peace je mampu sebab masa ni tak pakai tudung. Hahaha! Kalau uols tengah cari webcam dengan kualiti video terbaik, haaa boleh lah beli webcam sama macam ciksun ni. Klik aje link kat atas tu. Malas ciksun nak copy balik 😜

Ok bye!


P/S: Alhamdulillah, blog kembali laju loading lepas tukar template. View merudum tu takpe, slow-slow kita naikkan semula ya!

Post a Comment

10 Comments

  1. sy pon suka guna baucer2 shopee yg adee.. hehe
    berbaloi dh tu dgn hrga.. puas ati beli!

    ReplyDelete
  2. so far wak x penah lagi online meeting kene pakai webcam.. kecuali tuari bila interview je ., ;p

    ReplyDelete
  3. heheh dah lama x guna webcam.. ni zaman2 yahoo mesenger je pakai...
    skrg laptop pun ada kamera, malu nak ON esp time meeting hahaha...

    ReplyDelete
  4. Aku tak pernah beli webcam.. nanti nak try gak belilah hehehe..
    Pkay blog dah laju kebabommm hahahhaa

    ReplyDelete
  5. Samalah, webcam kat laptop pun rosak dah. Boleh lah belek belek webcam baru nanti. Terima kasih share.

    ReplyDelete
  6. Laptop ammi yg umurnya dah 12 tahun ni pun webcam dia dh buat hal. Suka2 kabur, Suka2 warna kuning

    ReplyDelete
  7. elok juga webcam macam ni. webcam laptop lama saya dah pun dah serupa CCTV tahun 90-an. kabur bebenor haha. beli guna voucher semestinya best tp tu la shopee kedekut voucher sikit sekarang. nak checkout pun kena plan betul-betul 😂

    ReplyDelete
  8. Wow, tak pernah guna webcam..nampak macam nice...tapi kamera yang ada ni pun tak pernah guna..hahahaha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com