Beef Ramen Lebih Penting Daripada...

Beef Ramen Lebih Penting Daripada...

Beef Ramen Lebih Penting Daripada... | Bukan selalu, memang jarang-jarang seketul ciksun nak pilih ramen kalo makan dekat luar. Dulu pernah sekali dua makan dekat sini, tapi tetap nasi juga jadi pilihan. Ciksun kan tak berapa gemar sangat mi berkuah gini. Kalau ada pun, mesti dari kategori laksa dan maggi. Haha.

Ni sebab kawan ciksun yang teringin, jadi ciksun turutkan saje. Dari plan asal kitorang nak redeem tiket wayang 4DX dekat GSC Cinemas, terus tukar ke makan ramen sebab staff cakap 4DX untuk Spiderman: No Way Home tu gegaran dia terlalu kuat. Risau pulak ciksun sebab masih trauma dengan kejadian pinggang dekat Port Dickson. Dibuatnya time tengah bergegar tu sakit pinggang tu datang, aduhaiii satu panggung kena berhenti nanti.

Ikutkan, boleh aje nak teruskan movie tu. Tapi kena bayar sendiri lah, satu tiket RM20++ untuk standard hall di hujung minggu. Ish, mahal dan tak berbaloi. Tu yang tukar plan, pergi makan or lepak minum je lah. Terus ke Ichiban Ramen, full house betul restoran ni. Sijil halal JAKIM dia ada lagi tapi dia simpan kat rak belakang kaunter. Haha. Tiberr cite sebab nanti mesti orang cari, halal ke Ichiban Ramen? 😝

Beef Ramen @ Ichiban Ramen

Ciksun order Beef Ramen sebab tak tahan tengok kepingan daging nipis bergulung-gulung dalam gambar menu dia. Yee, ciksun memang peminat daging hirisan nipis-nipis gini. Kalo pergi makan dekat Sushi King pun sama bila mood nak makan set meal. Mesti cari Yakiniku! Kak Ajan pulak order Smoked Duck Ramen. Total rega makanan dan minuman kitorang RM60++.

"Kita ni memang suka makan ek, Sunah?" tiberr kak Ajan cakap gini.

Ciksun blur, pandang dia lama.

"Sebab rega makanan kita ni lagi mahal dari dua tiket wayang tadi."

Lahhhhh.

Betul jugak tu 🤣

Post a Comment

8 Comments

  1. Sesekali ok je. Lagi pun bila makan apa yang kita suka tu macam terapi. Perut kenyang hati pun girang.

    ReplyDelete
  2. kita pun klu ramen jepun ni mmg kureng sket... x tau nape.. mybe sbb jenis mi nya kot mcm x leh nak telan hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau makanan pelik2 ni memang wak belum pernah cuba

    ReplyDelete
  4. Berbaloi bayar makan RM60 Cik Ajan, dari tengok wayang RM40, hihi

    ReplyDelete
  5. sesekali layan tekak kan. menu nampak menarik

    ReplyDelete
  6. tgok wayang x kenyang..makan lagi kenyang..kan Cik Sun....hehehehehe

    ReplyDelete
  7. Kalau ke ichiban ramen suka makan udon dan tempura. Nampak pekat kuahnya tu. Saya pulak jenis kurang gemar kalau broth dia kuat sangat bau. Nak selamat pilih sup jernih. Makanan jepun ke korea ke memang sama mahalnya. huhu..sesekali je boleh.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com