Ticker

6/recent/ticker-posts

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast | Alhamdulillah, staycation pertama ciksun pasca pandemik berjalan lancar hujung minggu lepas. Last minute plan dengan kak Ajan, kitorang pilih untuk menginap dekat Amansari Hotel Desaru, belakang stesen Petronas Desaru tu aje. Hotel ni kalau uols masuk aje traffic light menghala ke Desaru tu, memang terus nampak dari jauh warna hijau putih dia. Sure tak akan missed.

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Kitorang check in pukul 12 tengahari, tapi bilik tengah kemas. Dalam setengah jam menunggu cleaner siap kemas. Tapi sebenarnya, waktu check in adalah pukul 3 petang ye. Hari tu special sikit, dapat check in awal. Kitorang dapat bilik Deluxe King dekat tingkat 7.

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

View tingkap mengadap jalan raya besar sebelah Petronas tu. Nice lah, nampak langit dan kehijauan hutan kelapa sawit nan luas. Mata ciksun melilau-lilau jugak mencari keladi, tapi tak nampak pulak dari tingkat 7 tu. Bahahahhaha! Sabor je le kalo jadi roomate ciksun ye ๐Ÿ˜‚

Bilik Deluxe King Amansari Hotel Desaru dan Kemudahannya:
  • 1 katil King yang selesa
  • 1 bangku kecil
  • Meja kecil dua-dua belah kepala katil
  • 2 kad akses pintu elektronik
  • Jaringan internet WIFI atau LAN yang boleh tahan laju
  • LCD TV dengan saluran satelit dan kabel
  • Telefon dengan IDD
  • Barangan mandi ringkas (berus gigi dan ubat gigi tak ada ya!)
  • Tandas duduk dengan hos
  • Sistem pendingin hawa (bilik sejukkkk, besttt)
  • Mini Bar - ada kopi, teh, gula, krimer, cawan dan mineral water
  • Peti ais mini
  • Pemanas air @ cerek elektrik
  • Hair Dryer *kena request
  • Iron and Ironing Board *kena request
  • Prayer Mat *kena request (tapi dalam bilik ciksun dah ada)

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Sempat la rehat sekejap sebelum turun lunch dan gerak ke Adventure Waterpark Desaru Coast! Yo, ciksun menginap dekat sini guna pakej Adventure Waterpark Desaru Coast (AWDC). Jadi, dapat lah dua tiket untuk masuk waterpark ni. Kalau uols nak tahu, ni la kali pertama ciksun masuk waterpark yang tersohor kat Johor ni ha. Masa bukak hari tu tak menyempat langsung nak datang sini. Berapa kali plan, asyik tak jadi. Akhirnya takdir ciksun nak explore AWDC ni dengan kak Ajan hujung minggu lepas.

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Pasca pandemik, banyak rules kena patuhi. Jarak sosial dengan pemakaian pelitup muka adalah wajib dijaga sepenuhnya. Ye lerr, tempat camni ramai orang, kalau nak main ape-ape kena banyak beringat. Masa kitorang pergi tu pun hari Jumaat petang, so memang ramai orang, lagi-lagi hari sebelumnya cuti Deepavali.

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Kebanyakan slides dan roller coaster (Kraken's Revenge) memang panjang barisnya. Sekarang pulak musim hujan. Kalau pergi petang, terasa singkat sangat masa sebab nanti kena berhenti sekejap semua aktiviti bila hujan turun demi keselamatan pengunjung. Tapi bila nampak gaya macam hujan da reda sikit, tu diaaa dengan ciksun sekali terjun masuk air ๐Ÿคฃ

Untuk uols yang nak datang ke AWDC ni, better plan untuk masuk dari pukul 10 pagi, so dapat la enjoy lama sikit. Cuma kena sedia duit lebih untuk makan tengahari ya sebab kat dalam tu harga makanan memang mahal. Tak dibenarkan untuk bawak makanan dari luar. Guard akan periksa dekat pintu masuk.

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Kitorang dekat situ sampai pukul 5.30 petang. Tapi banyak masa ciksun dengan kak Ajan duduk kat Tidal Wave Beach tu je. Berendam sambil dilambung ombak. Adeii, memang sejarah betul membiarkan diri dipukul dan diheret ombak buatan ni. Hahaha! Masa memula kena heret tu, sampai ke pesisir perginya. Terhantuk sikit lutut ciksun dekat simen tu, balik hotel tengok, da lebam. Pengajarannya, kalau takut dilambung ombak, jangan berendam di pesisir pantai ๐Ÿคฃ

Ye, duduk la tetengah laut buatan tu baru la selamat dan tak hanyut dibawa ombak. Tinggi jugak tau ombak buatan diorang ni. Tidal Wave Beach dekat AWDC ni antara yang terbesar di dunia juga. Haaaa. Patut la power! Uols kalo nak datang sini je tanpa stay, diorang masih open lagi online booking sampai 5 Disember untuk rega RM50 tu. Belek je website AWDC ye!

Dah penat berendam, kitorang balik semula ke hotel dan dinner. Ni nak habaq ni, memang sedap sungguh la makanan-makanan kat hotel ni! The Pine nama restoran dalam hotel ni, kat aras lobi aje. Restoran ni dibuka pagi aje pada waktu sarapan, dari pukul 6 pagi sampai 10 pagi. Tapi hari tu, kitorang berpeluang rasa makan tengahari dan makan malam juga kat sini. Cuba menu-menu yang ada selain dari sarapan, tak tipu, serius sedap! Tengok gambor makanan kat bawah.

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Bercuti 2H1M di Amansari Hotel Desaru dan Explore Adventure Waterpark Desaru Coast

Untuk sarapan pagi, seawal pukul 6 pagi dah para tetamu hotel datang makan. Kalau datang lewat, kena berbaris dan ambil nombor giliran tau. Sebab hujung minggu, hotel ni memang penuh dengan manusia yang nak jenjalan dekat Desaru. Tapi walaupun kena berbaris, bila da dapat duduk dan makanan pulak memang sedap, uihhh hilang terus rasa penat menunggu tu.

Alhamdulillah untuk semua yang seronok kat sini. Nak masuk gym tak sempat, tapi kalau uols nak tengok gym dia macam mana, boleh belek aje post kat FB page ciksun kat bawah ni ya!



Bagi yang nak grab promo pakej AWDC kat Amansari Hotel Desaru, ongkosnya bermula dari RM230 untuk:
๐Ÿ›️ Bilik superior twin (2 pax)
๐Ÿฝ️ Buffet sarapan (2 pax)
๐Ÿ„ Tiket Adventure Waterpark Desaru Coast (2 pax)

In case pergi dengan anak-anak, uols boleh tambah tiket waterpark dengan hanya RM45 je per tiket. Nak upgrade bilik pun boleh! Sediakan aje beberapa puluh ringgit lagi.

Promo ni sehingga 5 Disember 2021 aje tau! Boleh tempah seminggu lebih awal untuk dapat harga seperti tersebut ya! So, apa tunggu lagi? Cepat book sekarang!

Telefon: 07-828 0200
Email: reservation.hd@amansarihotels.com

Post a Comment

10 Comments

  1. Menarik jugak stay kat sini sebab keliling ni banyak makanan sedap2 jugak kan sebab hotel cuma sedia buffet sarapan aje. Lama tak pergi waterpark, rasanya last pergi Gambang, hihi.

    ReplyDelete
  2. jom repeat lagi cik sun.. macam tak puas lambung ombak rasanya ni hahahaha

    ReplyDelete
  3. bestnya ciksun. lama tak pergi water park.

    ReplyDelete
  4. Rugi laa kalau pergi tak cuba semuaaa... ๐Ÿ˜ซ๐Ÿ˜ซ

    ReplyDelete
  5. Haritu sempat aku ke SKS jenjalan gan abang aku, mybe korang dah check-out hehehe.. makan shushi kat SKS tu macam lain beno rasa hahahaha..
    One day leh laa stay sini kalau ikut Laki aku ke Penggerang..

    ReplyDelete
  6. lepas ni bkalau turun ke JB dah boleh ke sinilah.

    ReplyDelete
  7. Husband PH pernah stay sini tp that time AWDC ni belum dibuka.
    Bestnya food dia.
    Lama dah nak makan breakfast buffet di hotel ;)

    ReplyDelete
  8. Pernah pergi masa awal awal pembukaan tempat ni..Masa tu gelongsor ada satu tak siap lagi...Saya suka gelongsor dengan wave beach tuhhh!!! Yang buaian tu, tak minat sangat, peninggg kepala..Hoho~ Weh sedapnyaaa foodss!

    ReplyDelete
  9. Besar bilik dia. Dah semestinya selesa. Lagi best tu tempat penginapan ada waterpark sekali. Ada tarikan lah kiranya menginap kat sini kan.

    ReplyDelete
  10. last gi waterpark.. x ingat dah. lama sgt dah kot... bebudak la paling seronok kalu ke tempat2 mcm ni.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com